mcm2

Wednesday, September 26, 2012

teknologi dan semangat

wake me up when september ends !

dua perkataan yang amat berbeza dari segi maksud dan bidang....macam biasa aku nak men'coret'kan sedikit pasai keadaan sekeliling aku.....kira macam nak update pasai kehidupan aku la...

kalau nak ikut trend la ni teknologi mesti pasai gajet henset la tablet la.... semangat pulak melibatkan 'sifat' dalaman manusia kan....ni semua tengah melanda diri aku ni....apa aku dok merepek ni haaaaa ! cukup ! masuk ke niat asai aku....

sepanjang minggu tak dak apa sangat yang menarik....semuanya berjalan macam biasa....
aku pi kenduri naik buai, makan McD Samurai Burger, merayau kat AEON Station 18, makan kat kedai sebab malas nak masak.....hahahaha 

dalam dok seronok-seronok ni, ada jugak banyak perkara yang membuatkan aku gelabah kadang-kadang. antaranya minggu ni aku dah nak mula kelas USM balik setelah berbulan-bulan cuti. faham ja la kan, otak pon dah karat. ni nak mula balik mau payah punya. jenoh nak kampoi ! 
lagi satu, usia kandungan wife aku pon dah masuk 7 bulan. makna kata dah tak lama la nak deliver kan....dalam 2 bulan lagi....so, perasaan aku agak gemuruh dan gementaq walaupon bukan aku yang pregnant. aku yang tengok wife pon rasa gelisah. memang besaq pengorbanan para isteri ni semasa pregnant. aku kaum adam ni hanya mampu melihat dan berdoa moga dipermudahkan segalanya. bab gender baby tu still dalam keraguan. tak dak kata putus lagi. hanya menanti dengan penuh kesabaran dan keterujaan. perkakaih baby pon belom beli lagi. punya la dok 'ralit'.....teruk kan?! haha

yang penting sekarang ni, kesihatan wife dan baby baik. itu dah cukup bagi aku. bersyukur pada Yang Esa. auni pulak macam biasa happy go lucky....tengah aktif sekarang ni. happy tak terkata aku ketika ni, sukar nak gambarkan.

cuma satu saja yang buat aku tak berapa nak syok, pasai MOODLE....fuh, memang jem aku !

*SPPBS tak siap lagi oi....mampuih aku ! punggah !

sekian.

p/s : hari ni nak kena pi sekolah awai sebab ada meeting.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 21, 2012

Cerita Aku

Assalamualaikum w.b.t
dah lama rasanya aku tak berblogging...hampir 2 ke 3 minggu ....ini kerana laptop aku mengalamai sakit jantung yang kronik. kena masuk ICU....saluran darah tersumbat...so, kena adjust sikit bab tu....syukur, kini kembali stabil...moga-moga kekal stabil lebih lama dan mampu bertahan....aku agak sedih dengan apa yang berlaku kepada laptop aku ni. memandangkan dia dah lama berjasa untuk aku. bila dia sakit, aku kena la rawat dia sebaik mungkin. demi kebahagiaan kami semua. alkisahnya, laptop aku mengalami kerosakan pada chipset yang mana menyebabkan overheating sehingga membuatkan tak boleh nak ON. then, kena buat bypass fan....sebab processor pon ada sikit overheating kat situ. macam tu la lebih kurang ceritanya. kini, laptop aku still dalam observation kesihatan dia. hahahahaha

satu lagi cerita, pasai USM. semester 4 akan bermula 29hb ni. makna kata kuliah aku akan bermula pada tarikh tu. masa macam biasa la...dari pagi sampai malam. 8am hingga 10pm. belajaq sampai lebam !
tapi ada satu yang membuatkan aku kurang selesa ialah untuk semester ni, aku kena banyak online forum di moodle USM. adoi....aku memang lemah bab-bab ni...sebab nak kena check selalu moodle tu. aku ni dah la malas nak update menatang ni. kuiz la apa la....
Moga kekuatan tu datang kat aku dalam menghadapi sesuatu yang baru ni.Insyaallah.

cerita lain pulak, pasai auni...sekarang ni dia ada tab baru...tiap-tiap hari dok men game dan tengok video....ulang berpuluh kali....antara game yang feveret dia --> angrybirds, talking tom, picarts for kids, fruits ninja dan etc. aku siap letak semua game ni kat page depan tab tu. then, video yang auni selalu tengok pulak --> iklan fernleaf (lagu ibu tu), girl generation, yuna, boboiboy, upin ipin dan gangnam style...minat betoi auni tengok video tu. jenoh aku dok download....bab kesihatan pulak, dia pon dah ok semenjak keluar dari hospital hari tu....syukur. happy aku tengok auni. umoq dia pon dah masuk setahun 10 bulan. tak lama lagi dah nak masuk 2 tahun.

cerita lagi satu, pasai family aku. family aku kini sedang menanti ahli keluarga yang baru. new member la katakan. so, nak kena la beli sikit-sikit barang untuk persiapan. persiapan aku sederhana saja dan ala kadar. tak dak la nak meriah sangat. wasatiah la katakan. aku berharap segala dipermudahkan oleh Allah dalam menghadapi saat-saat itu nanti....Insyaallah.

cukup dah kot setakat tu...aku dah banyak sangat dah bercerita....jumpa di lain cerita pulak.

p/s : laptop oh laptop....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 6, 2012

Ketidaksihatan








Sang Penyu senantiasa peneman yang setia. nyyyuuuuu !!

p/s : adoyai...sakit kepala la pulak. oh, mengapa !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kerisauan

dah lama rasanya aku tak update blog aku ni...disebabkan kesibukan dan juga kemalasan yang terlampau....
ni pon dok rasa malas gak nak update...tapi keinginan nak update tu ada sikit...so, aku pon cuba la kan...

first thing first...baru-baru aku berada dalam keadaan kerisauan yang agak tinggi...risau pasai apa?sapa? tak lain tak bukan pasai anak aku yakni auni raudhah. auni baru ni kena admitted kat hospital besaq ipoh pasai acute tonsilitis. tapi yang nak jadi cerita tu, sebab utama aku bawak auni pi hospital tu sebab dia asyik muntah-muntah bila minum susu ka makan ka minum ayaq masak ka....sampai badan jadi lembik...bila aku panggil pon dah takdak respon. auni yang selalonya tersangat la aktif....bila jadi macam tu, risau la aku...sapa yang tak risau kan bila anak jadi macam tu...

alkisahnya macam ni, sebelum auni muntah-muntah ni, auni terjatuh masa aku dan wife pi jalan-jalan kat taman rekreasi...auni jatuh 'tetomoih' ada la luka kat kepala, lengan, lutut, pipi....calaq sana calaq sini...lebam pipi...semua la...dahi berlubang...darah la jugak....so, aku takut auni ada head injury...sebab muntah-muntah. tapi bila pi kat kecemasan, doktor kata auni sakit tonsil. tonsil dia dah bengkak. so, doktor pon bagi la nasihat supaya auni kena admitted sebab badan terlalu lemah dan yang paling penting, auni takleh nak makan...bila masuk ja, pasti akan keluaq balik on the spot. auni masuk wad dan kena drip antibiotik dan ayaq...nak bagi badan kembali ada tenaga....

sebak aku tengok auni bila dalam keadaan lemah macam tu, taktau nak kata apa lagi dah...walaupon, ada orang yang kata tu perkara biasa ja, tapi bagi aku ia satu yang amat menyedihkan...sebab auni memang seorang yang sangat aktif...tak dok diam. tapi tetiba jadi lemah ja...fuhhh...

Alhamdulillah, dua hari dok wad...auni semakin ok...dan boleh keluaq wad. auni kena makan antibiotik supaya tonsil tu mengecut dan pulih seperti sediakala balik. dikala aku dok taip post ni, auni dah semakin pulih...makan pon dah ok sikit...cuma ubat ja payah sikit nak makan...kena paksa jugak la...

Semoga auni cepat sembuh. ayah dan ibu sayang auni. muaaaaaahh !

Ya Allah, Engkau lindungilah anakku ini. amin

p/s : 'tetomoih' bermaksud jatuh tersungkoq....hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...