Ramadhan di penghujung...Syawal menanti dengan penuh keterujaan.
begitu cepat masa berlalu. nampaknya semua orang pakat dok tak sabaq nak raya. semua pakat balik kampung untuk bertemu keluarga. bertemu dengan sanak saudara yang lama tak jumpa. bermaaf-maafan salah silap. Insyaallah lusa bersamaan dengan hari Ahad 19 Ogos 2012, kita akan menyambut Aidilfitri. kat radio pun, dok dengaq lagu raya saja.
aku pun tak sabaq nak sambut raya jugak. tapi tak la terlampau nak sambut sangat macam zaman kanak-kanak dulu. zaman dulu lagi syok, dok atuq rumah nak pi kutip duit raya. hahahahaha....syok ooo...sejarah aku menunjukkan aku ni memang suka pi kutip duit raya, sampai form 3 pun aku still pi kutip duit raya. ngaku darjah 6 la, nak UPSR la .....hahahaha...dapat la duit raya lebih bila kata macam tu. konon-konon nak beli buku rujukan la apa la. itulah kenangan raya aku. memang syok. rumah mana yang bagi duit banyak tu, raya pertama sampai raya ketiga dok pi rumah yang sama. dressing baju lain-lain. rumah mana pulak yang dok bagi sekupang tu memang kena kutuk la dengan aku. tak padan sungguh, rumah besaq bagai nak gila...tapi duit raya bagi sekupang ja...ada ka patut?? aku dengan memaber siap bagitau kat budak-budak lain jangan dok pi rumah tu....hahahaha....jahat wei !
itu dulu la, sekarang ni tiba giliran aku pulak bagi duit raya kat orang...al-maklum la dah keja kan....so, paham-paham ja la....bagi banyak mana tu tak penting, yang penting ikhlas di hati tu...betoi dak?!
berhari rayalah kita dengan sederhana...jangan membazir...itukan amalan syaitan....jangan lupa memohon kemaafan dengan kedua ibubapa kita....sesungguhnya kita banyak melakukan kesalahan. percayalah....
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012
p/s : dok ulang lagu 4u2c tak henti-henti ni....layan !
No comments:
Post a Comment