mcm2

Sunday, February 26, 2012

7 hari

tudiaaaa aihh...baru ada masa nak update blog aku ni...punya la busy tak ingat habaq hampa...memang terbukti la kan....aku kena kerja 'direct' 7 hari...start dari hari Ahad sampai la Sabtu....cukup round satu minggu. dapat la rest sehari. then, kembali ke sekolah balik. aku bukan nak merungut apa pun, tapi ada la sikit pasai perkara yang rasa tak puas hati dari tahun lepas lagi pasai tempat aku kerja ni. Masalahnya adalah tak cukup staf bekerja untuk sesi aku. aku tengok semua warga sesi aku kerja pakat dok cakap benda yang sama ja. tak puas hati pasai perkara yang sama. tapi...... pihak atasan macam takdak apa-apa yang berlaku....dok cakap akan ubah akan ubah...tapi sampai ke sudah takdak apa pun perubahan. yang menjadi mangsa ni AKU dan TEAM sesi aku la...iaitu KAMI ni...yang mana KAMI ni warga minor ja...sampaikan orang yang mewakili KAMI pun macam tak dilayan dengan baik. kata kita ni kerja di bawah satu bumbung. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing kan? tapi......apa dah jadi sekarang ni....perkara ni dari tahun lepas kot...takkan takdak satu pun langkah penyelesaian. hmmm, tak paham betoi aku !

aku amat berharap akan ada perubahan yang memberi semua keadilan yang saksama. sebab sekarang ni aku rasa macam tak dilayan secara adil.

kerja pun dalam keadaan yang kurang menyenangkan. bila dah kerja dalam keadaan macam ni, satgi mai la segala macam mak nenek ....stress la, tension la, emo la, macam-macam la kan...

Semoga hal ini tidak berterusan...satu perubahan drastik perlu dilaksanakan ....
barulah ada anjakan paradigma kan....ya dak?!

aku bukannya nak 'blame' sapa-sapa kat sini, just nak ingat-mengingati sesama insan kan....tak semua sempurna....termasuk la aku....aku tau tahap aku ni tang mana....tapi still ada satu perasaan ....terutama sekali perasaan memberontak apabila tuntutan yang amat diharapkan tidak dapat direalisasikan.

tudiaaa, panjang la pulak bebelan cap ayam aku ni...hahaha

Sama-sama kita meningkatkan mutu kerja kita demi masa depan yang lebih gemilang.


p/s : City menang 3-0 dengan Blackburn. chantek !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 20, 2012

Wordless Monday


setiap orang sentiasa berubah-ubah kan....awat yang jadi lagu tu wei ?!


p/s : macamana aku nak jadi rajin lebih ni ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 16, 2012

Gred

gred kerja kursus sem 2 USM aku dah keluaq tadi. aku pon dengan slumbernya check la apa yang patot.

Alhamdulillah keputusan agak baik. gred ini diharap dapat membantu result exam aku nanti. syukur sangat-sangat.

sekarang ni dok tunggu result exam pulak. harap-harap lepas la kan.

klik untuk tumbesaran

tapi aku agak kecewa dengan yang satu tu. KPF3012....agak kurang memuaskan. aku dapat C. adoi....

walau macamana pon, aku kena tetap bersyukur dapat macam tu. berbaloi dengan usaha yang telah aku laburkan.

sem 3 dah nak mula dah...dengaq cerita 3hb Mac ni.....tak lama lagi dah tu....
chaiyok kamarul asrof !

p/s : macamana nak ambik baucer 1Malaysia tu...time sekolah tu....punggah !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Langkah Pertama

hari ini aku telah berjaya menyelesaikan langkah pertama untuk mendapatkan tempat berlindung aku sendiri. segala kesulitan dapat aku hadapi dengan bantuan rakan-rakan sekalian. terima kasih tak terhingga aku ucapkan. hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua. Moga-moga permintaan aku itu dapat ditunaikan tanpa sebarang aral yang mendatang. Moga-moga berjalan lancar. aku amat teruja ke arah ini semua. memandangkan usia aku yang semakin bertambah ini, eloklah kiranya aku mempunyai hak sendiri. Hak yang mana mampu menjamin kesempurnaan di masa depan kelak.

maka dengan ini, 15 feb 2012 aku dah dapat menyelesaikan langkah pertama aku.

Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan hambaMu ini.
Sesungguhnya redhaMu kemuncak impianku.
Amin.


p/s : senak perut la pulak makan megi kari ni. adoi la !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 13, 2012

tinggal kenangan

aku rasa arc S ni baru saja menjadi salah satu dalam family aku....lebih kurang 2 bulan kalau tak silap...tapi kini tiada lagi gelak tawanya...ia telah menjadi milik orang lain...
fuuhh, sedih rasanya....tapi apakan daya....perubahan masa memaksa saat-saat ini berlaku...
tanggal 12 Feb 2012, maka berpisah la Sony Ericsson arc S dengan family aku...bukan kerana tiada cinta tapi waktu penentu segalanya.....


semoga kau berbahagia di sampingnya....


p/s : esok nak submit borang yang belambak-lambak tu...moga-moga dipermudahkan segala urusan. Insyaallah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 7, 2012

tercapai


Alhamdulillah....tercapai jua impian...
Semoga berbahagia hendaknya..
syukur. amin


p/s : 18 jam tu....lama betoi !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 6, 2012

buntu



p/s : otak tak mampu nak berfikir dengan baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 3, 2012

samsung

fuh. terpikat aku bila tengok keluaran terbaru smartphone samsung ni.
nama dia samsung nexus. dia guna android 4.0 icecream sandwich. memang mantap. luaran dan dalaman yang mengancam. android paling terkini ni. tapi yang tak tahan tu harga dia la..punya la mahai. RM2099 tu. adoi, mana la aku nak cekau duit......tapi hati ni teringin....

aku siap tengok lagi review dia kat youtube...memang syiok la. laju weh. kalau sapa-sapa yang kaki dok online 24jam...elok la pi tangkap handphone ni satu buat peneman hati. hahaha...

aku bila nak pakai handphone ni ntah la ....berkurun la kot kalau nak tunggu...elok la time tu pon dah keluaq banyak lagi model yang lagi advance kan.
hahahaha

p/s : aku masih setia oh S PLUS ku !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...