mcm2

Wednesday, August 28, 2019

2019

Assalamualaikum w.b.t

Dah jejak 2 tahun saya tak tengok blog ini. tetiba hari ini saya termasuk nak tengok ada lagi atau dah hilang blog ini. ada lagi rupanya...

Saya pun dah tak ingat macamana nak edit apa semua. dulu suka rodek-rodek, try and error. Lani dah malas. maklum la usia pun semakin banyak.

Sekian, terima kasih. ☺☺

p/s : malas gila nak taip panjang-panjang. 

Sunday, February 5, 2017

Masa berlalu dengan pantas

Assalamualaikum w.b.t

Rasanya sudah lama aku tak buka dan tengok blog aku ini. Terasa sangat janggal dan pelik bila nak masuk kat sini.

Hidup aku kini dah agak berubah sikit yang mana nak update blog pon dah malas. Nak buka pon malas, apatah lagi nak taip-taip untuk post yang ni.

Sebenarnya aku sendiri takdak idea nak taip apa....tapi taip pi la apa yang rasa nak taip.

Tahun 2017 ni, anak-anak semakin membesar. Auni Raudhah pon dah masuk Tahun 1, Adla Rais pula dah masuk 5 tahun. Sekarang ni, belajar kat tadika. 

Cepat masa berlalu, umur pon makin bertambah. 

Semoga kita semua dirahmati dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T. Ameen.

p/s : sakit kaki tak ok lagi ni. Futsal oh Futsal !

Monday, December 22, 2014

Sekian lama

Assalamualaikum w.b.t

tudiaaaaaa..lama sungguh aku tak jenguk 'there is no spoon' ni. dekat-dekat 5 bulan dah. memang malas teruk aku dah la ni nak update blog. tapi hari ni terasa nak bukak tengok blog ni. seakan-akan bangkai bernyawa dah aku tengok. 


so, hari ni aku nak update sikit pasai diri aku la.


pertama sekali, tahun 2014 ni dah semakin nak tutup tirai..2015 pulak nak mai. 

dan yang paling melegakan aku adalah tanggal 20 Disember 2014, aku dengan rasminya dah tamat jadi mahasistua kat USM. exam dah setel, tesis pon dah setel. cuma tunggu result ja la nanti. moga-moga lulus la. aku tak target apa pon. janji lulus saja. bermula 2011 sampai la 2014 aku belajar kat USM..macam-macam aku rasa. tensen, serabut, serabai, pening, seronok dan macam-macam lagi la.

dan yang paling ketara masa aku jadi pelajar ni aku selalu sakit kepala. rasa macam nak meletop dah rasa. ni semua gara-gara tugasan dan exam. sekarang ni semua tu dah jadi kenangan bermakna untuk aku. aku dah takmau sambung study dah. cukup la setakat ni. aku dah tak mampu dah.


tapi aku bersyukur kepada Allah, sebab aku diberi kekuatan untuk teruskan study sampai la semester 8. Lega Allamdulillah.





Mac 2011 - Dis 2014

terima kasih kepada semua yang membantu aku selama bergelar student ni.



p/s : dah taktau nak update apa lagi dah. dah lama sangat tak bukak blog ni. aku dah jadi blur.