Assalamualaikum w.b.t
dah lama rasanya aku tak berblogging...hampir 2 ke 3 minggu ....ini kerana laptop aku mengalamai sakit jantung yang kronik. kena masuk ICU....saluran darah tersumbat...so, kena adjust sikit bab tu....syukur, kini kembali stabil...moga-moga kekal stabil lebih lama dan mampu bertahan....aku agak sedih dengan apa yang berlaku kepada laptop aku ni. memandangkan dia dah lama berjasa untuk aku. bila dia sakit, aku kena la rawat dia sebaik mungkin. demi kebahagiaan kami semua. alkisahnya, laptop aku mengalami kerosakan pada chipset yang mana menyebabkan overheating sehingga membuatkan tak boleh nak ON. then, kena buat bypass fan....sebab processor pon ada sikit overheating kat situ. macam tu la lebih kurang ceritanya. kini, laptop aku still dalam observation kesihatan dia. hahahahaha
satu lagi cerita, pasai USM. semester 4 akan bermula 29hb ni. makna kata kuliah aku akan bermula pada tarikh tu. masa macam biasa la...dari pagi sampai malam. 8am hingga 10pm. belajaq sampai lebam !
tapi ada satu yang membuatkan aku kurang selesa ialah untuk semester ni, aku kena banyak online forum di moodle USM. adoi....aku memang lemah bab-bab ni...sebab nak kena check selalu moodle tu. aku ni dah la malas nak update menatang ni. kuiz la apa la....
Moga kekuatan tu datang kat aku dalam menghadapi sesuatu yang baru ni.Insyaallah.
cerita lain pulak, pasai auni...sekarang ni dia ada tab baru...tiap-tiap hari dok men game dan tengok video....ulang berpuluh kali....antara game yang feveret dia --> angrybirds, talking tom, picarts for kids, fruits ninja dan etc. aku siap letak semua game ni kat page depan tab tu. then, video yang auni selalu tengok pulak --> iklan fernleaf (lagu ibu tu), girl generation, yuna, boboiboy, upin ipin dan gangnam style...minat betoi auni tengok video tu. jenoh aku dok download....bab kesihatan pulak, dia pon dah ok semenjak keluar dari hospital hari tu....syukur. happy aku tengok auni. umoq dia pon dah masuk setahun 10 bulan. tak lama lagi dah nak masuk 2 tahun.
cerita lagi satu, pasai family aku. family aku kini sedang menanti ahli keluarga yang baru. new member la katakan. so, nak kena la beli sikit-sikit barang untuk persiapan. persiapan aku sederhana saja dan ala kadar. tak dak la nak meriah sangat. wasatiah la katakan. aku berharap segala dipermudahkan oleh Allah dalam menghadapi saat-saat itu nanti....Insyaallah.
cukup dah kot setakat tu...aku dah banyak sangat dah bercerita....jumpa di lain cerita pulak.
p/s : laptop oh laptop....
2 comments:
eh auni nak dapat adik ke?
puan fazila. insyaallah tak lama lagi. doa-doakan ye....giliran anda pon tak lama dah kan? tak sabau dah ni....hehehe
Post a Comment