mcm2

Tuesday, December 25, 2012

Genap !

hari ini merupakan hari yang istimewa...sebab apa? sebabnya hari genaplah sebulan blog aku tak berupdate..hahaha
semakin hari semakin malas aku nak update blog ni..kesian kat dia....aku pon tak tau sebab apa aku jadi macam ni...banyak sangat dok pikiaq kot....
auni raudhah dan adlan rais pon dah semakin membesaq dah....Alhamdulillah...aku ja yang semakin serabut dan serabai....hahahaha...takpa semua itu, yang penting orang disekeliling aku bahagia......

tinggal lagi seminggu ja lagi sebelum aku kembali ke medan perang....
semoga aku dapat mendapat balik tempo sebelum nak mula kerja ni....

dah taktau nak taip apa lagi...otak dah tepu sebab aku baru ja selesai exam kat USM...perghhhh, aku tak tau la apa nak jadi dengan exam tu....payah nak mam**** !! 

tawakkal ja la...usaha tu ada la sikit-sikit....hahahaha

sekian, terima kasih daun keladi...ada masa taip lagi...

p/s : kesihatan kurang memberansangkan.....ubat-ubatan menjadi peneman.


Saturday, November 24, 2012

Newborn..

Kaklong Auni Raudhah

Kasih seorang kakak

Namaku Adlan Rais

Hai semua....
Tanggal 17 November 2012 bersamaan hari Sabtu...tepat jam 7:02 malam....lahirlah permataku yang kedua ke dunia ini.....Syukur, Alhamdulillah....

Semoga menjadi insan yang soleh wahai Adlan Rais b. Mohd Kamarul Asrof


p/s : lamanya aku tak update blog ni....penyegan betoi la !

Friday, November 2, 2012

Satu Perjalanan

dah terlalu lama menghilang.......
kini muncul kembali.....
moga terus kekal, Insyaallah.

28 Oktober 2012...syukur, Alhamdulillah.

Auni Raudhah ala k-pop !

pandangan tajam menusuk kalbu.

keamanan sejagat !




menanti masa dan waktu yang semakin hampir.....gementar, gemuruh, takut, gembira semua ada....macam pasemboq sekarang ni...Moga-moga dipermudahkan olehMu Ya Allah..Insyaallah.
Amat bersyukur dengan segala anugerah yang telah dikurniakan....amin

p/s : USM kembali menghantui minda. oh, TIDAK !!

Friday, October 19, 2012

Hujan Panas Hujan

Hujan woo hujan..
Panas woo panas...
cuaca yang tak menentu kembali lagi....woo....

dalam berita pon ada bagitau yang area utara Semenanjung sekarang ni dilanda angin monsun barat daya...maka nya, hujan akan turun la..dan dijangkakan akan berlaku banjir...selalunya kawasan feveret memang akan kena banjir la kot...hujan sat panas sat....

cuaca badan aku pon jadi tak tentu...sejuk sat panas sat...kadang-kadang tu rasa macam nak demam tapi tak jadi...hahaha....auni pulak dah 2 3 malam panas badan...tapi suhu still tak tinggi lagi...still 37 lagi...tapi dia dah ada bunga-bunga macam nak kena selsema saja...oh, tidak ! be strong oh, my Auni !! 
family aku kat penang nun dah kena demam dah...adik dengan ayah aku dah diserang demam dah....fuh, semoga cepat sembuh wahai familyku nun di sana....anakmu di sini sentiasa mendoakan kesejahteraanmu .....Insyaallah.

ok, cukup setakat tu laporan cuaca aku dan family....kini, beralih pulak kepada perkembangan diri aku...kerja macam besa la..tertimbun-timbun sampai tak tau nak mula yang mana satu...exam budak-budak pon baru habis, then, ada la 'new job' tak lain tak bukan mark paper yang banyaaaaaaaaaaaak sangat ! 
jenuh nak mark paper...kompom mark sampai muntah ...
c'mon kamarul c'mon asrof c'mon wellan c'mon tayarsoton !!

esok sekolah aku akan bertanding dalam pertandingan futsal sempena hari guru anjuran PPD Kinta Utara. futsal ni akan buat kat Xtreme Park, Tambun...makanya, aku pon masuk la jugak dalam team sekolah aku....main futsal just for fun.....weeeeee !

auni tengah lalok ! hahahaha

p/s : hari ni 19.10 .....tak lama lagi 21.11..jeng jeng jeng !

Monday, October 15, 2012

Isnin Yang Blues !


