mcm2

Thursday, March 31, 2011

sakit



mmg syok la lagu ni...aku rasa dah 54 kali dah aku dok ulang lagu ni...tak kira la dalam kereta ka..tengah online ka....lagu ni memanjang...sampai sakit kepala aku la dibuatnya...
aku rasa la kan, lagu ni depa buboh 'marijuana' kot...sampai ketagih teruk dah ni...
esok ayuh kita pulang ke kampung halaman beramai-ramai....
Penang...sekgoq....tunggu aku !
wow, teruja betoi aku ni...awat tak tau...sebab apa lagi..sebab lama tak balik kampung la...tu pon tak tau ka...ceett...
ok, untuk makluman hampa semua...borang kuning aku still tersusun rapi lagi dalam beg USM..aku tak sentuh lagi pon...
aku plan minggu depan nak setelkan semua tuh...lepas tu submit teroih...baru la lega sikit kepala aku ni...

p/s : i need a doctor betoi la....

Wednesday, March 30, 2011

berita sensasi

dah lama rasanya aku tak update pasai aku punya study...ala yang aku pi daftar kat USM hari tu..pasti hampa tertanya-tanya kan...kalau tak tertanya pon takpa...
haaaa, takpa...kali ni aku nak bagitau kat hampa semua...
aku dok tengok geng2 yang dapat UPSI pakat dok kalut cerita itu cerita ini..pasai depa semua dah nak start first kelas...2 dan 2 april nih...geng2 OUM plak dah start dah pon minggu lepas...
so, yang tinggal hanyalah geng2 USM...bila nak start kelas pon tak tau...takdak langsung kabaq berita..
aku pon apa lagi..'rodek-rodek' la kat tenet ni...gugel sana gugel sini...
last2 aku dapat info nih....

tengok date tuh..baru lagi nih !

kat dalam ni ada info yang mengatakan kelas USM mybe start 16.04.2011....tudiaaa, lambat lagi nun...boleh la aku joli katak lagi...haha
bagi aku info ni memang boleh pakai la pasaipa info ni aku cilok dari blog bakal lecturer aku nanti...Dr. Azidah nama dia...masa aku daftar hari tu, dia ada bagi taklimat ringkas pasai MOODLE tuh...so, aku cam la bila tengok gambaq kat dalam blog ni...lagipon, dia dok reply komen orang dok tanya pasai PPG USM nih...kiranya maklumat ni sah la jugak kan walaupon belum ada sebarang pengumuman rasmi dari pihak USM...
apa-apa pon, sama2 la kita tunggu 04.04.2011 ni...time ni baru la dapat tau info yang lengkap pasai PPG USM ni...
tunggu.....

p/s : borang 'kuning' tak setel lagi...habok pon tak buat lagi ni...

Sunday, March 27, 2011

pandang-pandang


gambaq sebagai kenangan

ok.
aku baru saja balik dari SK Pos Raya setelah semalaman bermalam di sana...ditugaskan untuk pergi ke sana sebab kena jadi guru pengiring murid sekolah aku...kat sini ada perkhemahan TKRS a.k.a tunas kadet remaja sekolah..'camping' ni sebenaqnya 3 hari 2 malam...tapi yang aku pi semalam tu adalah malam last...hari ni habis la camping tuh...
shift aku bermula 7pm sampailah 7am....makna kata aku kena tidoq kat sana...bab tidoq ni no hal punya pasai dalam kereta pon aku boleh tidoq..malam tadi, budak2 ada raptai dan malam kebudayaan...aku just duduk dan tengok ja la aktiviti depa nih...sambil2 tu borak-ing bersama cikgu-cikgu yang ada kat sana...cikgu-cikgu ni pon jadi guru pengiring jugak...ada yang jadi pegawai perkhemahan...kira meriah la jugak..
tapi yang syoknya kat sini bila dah malam...apa lagi...kesejukan melampau la...besa la kan..kawasan hutan...lagipon kat sini merupakan perkampungan orang asli...so, hutan dia memang asli la...
sejuk tu toksah dok kata la lagu mana...bukan kata menusuk kalbu lagi dah, tapi menusuk tulang teroih...hehe
malam tadi aku tidoq dalam kereta ja...tu pon jenoh la selimut satu badan...mau beku aku dibuatnya..sejuk dia macam aku kat gerik dulu...time pagi buta nak ambik ayaq sembahyang, tudiaa habaq hampa...punyalah sejuk...macam 'ice cube' tu..tapi syok....aku suka !

p/s : SK Pos Raya ni tepi jalan ja...otw nak p Cameron Highlands...senang nak cari.

