mcm2

Tuesday, May 27, 2014

Sekian lama

Setelah lama tak menjengah ke ruangan ini, aku mengambil sedikit masa dengan memberi kekuatan kepada diri untuk cuba sedaya upaya mencoretkan sesuatu di sini. 
Aku merasakan alam blogging aku ini akan berakhir tak lama lagi. Prestasi amat tidak memuaskan.

23 Mei 2014 merupakan satu tarikh yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila.
Ada perkara menggembirakan dan juga menyedihkan bagi aku.
Yang manisnya tarikh ini merupakan tarikh hari ulangtahun perkahwinan aku. Untuk tahun 2014, maka sudah 5 tahun aku mempunyai keluarga sendiri. Aku dapat merasakan pelbagai perasaan seorang yang bergelar suami, ayah dan ketua keluarga. Dengan kehadiran isteri dan anak-anak, hidup aku lengkap dan dipenuhi pelbagai pahit manis. Semoga keluarga yang telah dibina akan kekal selama-lamanya.
Aku sangat sayangkan Rokiah Jamaluddin, Auni Raudhah dan Adlan Rais.



Namun demikian, setiap yang manis pasti akan terpalit pahit. Pada 23 Mei 2014, aku kehilangan seorang wira yang telah berjasa sepanjang usianya, Jamaluddin b. Mutalib yakni ayah mertua aku. Tiada apa yang dapat aku ungkapkan selain mendoakan ayah akan sentiasa ditempatkan dalam golongan-golongan terpuji, InsyaAllah. Anakmu akan senantiasa mendoakan yang terbaik untuk ayah di sana. Aku akan berusaha menjadi yang terbaik untuk keluarga yang telah dibina. 

Al-Fatihah.

Perjuangan perlu diteruskan.
ameen.

p/s : exam USM Semester 7 sudah selesai. Moga-moga lulus.