Hari Isnin kembali lagi...dan sememangnya hari Isnin menjadi ingauan yang membosankan kepada sesetengah makhluk di dunia ini termasuklah aku sekali....sebab apa? sebabnya hari ni dah start keja balik dah selepas cuti hujung minggu....fuuhh, memang rasa semacam ja ni...
hujung minggu aku dipenuhi dengan aktiviti macam biasa...dah menjadi rutin hidup aku...hari sabtu pi USM, ada kuliah .....dari pagi buta sampailah malam buta....hhahahaha...memang buta...cinta itu pon buta...cinta?? ops !
hari ahad pulak aku penuhi hari yang indah itu dengan aktiviti yang paling sihat...tak lain tak bukan ...tidoq sepanjang hari....ditambah pulak dengan hujan yang membasahi bumi...perghhh, memang sempoi !

berbalik kepada hari Isnin....hari ni sekolah aku akan bermula peperiksaan akhir tahun...makna kata minggu ni aku kena jadi pengawas la...tobat boring ! hahahaha....

tugasan yang sememangnya beratoq untuk aku bereskan masih lagi belum aku sentuh....masa dah semakin suntuk aku rasa....tapi aku masih lagi di sini.....last minute baru nak kalut....punggah !

p/s : kejumudan dunia ???!

Sunday, October 7, 2012

Tekanan

dah lama rasanya aku biaq blog aku ni tak berupdate. 

ni sebabnya penyakit M melanda. lagi satu, aku rasa aku ni sibuk sikit dari biasa walaupon pada hakikatnya tak la sibuk mana pon. di penghujung tahun ni, ada banyak la jugak kerja nak kena setelkan. tambahan pula, kuliah semester 4 aku baru bermula...so, akan kembali serabut dengan tugasan apa bagai la...

tapi sekarang ni aku dapat rasakan tekanan yang agak luar biasa ....ni semua time aku nak buat saringan LINUS baru-baru ni. aku rasa aku dah tak boleh nak handle budak-budak ni. sampai satu tahap tu aku jadi fedup teroih. bukan apa, aku rasa apa yang aku curahkan selama ni hanya sia-sia...macam curah ayaq kat daun keladi...ayaq tu tak lekat langsung ....sama la macam situasi aku dengan budak-budak ni. aku rasa mungkin silap aku jugak kot...tapi takkan la semua silap aku kan...sepatutnya budak-budak tu pon mesti ada kesedaran diri depa sendiri. kalau hanya aku sorang ja yang teruk dok bersungguh nak jadikan depa insan berilmu, tak guna jugak kan. aku rasa amat kecewa....walaupon, pada luaran tak la nampak aku kecewa sangat pon...tapi secara dalaman sapa yang tau kan....bila dah kecewa ni, aku akan mudah jadi marah. marah itu akan jadi lagi memuncak bila segala usaha aku tu dipandang remeh. hal ni terjadi kat aku. walaupon aku hanya mengajaq tahun 1, tapi cabarannya hanya Allah saja yang tau betapa payahnya. sehinggakan beberapa kali aku putus asa...dah tak tau macamana nak handle depa ni. masalah aku bukan dari segi kawalan atau content pelajaran tu, tapi macamana nak bagi budak-budak tu dapat apa yang aku sampaikan dan mampu gunakan apa yang aku sampaikan. 
aku ni kadang-kadang suka la dok post kat fb pasai aku...drama la sikit-sikit...hahahaha...hari tu aku memang stress gila, sampaikan ramai budak dalam kelas tu kena maki dengan aku...perkara yang basic pon tak tau....Masyaallah, marah betoi aku time tu. then, dalam fb ada la sorang hamba Allah ni post komen kat aku, dia kata "untuk jadi orang yang kuat, kita kena banyak sabaq dan tahan daripada marah.."
tapi pada aku, aku tau aku berada di tahap mana....aku ni insan  yang lemah...susah nak bendung marah dan kecewa dalam diri aku ni....kadang tu, aku rasa macam aku perlukan satu persekitaran yang baru yang mana boleh membangkitkan semangat aku yang baru....itu just impian ja la....tapi betoi apa yang orang dok kata, persekitaran kita merupakan satu faktor yang penting dalam mempengaruhi diri kita. 

banyak perkara yang perlu aku baiki lagi ni nampak gayanya....
Ya Allah, Engkau kuatkanlah diriku ini dan permudahkanlah bagi diriku...amin.

ok, dah cukup ...macam lawak ja aku punya ayat ni bila baca balik.....
dugaan oh dugaan.

p/s : apa saja untukmu !

