tudiaaaa aihh...baru ada masa nak update blog aku ni...punya la busy tak ingat habaq hampa...memang terbukti la kan....aku kena kerja 'direct' 7 hari...start dari hari Ahad sampai la Sabtu....cukup round satu minggu. dapat la rest sehari. then, kembali ke sekolah balik. aku bukan nak merungut apa pun, tapi ada la sikit pasai perkara yang rasa tak puas hati dari tahun lepas lagi pasai tempat aku kerja ni. Masalahnya adalah tak cukup staf bekerja untuk sesi aku. aku tengok semua warga sesi aku kerja pakat dok cakap benda yang sama ja. tak puas hati pasai perkara yang sama. tapi...... pihak atasan macam takdak apa-apa yang berlaku....dok cakap akan ubah akan ubah...tapi sampai ke sudah takdak apa pun perubahan. yang menjadi mangsa ni AKU dan TEAM sesi aku la...iaitu KAMI ni...yang mana KAMI ni warga minor ja...sampaikan orang yang mewakili KAMI pun macam tak dilayan dengan baik. kata kita ni kerja di bawah satu bumbung. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing kan? tapi......apa dah jadi sekarang ni....perkara ni dari tahun lepas kot...takkan takdak satu pun langkah penyelesaian. hmmm, tak paham betoi aku !
aku amat berharap akan ada perubahan yang memberi semua keadilan yang saksama. sebab sekarang ni aku rasa macam tak dilayan secara adil.
kerja pun dalam keadaan yang kurang menyenangkan. bila dah kerja dalam keadaan macam ni, satgi mai la segala macam mak nenek ....stress la, tension la, emo la, macam-macam la kan...
Semoga hal ini tidak berterusan...satu perubahan drastik perlu dilaksanakan ....
barulah ada anjakan paradigma kan....ya dak?!
aku bukannya nak 'blame' sapa-sapa kat sini, just nak ingat-mengingati sesama insan kan....tak semua sempurna....termasuk la aku....aku tau tahap aku ni tang mana....tapi still ada satu perasaan ....terutama sekali perasaan memberontak apabila tuntutan yang amat diharapkan tidak dapat direalisasikan.
tudiaaa, panjang la pulak bebelan cap ayam aku ni...hahaha
Sama-sama kita meningkatkan mutu kerja kita demi masa depan yang lebih gemilang.
p/s : City menang 3-0 dengan Blackburn. chantek !
No comments:
Post a Comment