Friday, March 25, 2011

surprise ?!

tudiaaaaa....lihatlah donia !
betapa meriahnya tempat aku ni...segala macam mak nenek ada...hampa rekues la apa saja, kompom ada punya kat meja aku ni...haaaa, jangan tak percaya plak...tv LCD, kereta Inspira, nasi lemak boh teloq....semua ada....cuma dia tersorok ja....kalau 'rodek-rodek' kompom jumpa punya....kalah poket doreamon tuh habaq hampa .....ekekeke....
untuk makluman hampa semua, meja ni aku kongsi dengan cikgu sesi pagi....aku plak sesi petang....tu yang meriah semacam tu meja ni....lagi satu aku nak story kat hampa semua, buku-buku yang tersusun tu semuanya bukan aku punya....cikgu sesi pagi yang punya...abeh tu mana plak buku aku?...haaaaaa...surprise ! buku dan segala macam yang aku punya ada kat atas meja tuh...berselerak gila aku tengok...serabut kepala otak aku !
tu pon kira ok la tuh pasai banyak dah kertas dan buku yang tak guna aku dah buang...yang kat atas meja tu pon akan aku buang tak lama lagi....so, tunggu la giliran depa ni semua .....
aku ni kat bilik guru tak ada tempat yang tetap....maknanya, aku duduk merata tempat...sampaikan ada jugak cikgu-cikgu yang dok tanya aku..."cikgu kamarul, tempat cikgu kat mana?" tula soalan lazim yang selalo ditanyakan kepada aku....so, aku pon jawab la "hmmm...aku duduk merata....hehe...orang nomad la katakan"...tersengeh depa bila aku jawab macam tu....
tula serba sedikit cerita aku nak habaq kat hampa semua...walaupon tak best langsung...

p/s : tudiaaa....cerah mata memandang mozilla firefox 4.0 ni aihhh....

dalam latihan



"assalamualaikum semua...auni nih...dah lama kan auni tak story-mory kan...kali ni auni nak story pasal improvement auni la...auni dah boleh menerap sikit-sikit dah...kalau macam sebelum ni, auni jarang leh menerap kan...tapi sekarang ni, auni selalo sangat nak menerap...
kalau tak percaya...tengoklah video kat atas nih...video ni, ayah yang ambik...
fuuuhh...penat jugak la auni bila menerap ni...sampai terkeluar abes air liur....hehe
xpe la kan...auni baru nak belajar...nanti bila dah 'terer', tak keluar dah la air liur tu kan...ye x?
ok la semua....jangan lupa tengok video kat atas tu tau....exclusive nih....
auni nak out dulu la...ayah nak online plak ....dia dah standby dah tuh....tata semua....
salam..."

p/s : kesian pulak aku tengok auni nih....bertungkus lumus....chaiyok anakku !

Wednesday, March 23, 2011

Usaha Tangga Kejayaan

musim cuti sekolah dah tamat...
so, kini kembali seperti sediakala yang mana aku harus menjalankan tugas sebagai pendidik ank bangsa...apabila tiba persekolahan, maka 'setting' di dalam minda pon semestinya bercelaru...kerja yang still pending haruslah di'setel'kan dengan kadar yang segera...
usaha demi usaha telah aku kerahkan demi menjayakan kerja-kerja yang tertangguh...
Alhamdulillah, kerahan tenaga yang aku usahakan berbaloi....yang mana hampir kesemuanya sudah selesai....kini, tinggal LINUS saja lagi...sememangnya bertimbun-timbun banyaknya...sehinggakan aku xtau mana dulu hendak dimulakan....
bak kata pepatah...'usaha tangga kejayaan' ...sekarang ini, aku sedang menyiapkan saringan lisan LINUS dengan sedaya mampu...semua ini hendaklah aku siapkan sebelum 04 April nanti...sebab lepas ini, saringan bertulis pulak menanti...
hmm....mood untuk menjadi pelajar pon still di awang-awangan lagi...masih mencari suatu kepastian yang pasti....sebarang info pon belum dapat diketahui.....menanti dengan penuh kesabaran dan keterujaan yang sederhana tinggi....
apa-apa pon, aku berharap semua ini dapat aku hadapi dengan jayanya....walaupon, penoh dengan onak dan duri...insyaallah