Wednesday, September 26, 2012

teknologi dan semangat

wake me up when september ends !

dua perkataan yang amat berbeza dari segi maksud dan bidang....macam biasa aku nak men'coret'kan sedikit pasai keadaan sekeliling aku.....kira macam nak update pasai kehidupan aku la...

kalau nak ikut trend la ni teknologi mesti pasai gajet henset la tablet la.... semangat pulak melibatkan 'sifat' dalaman manusia kan....ni semua tengah melanda diri aku ni....apa aku dok merepek ni haaaaa ! cukup ! masuk ke niat asai aku....

sepanjang minggu tak dak apa sangat yang menarik....semuanya berjalan macam biasa....
aku pi kenduri naik buai, makan McD Samurai Burger, merayau kat AEON Station 18, makan kat kedai sebab malas nak masak.....hahahaha 

dalam dok seronok-seronok ni, ada jugak banyak perkara yang membuatkan aku gelabah kadang-kadang. antaranya minggu ni aku dah nak mula kelas USM balik setelah berbulan-bulan cuti. faham ja la kan, otak pon dah karat. ni nak mula balik mau payah punya. jenoh nak kampoi ! 
lagi satu, usia kandungan wife aku pon dah masuk 7 bulan. makna kata dah tak lama la nak deliver kan....dalam 2 bulan lagi....so, perasaan aku agak gemuruh dan gementaq walaupon bukan aku yang pregnant. aku yang tengok wife pon rasa gelisah. memang besaq pengorbanan para isteri ni semasa pregnant. aku kaum adam ni hanya mampu melihat dan berdoa moga dipermudahkan segalanya. bab gender baby tu still dalam keraguan. tak dak kata putus lagi. hanya menanti dengan penuh kesabaran dan keterujaan. perkakaih baby pon belom beli lagi. punya la dok 'ralit'.....teruk kan?! haha

yang penting sekarang ni, kesihatan wife dan baby baik. itu dah cukup bagi aku. bersyukur pada Yang Esa. auni pulak macam biasa happy go lucky....tengah aktif sekarang ni. happy tak terkata aku ketika ni, sukar nak gambarkan.

cuma satu saja yang buat aku tak berapa nak syok, pasai MOODLE....fuh, memang jem aku !

*SPPBS tak siap lagi oi....mampuih aku ! punggah !

sekian.

p/s : hari ni nak kena pi sekolah awai sebab ada meeting.

Friday, September 21, 2012

Cerita Aku

Assalamualaikum w.b.t
dah lama rasanya aku tak berblogging...hampir 2 ke 3 minggu ....ini kerana laptop aku mengalamai sakit jantung yang kronik. kena masuk ICU....saluran darah tersumbat...so, kena adjust sikit bab tu....syukur, kini kembali stabil...moga-moga kekal stabil lebih lama dan mampu bertahan....aku agak sedih dengan apa yang berlaku kepada laptop aku ni. memandangkan dia dah lama berjasa untuk aku. bila dia sakit, aku kena la rawat dia sebaik mungkin. demi kebahagiaan kami semua. alkisahnya, laptop aku mengalami kerosakan pada chipset yang mana menyebabkan overheating sehingga membuatkan tak boleh nak ON. then, kena buat bypass fan....sebab processor pon ada sikit overheating kat situ. macam tu la lebih kurang ceritanya. kini, laptop aku still dalam observation kesihatan dia. hahahahaha

satu lagi cerita, pasai USM. semester 4 akan bermula 29hb ni. makna kata kuliah aku akan bermula pada tarikh tu. masa macam biasa la...dari pagi sampai malam. 8am hingga 10pm. belajaq sampai lebam !
tapi ada satu yang membuatkan aku kurang selesa ialah untuk semester ni, aku kena banyak online forum di moodle USM. adoi....aku memang lemah bab-bab ni...sebab nak kena check selalu moodle tu. aku ni dah la malas nak update menatang ni. kuiz la apa la....
Moga kekuatan tu datang kat aku dalam menghadapi sesuatu yang baru ni.Insyaallah.

cerita lain pulak, pasai auni...sekarang ni dia ada tab baru...tiap-tiap hari dok men game dan tengok video....ulang berpuluh kali....antara game yang feveret dia --> angrybirds, talking tom, picarts for kids, fruits ninja dan etc. aku siap letak semua game ni kat page depan tab tu. then, video yang auni selalu tengok pulak --> iklan fernleaf (lagu ibu tu), girl generation, yuna, boboiboy, upin ipin dan gangnam style...minat betoi auni tengok video tu. jenoh aku dok download....bab kesihatan pulak, dia pon dah ok semenjak keluar dari hospital hari tu....syukur. happy aku tengok auni. umoq dia pon dah masuk setahun 10 bulan. tak lama lagi dah nak masuk 2 tahun.

cerita lagi satu, pasai family aku. family aku kini sedang menanti ahli keluarga yang baru. new member la katakan. so, nak kena la beli sikit-sikit barang untuk persiapan. persiapan aku sederhana saja dan ala kadar. tak dak la nak meriah sangat. wasatiah la katakan. aku berharap segala dipermudahkan oleh Allah dalam menghadapi saat-saat itu nanti....Insyaallah.

cukup dah kot setakat tu...aku dah banyak sangat dah bercerita....jumpa di lain cerita pulak.

p/s : laptop oh laptop....

Thursday, September 6, 2012

Ketidaksihatan








Sang Penyu senantiasa peneman yang setia. nyyyuuuuu !!

p/s : adoyai...sakit kepala la pulak. oh, mengapa !

kerisauan

dah lama rasanya aku tak update blog aku ni...disebabkan kesibukan dan juga kemalasan yang terlampau....
ni pon dok rasa malas gak nak update...tapi keinginan nak update tu ada sikit...so, aku pon cuba la kan...

first thing first...baru-baru aku berada dalam keadaan kerisauan yang agak tinggi...risau pasai apa?sapa? tak lain tak bukan pasai anak aku yakni auni raudhah. auni baru ni kena admitted kat hospital besaq ipoh pasai acute tonsilitis. tapi yang nak jadi cerita tu, sebab utama aku bawak auni pi hospital tu sebab dia asyik muntah-muntah bila minum susu ka makan ka minum ayaq masak ka....sampai badan jadi lembik...bila aku panggil pon dah takdak respon. auni yang selalonya tersangat la aktif....bila jadi macam tu, risau la aku...sapa yang tak risau kan bila anak jadi macam tu...

alkisahnya macam ni, sebelum auni muntah-muntah ni, auni terjatuh masa aku dan wife pi jalan-jalan kat taman rekreasi...auni jatuh 'tetomoih' ada la luka kat kepala, lengan, lutut, pipi....calaq sana calaq sini...lebam pipi...semua la...dahi berlubang...darah la jugak....so, aku takut auni ada head injury...sebab muntah-muntah. tapi bila pi kat kecemasan, doktor kata auni sakit tonsil. tonsil dia dah bengkak. so, doktor pon bagi la nasihat supaya auni kena admitted sebab badan terlalu lemah dan yang paling penting, auni takleh nak makan...bila masuk ja, pasti akan keluaq balik on the spot. auni masuk wad dan kena drip antibiotik dan ayaq...nak bagi badan kembali ada tenaga....

sebak aku tengok auni bila dalam keadaan lemah macam tu, taktau nak kata apa lagi dah...walaupon, ada orang yang kata tu perkara biasa ja, tapi bagi aku ia satu yang amat menyedihkan...sebab auni memang seorang yang sangat aktif...tak dok diam. tapi tetiba jadi lemah ja...fuhhh...

Alhamdulillah, dua hari dok wad...auni semakin ok...dan boleh keluaq wad. auni kena makan antibiotik supaya tonsil tu mengecut dan pulih seperti sediakala balik. dikala aku dok taip post ni, auni dah semakin pulih...makan pon dah ok sikit...cuma ubat ja payah sikit nak makan...kena paksa jugak la...

Semoga auni cepat sembuh. ayah dan ibu sayang auni. muaaaaaahh !

Ya Allah, Engkau lindungilah anakku ini. amin

p/s : 'tetomoih' bermaksud jatuh tersungkoq....hehe

Wednesday, August 29, 2012

cuti sudah habis !

seminggu dah berlalu, makanya cuti habis la....dan aku kembali ke sekolah. walaupon hati ni masih lagi keberatan untuk menghadapi budak-budak yang pelbagai ragam, mau tak mau kena jugak la...lepas raya, merdeka pulak dok mai. makanya, jumaat ni aku cuti la...eh, silap ! bukan aku sorang ja tapi seluruh Malaysia la kan...tapi kepada yang kerja shift tu kena la keja kan....

Selamat Hari Merdeka Malaysia ke-55....janji jangan tak janji !!

"oppa is gangnam style....op op op op oppa gangnam style !!"

hahaha....lawak+menarik betoi lagu ni...layan jugak la..aku suka tengok MV dia...menari memang style la, sempoi dok ada....

layan tangkap leleh pon sempoi gak ni...



p/s : mata dah mengantuk. sila tidoq !

Tuesday, August 21, 2012

sederhana

aku baru lepas solat sunat aidilfitri...auni pulak baru lepas mandi...peace y'all !

gambaq raya tahun ni 2012...macam biasa, aku takdak baju raya...t-shirt saja.

kat taiping, auni baru lepas mandi..aku pulak pakai songkok senget + spek kalerful
Alhamdullillah, bersyukur kita kepada Allah kerana diberi peluang untuk meraikan Syawal di atas kejayaan melaksanakan tanggungjawab Ramadhan. seperti biasa, pabila Syawal mesti la cuti kan..so, aku akan menggunakan peluang yang ada ni dengan aktiviti pulang ke kampung...untuk tahun ni, raya pertama dan kedua aku beraya di Kg. Gajah terlebih dahulu dan jugak di Taiping...Penang pulak maybe raya ke-5 baru nak sambut kat sana. Raya aku tahun ni bersifat sederhana. takdak la sakan sangat. lagipun, aku dah biasa dengan sederhana ni...tak beria-ria sangat. yang penting, dapat bertemu dengan orang tersayang. amin.
lagi satu aku nak habaq, tahun ni aku takdak baju raya....hahaha...pasaiapa takdak? pasai aku tak pi beli la...apa lagi...rasa macam malas ja nak beli...baju lama dok elok lagi...pakai ja mana yang ada tu kan...wasatiah la katakan....

gambaq rasmi raya takdak pun...cuma dok ada gambaq biasa-biasa saja la...jadi la kan dari takdak langsung.

p/s : auni main sakan...bila malam tidoq sampai mengigau-ngigau..auni oh auni...

Friday, August 17, 2012

Bergema takbir

Ramadhan di penghujung...Syawal menanti dengan penuh keterujaan. 

begitu cepat masa berlalu. nampaknya semua orang pakat dok tak sabaq nak raya. semua pakat balik kampung untuk bertemu keluarga. bertemu dengan sanak saudara yang lama tak jumpa. bermaaf-maafan salah silap. Insyaallah lusa bersamaan dengan hari Ahad 19 Ogos 2012, kita akan menyambut Aidilfitri. kat radio pun, dok dengaq lagu raya saja. 

aku pun tak sabaq nak sambut raya jugak. tapi tak la terlampau nak sambut sangat macam zaman kanak-kanak dulu. zaman dulu lagi syok, dok atuq rumah nak pi kutip duit raya. hahahahaha....syok ooo...sejarah aku menunjukkan aku ni memang suka pi kutip duit raya, sampai form 3 pun aku still pi kutip duit raya. ngaku darjah 6 la, nak UPSR la .....hahahaha...dapat la duit raya lebih bila kata macam tu. konon-konon nak beli buku rujukan la apa la. itulah kenangan raya aku. memang syok. rumah mana yang bagi duit banyak tu, raya pertama sampai raya ketiga dok pi rumah yang sama. dressing baju lain-lain. rumah mana pulak yang dok bagi sekupang tu memang kena kutuk la dengan aku. tak padan sungguh, rumah besaq bagai nak gila...tapi duit raya bagi sekupang ja...ada ka patut?? aku dengan memaber siap bagitau kat budak-budak lain jangan dok pi rumah tu....hahahaha....jahat wei !

itu dulu la, sekarang ni tiba giliran aku pulak bagi duit raya kat orang...al-maklum la dah keja kan....so, paham-paham ja la....bagi banyak mana tu tak penting, yang penting ikhlas di hati tu...betoi dak?!

berhari rayalah kita dengan sederhana...jangan membazir...itukan amalan syaitan....jangan lupa memohon kemaafan dengan kedua ibubapa kita....sesungguhnya kita banyak melakukan kesalahan. percayalah....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012

p/s : dok ulang lagu 4u2c tak henti-henti ni....layan !

Sunday, August 12, 2012

Ku akui !


Katakan padaku kekasih
Kesilapan yang pernah ku lakukan dulu
Ternyata aku yang harus di persalahkan
Ku akui

Aku leka dengan kerjaya ku
Mengejar kekayaan di dunia ini
Betapa hancurnya mu laluinya
Ku akui

Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini

Kini ku rasa kehilangan
Kusedar betapa pentingnya kau disisi
Yang slalu ada
Yang slalu rindu
Terhadap diriku

ooooooooooo...Wow

Jangan, jangan,
Jangan ku ulangi lagi...

Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini

Kini ku rasa kehilangan
Kusedar betapa pentingnya kau disisi
Yang slalu ada
Yang slalu rindu
Terhadap diriku

p/s : aku kecewa ! 

