mcm2

Wednesday, May 29, 2013

aku dan exam

rasanya dah lama aku tak melalut dalam blog cabuk aku ni kan. so, tetiba hari ni aku ada sikit semangat nak update..aku nak update la apa yang patut pasai hal hidup aku. walaupon, takdak orang yang berminat nak baca pon hal aku ni, aku tetap nak melalut jugak untuk kepuasan diri aku..

ok, firstly aku baru saja settle exam PPG USM selama 3 hari. exam kali ni, aku ambik 5 paper. semuanya 'taff' gila. memang terus terang la aku cakap, aku memang tak dapat nak follow sangat apa yang lecturer dok ajaq dalam kuliah. sebab susah gila !! aku ni dah la lama tak buka buku...jadi, paham-paham ja la kan...

Alhamdulillah, dapat la aku jawab exam kali ni. semua yang aku jawab tu aku takdak confident langsung. cuma harap lulus ja la...itu target utama aku, LULUS ! dan tamatkan pengajian aku ni. fizikal dan mental memang teruji...penat tu toksah dok kata la...memang dah. tunggu dan lihat ja la nanti result dia.
so, sekarang ni otak aku amatlah lega dan lapang....sebelum ni memang aku dok serabut pasai exam ni....syukur.

pada masa exam ni, rumah famili aku ada majlis perkahwinan adik aku. so, aku ulang alik balik rumah selepas exam....
majlis berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan. kagum aku tengok mak dan ayah aku yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ni. semangat mak ayah memang tak dapat disangkal lagi la. aku bersyukur pada Yang Maha Esa kerana mempunyai mak ayah terbaik di dunia. tak lupa juga pada semua ahli keluarga, sanak saudara yang sama-sama membantu menjayakan majlis.

kepada pengantin afiq dan fizah, abang ucapkan all the best !! cepat-cepat dapat baby yang cute macam auni dan rais....boleh jadi geng nanti...hehe

sekarang ni aku dalam mode cuti...sebab sekolah cuti dua minggu...makanya, jemputan kenduri memang banyak la...ramai member-member yang nak tamatkan zaman bujang...aku cuba sedaya upaya nak penuhi jemputan tu...

ok, dah panjang dah rasanya melalut aku kali ni.
sekian.

p/s : manusia tak dapat elak dari melakukan kesilapan. betoi kan?!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tahniah adikku









Tanggal 19 Mei 2013, sahlah adik aku bertukaq status. dah jadi suami orang dah...

SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan kepada adikku Muhammad Afiq b. Kamarudin dan isteri.
Selamat menempuh alam baru dengan jayanya.

p/s : macam-macam ragam orang. tak paham aku dengan orang macam ni..hanya nampak salah orang, salah sendiri tak nampak !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 1, 2013

Hidup aku !




semakin hari semakin membesaq anak-anakku....gumbira tak terkata rasanya hati ini....senantiasa mendoakan yang terbaek untuk anak-anakku....segala tekanan terungkai bila melihat gelagat mereka...
begitulah nikmatnya...tiada apa yang dapat menggantikan tempat mereka di dalam hidup aku.

dunia aku kini semakin mencabaq yang mana pelbagai kerja aku kena setelkan..kadang-kadang rasa macam nak menjerit sekuat hati....tapi apakan daya, kalau aku jerit pon bukannya boleh hilang dalam kepala otak aku pon....satu cara hanyalah aku kena senantiasa berfikiran positif yang mana aku mampu hadapi dengan tabah. walaupon ada satu ketika aku rasa aku macam tak mampu saja nak hadapi...mau tak mau kena redah jugak la...

bulan ni macam-macam aku kena hadapi...kuliah, tugasan, exam dan segala mak nenek la ceritanya....
di saat aku menaip ni, tugasan aku masih lagi bersepah-sepah tak buat lagi....buku pon tak baca lagi....perasaan aku kini dah tak se'excited' masa awal sambung study dulu. malas malas dan malas....segalanya malas....oh, mengapa !!

tugas di sekolah semakin mencabaq dah...pelbagai ragam murid-murid...kadang-kadang tu parents pon sama naik jugak ragam dia..mengalahkan murid tu sendiri....entah la...senang sangat nak persalahkan cikgu ni....tak paham aku...setiap manusia pasti ada kelemahan kan....aku pasrah !

ok cukup dengan madah berhelah aku ni....hahahahaha

esok aku bercuti...yakni HARI PEKERJA...LABOUR DAY...1 MEI 2013 !

selamat bercuti la kepada aku....5 Mei semakin hampir...tarikh keramat tu...semua orang pakat dok kecoh dengan date tu...

semoga Malaysia kekal aman dan makmur...itu saja harapan aku !

p/s : aku suka 'Just give me a reason' dan 'harus terpisah'. sekian, tq



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...