mcm2

Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Sunday, September 15, 2013

Hujung minggu






Hari ini dalam sejarah..15 September 2013.
sebab apa?! sebabnya...setelah hampir 4 tahun aku berkhidmat kat ipoh ni, buat pertama kalinya aku sampai kat sini...nama tempat ni Pusat Rekreasi Gunung Lang, Ipoh. lawak bukan !!

padahal tempat amat la dekat dengan rumah aku...jadi, tetiba hari rasa macam nak pi bawak famili..lagipun cuti kan....so, memang kena la...sebab utama aku mai tempat ni adalah sebab auni suka sangat tengok ikan....menurut info dari beberapa kawan, kat sini memang banyak ikan....besaq-besaq plak tu....memang kompom la auni suka...sebelum ni aku dah selalu bawak auni pi Eco Park, Taman Botani...apa kata kali ni try tukaq angin tengok....

so, pagi-pagi 'tak berapa nak buta' aku pi la tempat ni....best jugak...sebab boleh naik bot...tengok suasana yang nyaman.....walaupon naik bot tu sangat la sat, makna kata tak sempat nak hangat pungkoq dah sampai...kira ok la....auni dan rais senorok tak terkata la....auni macam biasa la, excited sangat sampai lari merata-rata...rais plak, asik bunyi ja...seronok la tu....

kiranya tempat ni bagi aku ok la nak bawak anak-anak....kira macam round pulau versi mini punya.....

orang ramai beb, mybe sebab time hujung minggu kot...tambahan plak cuti hari Malaysia kan....
nak naik bot tambang dia murah saja...dewasa RM3 + kanak-kanak RM1.50...jangkamasa naik bot tu ada la dalam 3minit setengah pergi dan balik....lama kan kan kan kan....hahahahaha

Selamat menyambut Hari Malaysia 16 September 2013 !!

p/s : esok nak pi mana plak tak tau !

Saturday, August 11, 2012

Penghujung

Alhamdulillah, syukur....sebab aku dah kembali mengaktifkan blog ni...tapi aku pon taktau kerajinan ini akan kekal sampai bila. aku rasa hampir sebulan aku tak sentuh blog ni. kiranya sepanjang Ramadhan, inilah kali pertama aku buat entry. ok, aku nak cerita bab Ramadhan dulu, Alhamdulillah aku dapat melaksanakan ibadah puasa sebaik mungkin. hanya Allah saja yang tau setakat mana sempurna Ramadhan aku kali ni. Moga-moga diterima OlehNya. Insyaallah. pejam celik pejam celik dah hujung dah Ramadhan, tinggai lebih kurang seminggu saja lagi nak sambut Syawal. aku tengok orang dah berpusu-pusu dok prepare barang-barang nak raya. tapi bagi aku pula, takdak apa yang aku rasa nak belikan untuk diri aku ni. banyak yang aku fikirkan hanya untuk orang di sekeliling aku saja. contohnya, anak isteri, mak ayah, adik-adik, sedara, pengasuh anak aku. dok fikir apa yang aku nak bagi kat depa ni semua. tapi tahun ni, aku rasa macam nak beli seluaq jeans la satu sebab seluaq yang dok ada la ni yang semakin barai dan lunyai. hahahahaha. aku harap raya kali ni aku dapat membuahkan senyuman pada orang di sekeliling aku. tak kira la walaupun hanya sedikit senyuman. yang penting senyuman itu ikhlas dari hati depa kan. 
bab 2 pulak, cerita pasai alam pekerjaan aku. Alhamdulillah, aku sebagai kakitangan gomen telah dikurniakan bonus raya sebanyak setengah bulan gaji. syukur sangat-sangat. sebab ia dah banyak membantu dan meringankan beban aku. paham-paham ja la kan, raya mesti nak pakai duit banyak. bonus tu dah pon dibayaq pada 9hb yang lepas. aku dengaq cerita minggu depan yakni 13hb nak masuk gaji pulak...awainya la...bahaya ooo kalau gaji masuk awai ni. mau dok pandai plan duit tu. kalau tak, jenoh nak korek bila sampai hujung bulan depan nanti. 
bab 3 pulak pasai aku nak raya kat mana tahun ni. aku pon taktau macamana aku nak sambut raya tahun ni. sebab apa? sebab mem besaq aku kena keja malam pulak time raya ni. so, aku buat kesimpulan bahawa tahun ni maybe aku beraya di rumah mertua aku dulu la kot. then, barulah rumah mak aku. agak tak best bila tau mem kena bertugas time raya. fuh. tapi nak buat macamana kan. itu dah menjadi sumber rezeki kita. mau tak mau kena la terima. 
bab 4 pasai auni raudhah. fuh. tak larat nak kampoi dah la ni. bueh yang amat. kuat main, kuat bercakap, dan kuat merap. auni oh auni. jadilah anak yang solehah dan mampu membanggakan ibu dan ayah mu kelak. amin.

setakat tu saja la kot ...aku pon dah tak larat nak taip dah. lagipon aku nak pi tukaq pampers auni sat. dah dok keluaq aroma yang menyamankan dah tu...okla semua. bertemu lagi kita di masa akan datang.

selamat berpuasa dan selamat menyambut aidilfitri yang bakal menjelma.

p/s : cuaca kat ipoh ni semakin hari semakin panas terik dan perit. Ya Allah.

Friday, September 9, 2011

apa pun tak boleh !

dah nak masuk 5 hari dah aku pi sekolah...namun, semangat untuk bekerja dengan penuh dedikasi masih lagi tercari-cari sebab tak berapa nak ada mood....ni semua gara-gara dah cuti lama hari tu...aku ni kalau dah cuti lama, bila nak start kerja balik memang payah la...sekarang ni pun aku sibuk dok tengok kalendar, bila pulak nak cuti...tak lama lagi dah nak cuti pulak...minggu depan 16hb cuti lagi...yeaaayyy ! Hari Malaysia kan...jumaat..
bila bercerita pasai sekolah ni, aku rasa semua cikgu-cikgu dok kalut anak murid depa nak exam la kan...minggu depan UPSR dah nak start...sama la jugak dengan cikgu di sekolah aku..pakat dok sembang UPSR saja...takdak topik lain dah aku dengaq..aku ni biasa la kan, bukan guru penting pun...aku ni guru Tahap 1 saja...aku mengajaq Tahun 1 dan Tahun 3...so, takdak la tau sangat perkembangan budak-budak Tahun 6..lagipun, aku mengajaq sesi petang...memang payah la nak tau sangat...haha...
apa yang tau, start semalam satu blok sekolah aku kelas dah tutup...kesian kat budak-budak sesi petang...merempat merata-rata sebab takdak kelas nak duduk..aku tengok ada yang dok kat kantin, ada yang dalam library, ada kat bilik pemulihan, ada kat tapak perhimpunan, kiranya merata-rata la....sekolah aku ni budak ramai..tapi bangunan ada 3 blok saja...mana la nak muat semua tu...sardin wei !
so, mulai minggu depan depa akan diberi cuti bergilir..makna kata boleh la aku relax sikit kan....syok ooo..lepas tu, jumaat cuti....weeeeeee ~~~ aku amat suka !
bercerita pasai family aku pulak, takdak apa yang best sangat pun...sama saja...cuma auni dah semakin besaq dah aku rasa....lagi satu, auni punya merangkak memang pantas...jenuh nak kampoi...cabaran betoi la...memerlukan stamina yang tinggi untuk mengawal pergerakan auni...
kuih raya dok belambak lagi dalam rumah aku ni...tak sentuh pun lagi...

p/s : esok ada LADAP la pulak, tapi takpa la kan...main saja...elok la dari dok nganga dengaq ceramah saja...