p/s : mastercopy : bereh ---- LINUS : dok bereh lagi boh !

Sunday, March 20, 2011

secara rasmi..

bermula 19hb Mac 2011, maka bermula episod baru dalam hidupku..episod kali ini lebih mencabar dan penoh liku-liku ....aku sudah terasa bahangnya walaupon baru sebelah kaki menjejaknya...ternyata bebanan yang teramat berat malahan memerlukan pengorbanan yang tinggi...aku akan cuba sedaya upaya demi mencapai cita-citaku ini...
kini, aku kembali bergelar seorang 'pelajar' yang dahagakan ilmu [dahaga ka?!] konpiuz aku !
semalam, aku telah melangkah ke pulau pinang ataupon lebih tepat aku telah menjejakkan kaki ke USM buat pertama kalinya sebagai pelajar...ia merupakan hari pendaftaran aku sebagai pelajar di institusi tersebut...setelah hampir 2jam aku beratur...akhirnya aku selesai mendaftarkan diri di sana...pelbagai gelagat yang aku lihat ketika itu, ada yang gembira dapat bertemu dengan rakan2 lama, ada jugak yang keseorangan menanti giliran...pelbagai mimik muka juga dapat aku lihat di setiap wajah mereka bagaikan sedang memikirkan sesuatu yang amat perit dan pahit...kemudian, aku telah dikehendaki mengikuti taklimat berkaitan dengan pengajian yang bakal aku tempuhi nanti...ternyata amat memerlukan komitmen dan keinginan yang tinggi dari diri sendiri...atau lebih tepat skali pengajian kali ini menuntut kemahuan diri sendiri...sudah tiada lagi ungkapan 'ada orang tolong suap'....
perjuangan aku ini akan berlarutan sehingga 4tahun lamanya...moga2 aku dapat menamatkan perjalanan ini dengan baik...insyaallah...
sekarang ini, pelbagai reaksi yang bermain di fikiran, jiwa dan ragaku ini....ntahlah macamana nanti....

p/s : kerisauan mula melanda diri aku ini ..

Thursday, March 17, 2011

keluar rumah

hari ini aku dan wife bawak auni keluar pergi jalan-jalan...lagipon, dah lama tak bawak auni jalan-jalan...so, destinasi kali ini adalah giant tambun, taman perpaduan dan ipoh jaya....tujuan utama mencari perkakasan dan keperluan auni...buaian, pampers, susu dan etc
auni kalau bab berjalan ni memang feveret dia la...sampai suara pon tak dengar dah...sengeh memanjang...dalam kereta dia asek nak berdiri saja pasai dok 'ralit' tengok kereta yang dok bergerak sana sini....
satu lagi, kalau dalam shoping complex pon sama..dok syok tengok orang lalu lalang...kemudian tu mesti tido punya...pasai dalam tu kan ber'air-cond'...so, sejok 'gedi'.....mata pon abeh merah...
auni...auni....syok betoi tengok dia....

auni dok 'ralit' tengok sana-sini

p/s : tinggal sehari saja lagi sebelum mendaftarkan diri sebagai pelajar...

hampir berjaya !