Saturday, August 11, 2012

Penghujung

Alhamdulillah, syukur....sebab aku dah kembali mengaktifkan blog ni...tapi aku pon taktau kerajinan ini akan kekal sampai bila. aku rasa hampir sebulan aku tak sentuh blog ni. kiranya sepanjang Ramadhan, inilah kali pertama aku buat entry. ok, aku nak cerita bab Ramadhan dulu, Alhamdulillah aku dapat melaksanakan ibadah puasa sebaik mungkin. hanya Allah saja yang tau setakat mana sempurna Ramadhan aku kali ni. Moga-moga diterima OlehNya. Insyaallah. pejam celik pejam celik dah hujung dah Ramadhan, tinggai lebih kurang seminggu saja lagi nak sambut Syawal. aku tengok orang dah berpusu-pusu dok prepare barang-barang nak raya. tapi bagi aku pula, takdak apa yang aku rasa nak belikan untuk diri aku ni. banyak yang aku fikirkan hanya untuk orang di sekeliling aku saja. contohnya, anak isteri, mak ayah, adik-adik, sedara, pengasuh anak aku. dok fikir apa yang aku nak bagi kat depa ni semua. tapi tahun ni, aku rasa macam nak beli seluaq jeans la satu sebab seluaq yang dok ada la ni yang semakin barai dan lunyai. hahahahaha. aku harap raya kali ni aku dapat membuahkan senyuman pada orang di sekeliling aku. tak kira la walaupun hanya sedikit senyuman. yang penting senyuman itu ikhlas dari hati depa kan. 
bab 2 pulak, cerita pasai alam pekerjaan aku. Alhamdulillah, aku sebagai kakitangan gomen telah dikurniakan bonus raya sebanyak setengah bulan gaji. syukur sangat-sangat. sebab ia dah banyak membantu dan meringankan beban aku. paham-paham ja la kan, raya mesti nak pakai duit banyak. bonus tu dah pon dibayaq pada 9hb yang lepas. aku dengaq cerita minggu depan yakni 13hb nak masuk gaji pulak...awainya la...bahaya ooo kalau gaji masuk awai ni. mau dok pandai plan duit tu. kalau tak, jenoh nak korek bila sampai hujung bulan depan nanti. 
bab 3 pulak pasai aku nak raya kat mana tahun ni. aku pon taktau macamana aku nak sambut raya tahun ni. sebab apa? sebab mem besaq aku kena keja malam pulak time raya ni. so, aku buat kesimpulan bahawa tahun ni maybe aku beraya di rumah mertua aku dulu la kot. then, barulah rumah mak aku. agak tak best bila tau mem kena bertugas time raya. fuh. tapi nak buat macamana kan. itu dah menjadi sumber rezeki kita. mau tak mau kena la terima. 
bab 4 pasai auni raudhah. fuh. tak larat nak kampoi dah la ni. bueh yang amat. kuat main, kuat bercakap, dan kuat merap. auni oh auni. jadilah anak yang solehah dan mampu membanggakan ibu dan ayah mu kelak. amin.

setakat tu saja la kot ...aku pon dah tak larat nak taip dah. lagipon aku nak pi tukaq pampers auni sat. dah dok keluaq aroma yang menyamankan dah tu...okla semua. bertemu lagi kita di masa akan datang.

selamat berpuasa dan selamat menyambut aidilfitri yang bakal menjelma.

p/s : cuaca kat ipoh ni semakin hari semakin panas terik dan perit. Ya Allah.

Sunday, July 29, 2012

demam oi !

sejak dua tiga hari ni aku tak berapa nak sihat sikit la kan...aku pon tak tau pasai apa jadi lagu tu...
terok dah aku ni...demam ni jarang dok mai kat aku...adoi la !
semoga aku kembali normal macam biasa kembali..


menatang ni la yang dok buat aku demam tak habis-habis lagi ni...hahahahaha
teramat sempoi !

p/s : Seminggu sudah kita berpuasa. Semoga segala amalan di terima, Insyaallah.

Thursday, July 26, 2012

tugas

oh mengapa !
tatkala aku sedang menaip coretan ini, aku baru saja muntah hijau dengan menatang yang kat atas tu...naik juling bijik mata aku sedaya upaya menyelesaikannya...masa ada lebih kurang 4 5 hari saja lagi untuk siapkan. kalau tak, kena hantaq surat tunjuk sebab pulak.....macam-macam depa ni...
menatang ni la yang selalu membuatkan kepala aku serabut dan tak tenang...selama ni yang aku dok bebelkan pon tak lain tak bukan....menatang atas ni la....nak tau dak dia nama apa??? 
perkenalkan kepada anda semua....namanya ialah LINUS....taraaaaaaa !! aku rasa orang yang berkecimpung dalam dunia pendidikan pasti amat mengenali 'beliau' ni....

dah la...malas aku nak bebelkan lagi...nanti tak pasai-pasai aku kena cepuk...hahahahaha
masa untuk tidoq ...... zzzzzzzzzz !!

p/s : terima kasih kepada PM kerana sudi menganugerahkan 1/2 bulan bonus kepada kakitangan kerajaan. Alhamdulillah.

