mcm2

Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Monday, December 22, 2014

Sekian lama

Assalamualaikum w.b.t

tudiaaaaaa..lama sungguh aku tak jenguk 'there is no spoon' ni. dekat-dekat 5 bulan dah. memang malas teruk aku dah la ni nak update blog. tapi hari ni terasa nak bukak tengok blog ni. seakan-akan bangkai bernyawa dah aku tengok. 


so, hari ni aku nak update sikit pasai diri aku la.


pertama sekali, tahun 2014 ni dah semakin nak tutup tirai..2015 pulak nak mai. 

dan yang paling melegakan aku adalah tanggal 20 Disember 2014, aku dengan rasminya dah tamat jadi mahasistua kat USM. exam dah setel, tesis pon dah setel. cuma tunggu result ja la nanti. moga-moga lulus la. aku tak target apa pon. janji lulus saja. bermula 2011 sampai la 2014 aku belajar kat USM..macam-macam aku rasa. tensen, serabut, serabai, pening, seronok dan macam-macam lagi la.

dan yang paling ketara masa aku jadi pelajar ni aku selalu sakit kepala. rasa macam nak meletop dah rasa. ni semua gara-gara tugasan dan exam. sekarang ni semua tu dah jadi kenangan bermakna untuk aku. aku dah takmau sambung study dah. cukup la setakat ni. aku dah tak mampu dah.


tapi aku bersyukur kepada Allah, sebab aku diberi kekuatan untuk teruskan study sampai la semester 8. Lega Allamdulillah.





Mac 2011 - Dis 2014

terima kasih kepada semua yang membantu aku selama bergelar student ni.



p/s : dah taktau nak update apa lagi dah. dah lama sangat tak bukak blog ni. aku dah jadi blur.

Sunday, April 17, 2011

seharian bertapa

Hari Sabtu bersamaan dengan 19hb April 2011 merupakan hari yang sukar bagi aku..sebab apa?
sebab hari ni merupakan 'first day' aku sebagai pelajar...datang USM Penang dengar kuliah...perjalanan aku bersama-sama rakan bermula seawal jam 500am dan berakhir pada 100am...fuhh, memang mencabar dari segi fizikal dan mental aku dibuatnya...
setelah seharian mendengar kuliah dari lecturer-lecturer yang hebat, maka 'assignment' pon menjelma...ternyata amatlah banyak...sampai tak paham apa satu pon..tak tau la macamana nak buat semua tu...takpa, yang tu nanti-nanti pon boleh...apa yang perlu sekarang ni, semangat nak belajar yang penting...bab-bab nak buat tugasan semua tu kena 'hold' dulu...sebab apa? sebab tak clear la...
nak kena banyak bincang dengan member ni...
ok la, nanti aku sambung lagi....mata dah tak mampu dah nak bertahan...
kesimpulannya, hari ni aku mengharungi 20jam yang amat mencabar...

p/s : City dah menang...barca macamana plak?...

Friday, April 1, 2011

balik kampung

perjalanan jauh tak ku rasa...
woooo wooo wooo balik kampungggg....
woooo wooo wooo balik kampungggg....
woooo wooo wooo balik kampungggg....
hati riang....

excited weh nak balik kampung malam ni...dah lama rasanya aku tak balik kampung...
Penang tunggu aku malam ni...
Auni pon nak balik jugak, nak jumpa tok dan tokwan...
malam ni Auni jadi driver...ayah dengan ibu dok belakang...jadi bos pulak....

p/s : sebelum balik kena singgah tesco sat, nak jumpa shak....mau return barang baek punya !

Sunday, January 3, 2010

terbang!

best gak tgk menatang ni dok terbang..p sana ..p sini...hehe..menarik
aku br first time tgk menatang nih...teruja rasa...
kt tepi laut lak tuh...angin sepoi2 bahasa...layanzz..