"Assalamualaikum semua...apa khabar ?
kali ni auni nak story sikit la...nak tau tak?
kalau tak nak tau pon auni nak story jugak...tak kira...hehe
sekarang ni, auni tengah cuba sedaya upaya untuk menerap...
kalau mengiring tu auni dah 'terer'..so, next step..auni nak menerap plak.
setakat ni, auni baru 3 kali menerap...2 kali kat rumah Auntie Rosnah dan sekali
kat rumah...sebelah ibu dan ayah...susah jugak la nak menerap ni kan...penat auni tau !
tangan asek terkepit ja...auni tak pandai lagi nak kontrol tangan masa menerap...
hopefully, lepas ni auni akan lebih 'terer' menerap...Insyaallah...
ok la semua, auni nak tido la....nanti kita borak lagi k...."

aja aja fighting, auni !

eh..eh...hebat anak aku ni, dah pandai update perkembangan diri ....
hmm...auni pasti boleh !
ibu dan ayah sentiasa mendoakan supaya auni cepat menerap...Insyaallah.

p/s : sekarang ni auni suka sangat merengek...mybe sebab nak menerap kot...moga2 lepas ni auni kembali ceria....muaaaahhh !

Wednesday, March 16, 2011

mode : pelajar


klik utk tumbesaran

Alhamdulillah....aku akhirnya telah diterima menjadi pelajar kembali...setelah hampir 7 tahun aku bekerja...destinasi kali ini, USM Penang...yg mana aku sendiri belum pernah menjejakkan kaki ke sana...hati ini bercampur baur segala macam perasaan..gembira, serabut, sedih, kecewa, bersyukur dan macam2 lagi la...aku dikehendaki melaporkan diri pada 19hb Mac 2011 iaitu pada hari Sabtu yg akan datang ini..program yg aku mintak pengajian matematik...sebab dari time maktab lg aku mmg ambil matematik...cuma sekarang ini, apa yg merisaukan aku adalah ramai jugak member2 aku bagitau yg silibus USM ni payah sikit...tudiaaaa....jenoh la aku nanti...dah la otak ni berkarat lama dah dengan bab2 nak study nih...semoga aku dapat menjadi pelajar yg baek....
so, tugas pada ketika ini adalah menyiapkan segala dokumen yg diperlukan untuk dibawa semasa pendaftaran nanti...banyak jugak la dokumen2 yg depa mau...itu la ini la....payah weh nk jadi student pon...'renyah' wooo....

p/s : nak p pejabat pos plak nih...kiriman wang oh kiriman wang !

Monday, March 14, 2011

kerja-kerja


tudia....
bersepah abeh tempat aku...ini semua gara-gara kerja yang terlampau menimbun-nimbun...
bak timbunan sampah !
hari ini, aku bertungkus lumus menyiapkan kerja PBS Tahun 1...memang banyak tak ingat...aku pulun buat kerja ni dari pukul 9am ....tulis itu tulis ini...potong itu kerat ini...potostat itu potostat ini...naik cemuih dah aku...rasa macam loya pon ada...aku rasa sekarang ini kerja aku bukanlah guru...tapi kerani ! jenoh aku nak siapkan...akhirnya pukul 345pm siap juga kerja aku ini...tu baru tulis nama budak ...data belum masukkan lagi...tak tau la macamana nanti...'tera' isi nama pon aku dah cemuih...isi data tu paham2 ja la...mau juling mata aku nanti...
bayangkanlah aku kena siapkan 10 kelas punya senarai...semua budak ada 160 lebey nama...mak oi...banyak gila...dah macam buat portfolio dah aku tengok..punyalah tebai....memang aku hangin la...cuti2 pon kena kerja...ptuuiihh !
sapa lah yang dok mereka menatang nih ?!..buat terok orang saja...
terus terang aku cakap la, aku buat kerja ni tak ikhlas pon...
arrghhhhhhh !!
aku tensen !

p/s : ada 2 lagi kerja yang menanti dalam cuti ni...punggah !