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan

segala yang dinanti kini telah tiba...ahlan wa sahlan ya Ramadhan Kareem...

Selamat Menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan rahmat...

puasa biaq penuh...

p/s : nak sahur apa pagi ni?

Monday, July 16, 2012

tak lama dah

tinggal lagi beberapa hari saja lagi untuk kita semua menyambut ketibaan bulan yang penuh mulia...tak lain tak bukan Ramadhan Al-Mubarak...so, makna kata dah nak kena persiapkan diri untuk menyambutnya....
aku ni macam biasa la kan...sejak dulu hingga sekarang harapan mestilah puasa penuh....Insyaallah.

hari ni dah hari Isnin, puasa dijangka pada hari Sabtu 21hb Julai...tak sabaq rasanya nak puasa...dugaan pon pasti akan datang mencurah-curah...terutama sekali time kat sekolah....paham-paham saja la kan dengan kerenah budak-budak ni....ada satu ketika boleh menyebabkan darah aku menggelegak bak ayaq panas...fuh ! cobaan betoi....

Moga-moga aku dapat menghadapinya dengan penuh ketabahan...

ok, aku dah taktau nak taip apa lagi....cukup la kot setakat tu...

kepada adik aku yang berada nun di kuala nerang tu...belajaq la semaksimum yang mampu...ingat apa harapan dan kata-kata mak ayah hari tu....buatlah mereka bangga dan tersenyum riang...

p/s : hujan yang turun bagaikan mutiara...

Friday, July 6, 2012

Lapang dan sempit

sekarang ni semangat untuk aku berblogging amatlah rendah dan merudum teruk...aku pon taktau sebab apa aku jadi macam tu....
maybe sebab aku dah jarang online guna laptop kot....laptop aku pon jarang aku on...kesian kat laptop aku....huhuh...
di kala aku mengepostkan post ini, aku sedang menggunakan laptop kesayangan aku ni...dah banyak kenangan dan jasa yang telah kau berikan kepada aku....
ok cukup mukaddimah aku tu...ayuh masuk ke bahagian isi nya pulak...
'lapang dan sempit' !! ada apa dengan lapang dan sempit ni....banyak maksud sebenaqnya bagi aku...
tapi aku malas nak cerita panjang, so aku bagi ringkasan saja....ini memudahkan untuk aku menaip....

lapang - lapang dada aku semenjak dua menjak ni...lepas ja aku habis exam USM hari tu, memang hati aku tenang dan lapang....seronok betoi rasanya....untuk sem akan datang aku pon taktau bila nak mula pulak...lagi satu, aku happy tengok auni dah makin besaq dan bertambah cerdik...macam-macam 'words' dia dah boleh cakap...walaupon, tak berapa nak jelas dan bunyi lawak sikit tapi bagi aku itu dah memadai...selari dengan usia auni....kagum aku ! 
aku jugak rasa lapang atas sebab yang aku sendiri taktau macamana nak jelaskan.....tapi yang pasti aku rasa amat lapang sekarang ni.....melainkan kalau aku dok pikiaq bab kerja...yang tu membuatkan aku jadi sempit....woooo ~~

sempit - aku jadi sempit bila masuk bab kerja...kerja LINUS dah mula masuk dalam otak aku...saringan tahun 1 dok mai dah....banyak sangat nak buat...sampai rasa nak muntah bila mengadap budak-budak buat ujian lisan...sebab dok ulang benda dan soalan yang sama....ni tak mai lagi soalan bertulis lagi...mai yang tu, kompom muntah hijau la aku....aku pon taktau apa dah jadi dengan aku ni...lagi satu, aku dah mula rasa sempit dengan telatah sesetengah parents anak murid sekolah aku...diulangi sekali lagi, sesetengah parents...kalau dah tak puas hati tu, elok la jumpa dengan tuan badan tu sendiri, bawak berbincang elok-elok dan bukannya dok jaja cerita yang kadang-kadang tu tak berapa nak betoi...aku pon tak paham dengan orang yang berperangai macam ni....cerita kot belakang mau saja, bila mai kot depan takmau pulak....apa punya orang daa....manusia oh manusia....ada saja yang kena....aku pon bukanlah sempurna sangat, ada jugak salah sana salah sini kan....tapi, sekurang-kurangnya bawak la berbincang...kan itu lebih berhemahkan....dah la...malas aku nak ambik port dengan orang macam ni....nanti jadi lagi sempit aku...hahaha

ops, dah panjang pulak bebelan aku ni....
cukup la tu ......

p/s : sedap pulak dapat makan 'koko krunch' ni...nyuummm...

Sunday, July 1, 2012

Jalan-jalan bagi penat

haha...kembali lagi aku di dalam kancah percoretan ini....percoretan??? ada ka bahasa macam ni....bedai  saja labu...kali ni aku nak cerita sikit pasai trip hujung minggu aku bersama famili....trip yang ringkas dan padat.

ceritanya aku pi cameron highlands bersama wife, auni, mak dan jugak akmal. saja aku nak pi cameron sebab nak bawak auni....lagipon, sejak auni lahir sampai sekarang aku tak pernah bawak auni lagi pi cameron...so, kira ok la plan aku ni...mak dengan akmal pon ada sekali, lagi sempoi la...aku pi senang ja...pi pagi balik petang...seperti di jangka, cameron memang sesak dengan orang dan kereta...jem sana jem sini...

auni dua kali muntah dalam kereta...sebab jalan dia kan kona sana kona sini, baring sana baring sini....makanya, auni pon pening la....dua kali aku berenti tepi jalan...auni mabok terok ! kesian auni....takpa, tu semua sebagai permulaan kan .....chaiyok my princess....

ok cukup setakat tu, aku rasa semua orang dah tau lokasi mana yang wajib singgah bila pi cameron kan...so, tak payah la aku nak cerita panjang-panjang lagi....dah malas nak taip....hahahaha

tapi satu saja yang bermain di fikiran aku....cameron highlands dah tak sejuk macam dulu...berangin saja aku rasa....mybe sebab banyak sangat pembangunan kot...ada baik ada buruk kan....dulu kalau aku pi sana, comfirm aku pakai baju tebai-tebai...tapi sekarang ni, aku pi pakai t-shirt biasa ja....dah tak perlu lagi pakai sweater bagai nak rak....kat situ kita dah dapat bezakan dulu dengan sekarang kan....
aku rasa orang penting dan orang atasan kat sana perlu rancang dan laksanakan sesuatu yang mampu mengekalkan tahap kesejukan seperti dulu....kalau tak, cameron nanti jadi macam ipoh la jawabnya....lain macam saja panasnya....

ok, dah cukup melalut tu...jom tempek gambaq pulak...macam biasa la kan, aku mesti lupa bawak kamera punya...so, guna la kamera handphone cabok aku ni...gambaq banyak...tapi aku ambik sikit sudah la kot sebagai syarat kan....




3 keping sudah cukup la kan...nak tempek banyak-banyak nanti orang muak pulak tengok kan....hahaha
gambaq aku macam biasa mesti takdak punya...sebab aku tak hensem, letak gambaq orang yang penting dalam hidup aku sudah mencukupi.....muuaaaahhh !

p/s : pagi nanti jom tengok finale ....SPAIN vs ITALY, taktau nak sokong mana...tengok saja.

Tuesday, June 26, 2012

My Precious

Keabadian Cinta
Sayangku terhadapmu tiada penghujungnya.....

Moga bercahaya sentiasa wahai Auni Raudhah...

p/s : mata still tak mengantuk...adoi !


Monday, June 25, 2012

damai


assalamualaikum w.b.t
sebelum bermula bicara, saya ingin memohon ribuan kemaafan kerana sudah berkurun lamanya tidak meng'update'kan blog muram ini. Saya rasa seperti jiwa yang kosong kerana ada sesuatu yang bermain-main di fikiran saya ini yang telah membuat saya tidak tenang dan sering memikirkannya...

tapi sejak semalam, jiwa saya kembali tenang....kerana segala yang membelenggu fikiran ini telah pergi......huaaaaarghhhh...lega rasanya....syukur kepadaMu Ya Allah....

semoga apa yang telah dilalui akan memberi satu pulangan yang setimpal....Insyaallah.

kini, saya berserah dan tawakkal dengan apa yang telah berlaku...semoga selamat semuanya.

"damailah di sana......"



kini tugas saya adalah kembali fokus dengan apa yang dimulakan dahulu....banyak cabaran yang menanti....

p/s : futsal oh futsal....