Friday, August 26, 2011

Kini tiba

pejam celik pejam celik pejam celik...
tunggu punya tunggu...
dah sampai jugak akhirnya..
hari ni pun dah hari Jumaat..
makna kata hari ni last aku pi qeja..
makna kata lagi esok dah start cuti ....yabedabeduuu !!
cuti lama mana?! lama tu tak la lama sangat...nak kata sat pun, tak la sat sangat..
orang kata yang sedang-sedang saja...tengah-tengah ja...
aku ni kalau bab cuti memang semangat, tak kira la cuti apa pun...cuti pendek ka panjang ka....janji cuti....
that's mean, aku tak payah pi sekolah selama seminggu..diulang lagi sekali..seminggu...bersamaan 7 hari...plus pulak dengan 2 hari...jadi la 9 hari....fuhhhh, nikmat tu....tak sabaq aih !
haha....bunyi macam aku ni tak pernah cuti kan....buat teruk ja lebih...tapi, apa aku peduli...aku yang cuti kan..So, it's up to me la kan...
tapi cuti kali agak special la sikit pasai cuti nak raya..semua orang pakat dok prepare itu ini ...kebanyakannya, sakan jugak la aku tengok...
bukan main syok lagi pakat dok wish kat sana sini...paling meriah aku tengok kat fb la...tag gambaq bagai....video la....post kat 'dinding' macam-macam pasai raya...mohon kemaafan .....nampak excited yang menggunung tu...takpa-takpa, setelah berjuang di Ramadhan..kini tiba masa untuk meraikan kemenangan di Syawal...tapi ada lagi lebih kurang 4 hari lagi...sabaq nooohhh...

lagu raya pun dah merata-riti aku dok dengaq...dalam radio toksah dok kata la kan...bukak channel ni, lagu raya...channel tu lagu raya...fuuhhh, memang raya la pendek kata....tu 'tera' panjang tak kata apa lagi...kalau dia nak kata jugak, taktau la jadi lagu mana kan....

So, Selamat bercuti kepada seluruh warga Malaysia terutama sekali yang beragama Islam..pasti dok kelam kabut nak balik kampung kan...
Berhati-hati di jalan raya...lepaih tu, drive tu jangan laju sangat...bawak dalam 35km/j dah la....pasai speed trap banyak sangat, merata-rata...siap keluaq list lagi bagitau kat area mana yang ada menatang tu...kalau kena, mau berayaq gak mata nak bayaq saman wei...
ni semua kes naya ni...oleh itu, jangan la 'too fast too furious' sangat..kalau tak, kena la 'too speed too trap' .....

p/s : aku plan nak kayuh beskat la kat highway nanti...kompom tak kena speed trap..ok tak?!

Monday, June 6, 2011

makan-makan

setelah 5 hari aku berkelana di kampung halaman, aku rasa pelbagai aktiviti yang telah aku lakukan demi mengisi masa cuti yang terluang. kebanyakannya lebih kepada melawat sanak saudara dan juga memenuhi jemputan majlis perkahwinan. tu pun masih banyak lagi majlis yang aku tak dapat nak hadiri kerana kekangan masa dan tempat. apa-apa pun, aku ingin mengucapkan tahniah kepada semua sahabat handai yang telah selamat diijabkabulkan. semoga kekal bahagia selama-lamanya.
yang sebenaqnya aku pun tak tau nak mula yang mana satu, sebab banyak sangat cerita ni..sampai terkelu 'tangan' nak menaip dibuatnya. so, aku rasa lebih elok aku tempek gambaq saja..lagi senang dan mudah.my kan...

saja ja dok buat syok ambil gambaq sendiri !

Mardina Saffiya yang comey lotey...aaauuuuwww !


makan-makan sedang berlangsung dengan rancak sekali. jemput mai makan mai.

auni bukan main syok lagi bila tok n tokwan ajak merempitttttt...reeemmmm-piiiitt !



selamat pengantin baru kepada ustaz pejai dan pasangan puan sara..selamat menjalani kehidupan serba baru...tahniah lagi sekali dari tayar soton sekeluarga [syok nooohhh hampa kawen !]

rasanya itu saja la kot yang aku nak tempek gambaq...kalau banyak-banyak nanti hampa pun cemuih kan..haha
kiranya cuti kali ni memang tak duduk diam la aku. merata berjalan, ke sana ke sini..sampai auni pun dah pandai sekarang ni...kalau dok rumah dia mesti nak menangis saja, tapi kalau keluar mana-mana...sengeh sampai ke telinga dibuatnya...auni oh auni...daddy luv u !

p/s : qeja dok belambak tak buat lagi ni..relax dulu..cuti dulu yang penting kan...kan...kan...

Monday, March 14, 2011

kerja-kerja


tudia....
bersepah abeh tempat aku...ini semua gara-gara kerja yang terlampau menimbun-nimbun...
bak timbunan sampah !
hari ini, aku bertungkus lumus menyiapkan kerja PBS Tahun 1...memang banyak tak ingat...aku pulun buat kerja ni dari pukul 9am ....tulis itu tulis ini...potong itu kerat ini...potostat itu potostat ini...naik cemuih dah aku...rasa macam loya pon ada...aku rasa sekarang ini kerja aku bukanlah guru...tapi kerani ! jenoh aku nak siapkan...akhirnya pukul 345pm siap juga kerja aku ini...tu baru tulis nama budak ...data belum masukkan lagi...tak tau la macamana nanti...'tera' isi nama pon aku dah cemuih...isi data tu paham2 ja la...mau juling mata aku nanti...
bayangkanlah aku kena siapkan 10 kelas punya senarai...semua budak ada 160 lebey nama...mak oi...banyak gila...dah macam buat portfolio dah aku tengok..punyalah tebai....memang aku hangin la...cuti2 pon kena kerja...ptuuiihh !
sapa lah yang dok mereka menatang nih ?!..buat terok orang saja...
terus terang aku cakap la, aku buat kerja ni tak ikhlas pon...
arrghhhhhhh !!
aku tensen !

p/s : ada 2 lagi kerja yang menanti dalam cuti ni...punggah !

Saturday, January 29, 2011

kembali lg

oi...oi...oi...
cuti kembali lagi....
naaahhh ambek ang...seminggu teroih....syok ooo !
tp yy xsyoknya nnti nk kena ganti balik...kena keja hari sabtu....
haha...xpa2...bab ganti tu nnti2 la pikiaq....sekarang kita cuti dulu noohhhh....
apa aku nk buat dlm cuti panjang nih? jalan2? dok rumah saja? makan tidoq?
hmm....itu semua belom dipikiaqkan lagi....

aku nak mengucapkan selamat bercuti kepada semua yg bercuti....
dan....Gong Xi Fa Cai....angpau maa?

p/s : aku sakit kepala xabeh2 lg nih...awat xtau !

Thursday, January 20, 2011

cuti sehari

memandangkan hari ni aku cuti sempena Thaipusam....
so, aku plan nk restkan badan secukupnya....sebab apa, aku rasa badan aku sekarang selalu lesu, lemau, keletihan dsb....mybe pasal kerja kot...hari2 dok mengadap budak2 Tahun 1...penat aku melayan kerenah depa ni....sampai xterlayan la ...ada yg kencing la....berak la....habis bedengung bau satu kelas....tudia depa punya penangan...memang meletihkan..
bila balik rumah ja, mai malam sikit...mata mula la nak pejam ja...ngantuk beb !
dah la skrg ni ada Asian Cup....bola tuh....layan la...mata barai2 pon gagah gak aku celik bijik mata ni tengok sampai 2 3 pagi.....syok ooo bola...kdg2 tu terlelap gak beberapa 'seken'....haha...besa la tu kn...adat tgk bola time pagi2 buta nih...
hmm....aku pon xtau bila la aku nak dapat sesuaikan diri aku ni dengan budak2 Tahun 1....penat wehh....teramaaaaattt !
xsanggup aku weh walupon baru 3 minggu aku mengajar.....perghhh dugaan yg penoh onak duri....
sama2 la kita tengok apa akan jadi nnti.....harap2 success la kn.....sikit pon jadi la dari xdak langsung.....

p/s : aku respek la akak2 cikgu kt sekolah aku tuh....depa relax ja...tahap kesabaran yg amat tinggi....aku?...jgn harapla...

Friday, November 20, 2009

yahOo!!

yahoo!!!
yabedabedoo....
musim bercuti sudah bermula....