mcm2

Wednesday, May 29, 2013

aku dan exam

rasanya dah lama aku tak melalut dalam blog cabuk aku ni kan. so, tetiba hari ni aku ada sikit semangat nak update..aku nak update la apa yang patut pasai hal hidup aku. walaupon, takdak orang yang berminat nak baca pon hal aku ni, aku tetap nak melalut jugak untuk kepuasan diri aku..

ok, firstly aku baru saja settle exam PPG USM selama 3 hari. exam kali ni, aku ambik 5 paper. semuanya 'taff' gila. memang terus terang la aku cakap, aku memang tak dapat nak follow sangat apa yang lecturer dok ajaq dalam kuliah. sebab susah gila !! aku ni dah la lama tak buka buku...jadi, paham-paham ja la kan...

Alhamdulillah, dapat la aku jawab exam kali ni. semua yang aku jawab tu aku takdak confident langsung. cuma harap lulus ja la...itu target utama aku, LULUS ! dan tamatkan pengajian aku ni. fizikal dan mental memang teruji...penat tu toksah dok kata la...memang dah. tunggu dan lihat ja la nanti result dia.
so, sekarang ni otak aku amatlah lega dan lapang....sebelum ni memang aku dok serabut pasai exam ni....syukur.

pada masa exam ni, rumah famili aku ada majlis perkahwinan adik aku. so, aku ulang alik balik rumah selepas exam....
majlis berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan. kagum aku tengok mak dan ayah aku yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ni. semangat mak ayah memang tak dapat disangkal lagi la. aku bersyukur pada Yang Maha Esa kerana mempunyai mak ayah terbaik di dunia. tak lupa juga pada semua ahli keluarga, sanak saudara yang sama-sama membantu menjayakan majlis.

kepada pengantin afiq dan fizah, abang ucapkan all the best !! cepat-cepat dapat baby yang cute macam auni dan rais....boleh jadi geng nanti...hehe

sekarang ni aku dalam mode cuti...sebab sekolah cuti dua minggu...makanya, jemputan kenduri memang banyak la...ramai member-member yang nak tamatkan zaman bujang...aku cuba sedaya upaya nak penuhi jemputan tu...

ok, dah panjang dah rasanya melalut aku kali ni.
sekian.

p/s : manusia tak dapat elak dari melakukan kesilapan. betoi kan?!

No comments: