mcm2

Friday, September 9, 2011

apa pun tak boleh !

dah nak masuk 5 hari dah aku pi sekolah...namun, semangat untuk bekerja dengan penuh dedikasi masih lagi tercari-cari sebab tak berapa nak ada mood....ni semua gara-gara dah cuti lama hari tu...aku ni kalau dah cuti lama, bila nak start kerja balik memang payah la...sekarang ni pun aku sibuk dok tengok kalendar, bila pulak nak cuti...tak lama lagi dah nak cuti pulak...minggu depan 16hb cuti lagi...yeaaayyy ! Hari Malaysia kan...jumaat..
bila bercerita pasai sekolah ni, aku rasa semua cikgu-cikgu dok kalut anak murid depa nak exam la kan...minggu depan UPSR dah nak start...sama la jugak dengan cikgu di sekolah aku..pakat dok sembang UPSR saja...takdak topik lain dah aku dengaq..aku ni biasa la kan, bukan guru penting pun...aku ni guru Tahap 1 saja...aku mengajaq Tahun 1 dan Tahun 3...so, takdak la tau sangat perkembangan budak-budak Tahun 6..lagipun, aku mengajaq sesi petang...memang payah la nak tau sangat...haha...
apa yang tau, start semalam satu blok sekolah aku kelas dah tutup...kesian kat budak-budak sesi petang...merempat merata-rata sebab takdak kelas nak duduk..aku tengok ada yang dok kat kantin, ada yang dalam library, ada kat bilik pemulihan, ada kat tapak perhimpunan, kiranya merata-rata la....sekolah aku ni budak ramai..tapi bangunan ada 3 blok saja...mana la nak muat semua tu...sardin wei !
so, mulai minggu depan depa akan diberi cuti bergilir..makna kata boleh la aku relax sikit kan....syok ooo..lepas tu, jumaat cuti....weeeeeee ~~~ aku amat suka !
bercerita pasai family aku pulak, takdak apa yang best sangat pun...sama saja...cuma auni dah semakin besaq dah aku rasa....lagi satu, auni punya merangkak memang pantas...jenuh nak kampoi...cabaran betoi la...memerlukan stamina yang tinggi untuk mengawal pergerakan auni...
kuih raya dok belambak lagi dalam rumah aku ni...tak sentuh pun lagi...

p/s : esok ada LADAP la pulak, tapi takpa la kan...main saja...elok la dari dok nganga dengaq ceramah saja...

No comments: