mcm2

Tuesday, August 21, 2012

sederhana

aku baru lepas solat sunat aidilfitri...auni pulak baru lepas mandi...peace y'all !

gambaq raya tahun ni 2012...macam biasa, aku takdak baju raya...t-shirt saja.

kat taiping, auni baru lepas mandi..aku pulak pakai songkok senget + spek kalerful
Alhamdullillah, bersyukur kita kepada Allah kerana diberi peluang untuk meraikan Syawal di atas kejayaan melaksanakan tanggungjawab Ramadhan. seperti biasa, pabila Syawal mesti la cuti kan..so, aku akan menggunakan peluang yang ada ni dengan aktiviti pulang ke kampung...untuk tahun ni, raya pertama dan kedua aku beraya di Kg. Gajah terlebih dahulu dan jugak di Taiping...Penang pulak maybe raya ke-5 baru nak sambut kat sana. Raya aku tahun ni bersifat sederhana. takdak la sakan sangat. lagipun, aku dah biasa dengan sederhana ni...tak beria-ria sangat. yang penting, dapat bertemu dengan orang tersayang. amin.
lagi satu aku nak habaq, tahun ni aku takdak baju raya....hahaha...pasaiapa takdak? pasai aku tak pi beli la...apa lagi...rasa macam malas ja nak beli...baju lama dok elok lagi...pakai ja mana yang ada tu kan...wasatiah la katakan....

gambaq rasmi raya takdak pun...cuma dok ada gambaq biasa-biasa saja la...jadi la kan dari takdak langsung.

p/s : auni main sakan...bila malam tidoq sampai mengigau-ngigau..auni oh auni...

2 comments:

FaZiLa said...

selamat hari raya utk tayar soton sekeluarga. maaf zahir batin.. kami pun bersederhana juga raya kali ni even 1st time beraya as suami isteri. hihi

tayar soton said...

selamat hari raya untuk anda fazila sekeluarga...semoga gumbira bersama suami terchenta...