mcm2

Tuesday, September 6, 2011

Beraya sambil beriadah

Setiap kali aidilfitri mesti ada futsal..masuk dengan tahun ni, dah hampir 5tahun aku berjaya menjoinkan diri dengan acara 'futsal reunion' Mashoorian..memang menarik dan meriah..
dapat berkumpul dan mengimbas kembali kenangan-kenangan lama di zaman persekolahan..
Untuk futsal raya 2011 kali ni, aku secara tidak langsung dilantik sebagai pengelola cabuk..makna kata, aku la yang dok kalut kumpul orang sana sini dan dapatkan respon sama ada nak buat ataupun tidak..aku amat berterima kasih kepada Mr.Kamal Kamen yang sudi membantu booking court futsal...acara ni dijalankan pada Raya ke-2 jam 10pm - 12am di Sport Planet SAFIRA, Seberang Jaya Penang..
Alhamdulillah, setelah hampir seminggu dok plan..akhirnya, seramai 13 orang yang dapat menghadirkan diri ...ternyata semuanya amat teruja sekali dapat bertemu rakan-rakan seperjuangan dan beriadah demi kesihatan..
futsal berlangsung selama 2jam yang mana masa berlalu amat pantas...permainan penuh dengan gelak tawa dan kesungguhan yang jitu...haha
rasa-rasanya penat gelak dari main futsal.....begitulah jadinya bila dapat berjumpa rakan-rakan yang lama tak jumpa kan....lawak lawak !
memang meriah la baq ang....haha
ada sedikit gambaq yang sempat diambil sebagai kenang-kenangan ...

"pejai, wan plahang, p'doih pin, azri, tepet, huzai, zaman, wabeliu, kamal kamen, farid, asrof, zali, adik ipaq n sedara zali..."

terima kasih tidak terhingga kepada kalian semua yang sudi meluangkan masa untuk futsal raya 2011 kali ni..
Insyaallah, jika ada rezeki kita akan buat lagi di masa akan datang...

credit :
mr.pejai - tolong payung sikit kos futsal dan jugak gambaq yang supercool ni [gambaq ni aku cilok dari fb geng mana]
mr.zali - lemang dan rendang yang lazat [juadah setelah selesai berfutsal]

p/s : harap-harap acara akan datang akan lebih meriah !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: