mcm2

Monday, December 22, 2014

Sekian lama

Assalamualaikum w.b.t

tudiaaaaaa..lama sungguh aku tak jenguk 'there is no spoon' ni. dekat-dekat 5 bulan dah. memang malas teruk aku dah la ni nak update blog. tapi hari ni terasa nak bukak tengok blog ni. seakan-akan bangkai bernyawa dah aku tengok. 


so, hari ni aku nak update sikit pasai diri aku la.


pertama sekali, tahun 2014 ni dah semakin nak tutup tirai..2015 pulak nak mai. 

dan yang paling melegakan aku adalah tanggal 20 Disember 2014, aku dengan rasminya dah tamat jadi mahasistua kat USM. exam dah setel, tesis pon dah setel. cuma tunggu result ja la nanti. moga-moga lulus la. aku tak target apa pon. janji lulus saja. bermula 2011 sampai la 2014 aku belajar kat USM..macam-macam aku rasa. tensen, serabut, serabai, pening, seronok dan macam-macam lagi la.

dan yang paling ketara masa aku jadi pelajar ni aku selalu sakit kepala. rasa macam nak meletop dah rasa. ni semua gara-gara tugasan dan exam. sekarang ni semua tu dah jadi kenangan bermakna untuk aku. aku dah takmau sambung study dah. cukup la setakat ni. aku dah tak mampu dah.


tapi aku bersyukur kepada Allah, sebab aku diberi kekuatan untuk teruskan study sampai la semester 8. Lega Allamdulillah.





Mac 2011 - Dis 2014

terima kasih kepada semua yang membantu aku selama bergelar student ni.



p/s : dah taktau nak update apa lagi dah. dah lama sangat tak bukak blog ni. aku dah jadi blur.

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.