Alhamdulillah, syukur....sebab aku dah kembali mengaktifkan blog ni...tapi aku pon taktau kerajinan ini akan kekal sampai bila. aku rasa hampir sebulan aku tak sentuh blog ni. kiranya sepanjang Ramadhan, inilah kali pertama aku buat entry. ok, aku nak cerita bab Ramadhan dulu, Alhamdulillah aku dapat melaksanakan ibadah puasa sebaik mungkin. hanya Allah saja yang tau setakat mana sempurna Ramadhan aku kali ni. Moga-moga diterima OlehNya. Insyaallah. pejam celik pejam celik dah hujung dah Ramadhan, tinggai lebih kurang seminggu saja lagi nak sambut Syawal. aku tengok orang dah berpusu-pusu dok prepare barang-barang nak raya. tapi bagi aku pula, takdak apa yang aku rasa nak belikan untuk diri aku ni. banyak yang aku fikirkan hanya untuk orang di sekeliling aku saja. contohnya, anak isteri, mak ayah, adik-adik, sedara, pengasuh anak aku. dok fikir apa yang aku nak bagi kat depa ni semua. tapi tahun ni, aku rasa macam nak beli seluaq jeans la satu sebab seluaq yang dok ada la ni yang semakin barai dan lunyai. hahahahaha. aku harap raya kali ni aku dapat membuahkan senyuman pada orang di sekeliling aku. tak kira la walaupun hanya sedikit senyuman. yang penting senyuman itu ikhlas dari hati depa kan.
bab 2 pulak, cerita pasai alam pekerjaan aku. Alhamdulillah, aku sebagai kakitangan gomen telah dikurniakan bonus raya sebanyak setengah bulan gaji. syukur sangat-sangat. sebab ia dah banyak membantu dan meringankan beban aku. paham-paham ja la kan, raya mesti nak pakai duit banyak. bonus tu dah pon dibayaq pada 9hb yang lepas. aku dengaq cerita minggu depan yakni 13hb nak masuk gaji pulak...awainya la...bahaya ooo kalau gaji masuk awai ni. mau dok pandai plan duit tu. kalau tak, jenoh nak korek bila sampai hujung bulan depan nanti.
bab 3 pulak pasai aku nak raya kat mana tahun ni. aku pon taktau macamana aku nak sambut raya tahun ni. sebab apa? sebab mem besaq aku kena keja malam pulak time raya ni. so, aku buat kesimpulan bahawa tahun ni maybe aku beraya di rumah mertua aku dulu la kot. then, barulah rumah mak aku. agak tak best bila tau mem kena bertugas time raya. fuh. tapi nak buat macamana kan. itu dah menjadi sumber rezeki kita. mau tak mau kena la terima.
bab 4 pasai auni raudhah. fuh. tak larat nak kampoi dah la ni. bueh yang amat. kuat main, kuat bercakap, dan kuat merap. auni oh auni. jadilah anak yang solehah dan mampu membanggakan ibu dan ayah mu kelak. amin.
setakat tu saja la kot ...aku pon dah tak larat nak taip dah. lagipon aku nak pi tukaq pampers auni sat. dah dok keluaq aroma yang menyamankan dah tu...okla semua. bertemu lagi kita di masa akan datang.
selamat berpuasa dan selamat menyambut aidilfitri yang bakal menjelma.
p/s : cuaca kat ipoh ni semakin hari semakin panas terik dan perit. Ya Allah.
No comments:
Post a Comment