Friday, March 11, 2011

cuti kembali

hari ini hari jumaat...dat mean, hari ini merupakan hari terakhir persekolahan sebelum cuti selama seminggu....tapi cuti kali ini, aku tak rasa excited langsung pon...ni semua gara-gara keja yang dok menunggu dan bertimbun2...aku pon tak tau yang mana 1 aku nak mula dulu...terlampau membebankan aku...dari segi mental dan fizikal...
aku nak rest pon tak boleh...orang lain kalau cuti relax ja, aku ni plak cuti dok pikiaq pasai keja...aku pon xjamin la aku boleh buat ke tak keja yang diberikan tuh...aku akan buat mana yang termampu dah la...nak kena marah pon kena la...aku dah tak kesah dah...LINUS la, PBS la[yang ni paling aku tensen skali..banyak gila], mastercopy soalan exam la...macam2 la...serabut aku...aku rasa sekarang ni keja cikgu dah terlalu membebankan...tak macam aku mula2 posting dulu...takdak la keja menimbun macam la nih...awat tak tau ?!
haaa...lagi satu, aku dah dapat tawaran sambung study...kt USM ....mybe penang ...takkan la depa nak bagi kat aku kota bharu kot...jaoh tuh...penang tu pon dah jaoh dah dari ipoh nih...2 jam lebeh gak la baru nak sampai...sekarang ni aku dok tunggu surat rasmi dari pihak USM yang mana depa akan hantaq surat tu kat sekolah .....tak tau la bila nak dapat surat tuh...mybe minggu depan la kot...pasai 19hb ni aku dah nak kena daftar dh....
masok bab nak study nih, aku sendiri pon tak berapa nak sure sama ada otak aku ni boleh study ke tak...besa la, dah lama dah kot otak aku ni tak disumbat dengan nota2, assignment, exam, test etc...adoi....macamana la nanti....fuuh....takot aku !
dah berkarat ni weh...takot nya !!
apa2 pon...aku nak ucapkan SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK dan jugak anak2 murid....

p/s : hati aku tak tenang la ....awat tak tau...huhu

Wednesday, March 9, 2011

Tuesday, March 8, 2011

jauhnya !

klik utk tumbesaran

Info terkini
segala persoalan mengenai PPG aku hampir terjawab...setelah dimaklumkan oleh sahabat aku mengenai list yg telah dikeluarkan ni, aku pon dengan pantasnya menyemak nama aku kalau2 ada...dan akhirnya nama aku ada dalam list usm...usm mana xtau lg...tp aku harap usm penang la kn...xkan la depa nk bagi kota bharu nun...xpon kuching....mmg sah la aku tolak kalau depa hantaq aku p sana...yg usm penang ni pon aku dh rasa jaoh dh ...dr ipoh tuh...jenoh gak la...
setelah diteliti, mode study adalah pjj...maknanya hujung minggu aku kena turun penang la...adoi...letih weh...
aku dok harap sangat dapat maktab ipoh...pasai mode study dia kdc...lagi satu dekat dengan rumah aku ni...xgadoh la nak pening sgt pasai perjalanan tuh...ni penang nun...tudiaaaa...jaoh kot...hmm....aku pon pening pikiaq...lagipon, otak aku ni dah berkarat lama dh ...macamana la kalau study nnti...boleh ka dak ?
sekarang ni, kena tunggu surat rasmi tawaran dari pihak usm...depa akan hantaq ke sekolah masing2...daftar plak 19hb Mac 2011....sabtu yang akan datang...sabtu nak abeh cuti tu....

Ya Allah...Engkau tenangkanlah fikiranku ini...Engkau permudahkanlah segala urusanku ini....
Engkau berikanlah kekuatan kepadaku untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan ini...
Insyaallah...

p/s : mampukah aku ?

Monday, March 7, 2011

test 1 2 3 !

"hai semua..Auni datang lagi...dah lama kan auni tak menjampok dalam blog daddy nih..yang ni pose terbaru auni...amcm, vogue x?
pic ni daddy yang snap time auni dok tengah test vokal...testing 1 2 3 !!
sekarang ni auni dah boleh mengiring badan ....menerap tu belom boleh lagi...separuh badan ja boleh...ok la semua, auni nak sambung praktis vokal balik...lalalalala ~~~ "

p/s : hamboi3...sakan anak aku nih...auni auni...

selesai

punya la dok tengok drama..sampai blog pon terbarai dan bersawang dengan megahnya..
blog takdan nk update, pasai aku bz ...bz sebab aku p korea...ada hal tergempaq..lama gak la aku p sana...lebih kurang seminggu jugak la...
aku p sana sebab ada hal berkaitan dengan IRIS sama macam sebelom ni aku bz dengan ATHENA...ternyata menguji keupayaan minda aku untuk berfikir secara relevan dan logik...
akhirnya, selesai jua tugasan aku selama ni...
ending yang amat mengejutkan aku...tapi xpa, pasai aku dengaq2 nanti akan ada sekuel plak...chantek ! xsabaq aku nak tunggu...nak tengok apa plak yang akan jadi lepaih ni...
aku pon dah xtau nak kata apa lagi dah...pasai terlalu menarik sangat IRIS ni sampaikan aku ni dah jadi reporter ...dok selidik sana, dok selidik sini...dah kira boleh jadi spy ni...
sampai la ni, aku still lagi tak paham beberapa part dalam drama ni...dalam drama jalan cerita macam lain..dalam filem macam lain plak...ish3...konpius betoi la...
xpa2...biaq p la kt depa lagu mana pon..asalkan aku dapat menikmati keindahan cerita tu sendiri...
sekarang ni, aku nak restkan kepala hotak aku dulu...dah penat dok pikiaq pasai IRIS ni...
persoalan terkini sekarang ni, adalah pasai PPG aku...aku tak tau lagi dapat mana...sebarang info pon aku xdapat lagi...dengaq kata minggu depan nak kena daftar, tapi surat apa pon lom dapat lagi...fuuhh....memang menguji kesabaran aku !

p/s : mampukah otak aku ?

Friday, March 4, 2011

Love of IRIS


kuasa cinta yang tiada penghalangnya...
walaupon pahit...
segalanya hanya untukmu !

p/s : sedih...huhu

Wednesday, March 2, 2011

penangan yang amat ...

tudiaaa...inilah kegilaan aku yang terbaru...drama korea..IRIS..
walaupon drama ni dh lama dh..tahun 2009...baru sekarang aku nak tengok...trnyata amat best dan menarik...drama ini pernah menjadi fenomena yang mana drama ni mendapat rating yang tinggi seluruh dunia...'action' dan 'konflik percintaan' yang amat menusuk kalbu...drama korea mmg tak dapat dipisahkan dengan percintaan...melodrama la kn....
aku baru tgk sampai episod 4...ada lg 16 episod nk tengok....syok weh...syok macam drama yg aku tgk sebelum ni...ATHENA....

p/s : tudiaaa....marathon tengok sampai 4jam malam td...haha...

makan itu nikmat

Assalamualaikum w.b.t
berduduknya saya di sini adalah untuk membahaskan satu topik yang amat menarik.
tajuk saya pada pagi ini ialah 'makan itu nikmat'. apa itu makan?...makan ialah memasukkan sesuatu ke dalam mulut dan menelannya tanpa ragu-ragu..tidak kiralah ianya cecair, ketulan, pepejal dan sebagainya...asalkan dapat ditelan...
tapi saya ingin menekankan di sini mengenai feveret saya yg terbaru...iaitu 'nasi kerabu'...perghhh melekaaaat !! sedaaaap !! terangkaaat !!
sebelum ini, tiada sedikit pon kemahuan dan keinginan saya untuk menjamah menu ini...tapi saya berterima kasih kepada ayahngah, mr. tepet dan isteri saya yang mana merekalah yg memperkenalkan nasi ini kepada saya...dipermulaan perkenalan, saya agak malu-malu untuk mencuba tapi lama kelamaan....saya dapat menyesuaikan diri dgn keadaan 'fizikal'nya...
trnyata menawan kalbuku ini....apa yang aku tahu mengenai asal usul nasi ini adalah dari pantai timur atau dengan lebih tepat skali Kelantan...
apabila aku menjamahnya...maka, akan terpancul la kata2 dari mulut ini...

"mak ai...sedap gak nasi ni nohh..."
"adoi, awat pedaih sgt ni...ada cabai melaka ka?"

"tuudiaa...nasi kaler biru-kebiruan !"

"uik...nak kena beli lagi lepaih nih...."

"lor, ni cabai apa plak nih...siap ada isi lagi....apa nama dia nih?"

itulah ungkapan2 yang kadangkala muncul tanpa disedari...
oh...nasi kerabu !
aku mula menjadi 'kipas' anda...

p/s : beli kt tepi jalan area kuboq...mmg lokasi terbaek !