mcm2

Wednesday, September 26, 2012

teknologi dan semangat

wake me up when september ends !

dua perkataan yang amat berbeza dari segi maksud dan bidang....macam biasa aku nak men'coret'kan sedikit pasai keadaan sekeliling aku.....kira macam nak update pasai kehidupan aku la...

kalau nak ikut trend la ni teknologi mesti pasai gajet henset la tablet la.... semangat pulak melibatkan 'sifat' dalaman manusia kan....ni semua tengah melanda diri aku ni....apa aku dok merepek ni haaaaa ! cukup ! masuk ke niat asai aku....

sepanjang minggu tak dak apa sangat yang menarik....semuanya berjalan macam biasa....
aku pi kenduri naik buai, makan McD Samurai Burger, merayau kat AEON Station 18, makan kat kedai sebab malas nak masak.....hahahaha 

dalam dok seronok-seronok ni, ada jugak banyak perkara yang membuatkan aku gelabah kadang-kadang. antaranya minggu ni aku dah nak mula kelas USM balik setelah berbulan-bulan cuti. faham ja la kan, otak pon dah karat. ni nak mula balik mau payah punya. jenoh nak kampoi ! 
lagi satu, usia kandungan wife aku pon dah masuk 7 bulan. makna kata dah tak lama la nak deliver kan....dalam 2 bulan lagi....so, perasaan aku agak gemuruh dan gementaq walaupon bukan aku yang pregnant. aku yang tengok wife pon rasa gelisah. memang besaq pengorbanan para isteri ni semasa pregnant. aku kaum adam ni hanya mampu melihat dan berdoa moga dipermudahkan segalanya. bab gender baby tu still dalam keraguan. tak dak kata putus lagi. hanya menanti dengan penuh kesabaran dan keterujaan. perkakaih baby pon belom beli lagi. punya la dok 'ralit'.....teruk kan?! haha

yang penting sekarang ni, kesihatan wife dan baby baik. itu dah cukup bagi aku. bersyukur pada Yang Esa. auni pulak macam biasa happy go lucky....tengah aktif sekarang ni. happy tak terkata aku ketika ni, sukar nak gambarkan.

cuma satu saja yang buat aku tak berapa nak syok, pasai MOODLE....fuh, memang jem aku !

*SPPBS tak siap lagi oi....mampuih aku ! punggah !

sekian.

p/s : hari ni nak kena pi sekolah awai sebab ada meeting.

No comments: