mcm2

Showing posts with label best. Show all posts
Showing posts with label best. Show all posts

Sunday, September 4, 2011

sakan !






tudiaaaa, pelbagai aksi dari auni raudhah di kala Aidilfitri 2011...terlalu banyak 'moment' yang menarik telah dipamerkan oleh auni...hinggakan tidak mampu berkata apa-apa lagi..tiada kata yang dapat menggambarkan betapa gumbiranya diriku ini melihat gelagatnya...

auni, ayah sayang laju-laju ...muaaaahhh !

p/s : terima kasih tidak terhingga kepada semua untuk Aidilfitri kali ini. penuh makna.

Friday, April 8, 2011

sukar diungkapkan


suatu ketika dulu...
aku sentiasa menikmati iramanya tanpa ragu-ragu...
kini, aku kembali menikmati kesyahduan yang nyata !

p/s : terkenang zaman pelajar dulu..

Friday, April 1, 2011

malam ini bermula

nindiaaa....dah keluaq dah jadual program terbaru Astro yang mana bakal menjadi satu fenomena tak lama lagi...Maharaja Lawak Astro 2011
semua otai-otai raja lawak dari season 1 sampai la season 5 akan berentap ....kompom gempak la kan...kira sempoy la program ni...tak sabaq rasanya nak tengok...
malam ni pukul 10 akan start minggu 1 punya...
adoi...melepas la aku malam ni....pasai malam ni aku nak balik kampung...elok sampai nanti, habis dah program ni...takpa, hari sabtu kompom astro ada ulangan punya...haha...best !

p/s : Yus dgn tauke bergabung tuh...mau pening nanti...ekekeke

Sunday, March 27, 2011

pandang-pandang


gambaq sebagai kenangan

ok.
aku baru saja balik dari SK Pos Raya setelah semalaman bermalam di sana...ditugaskan untuk pergi ke sana sebab kena jadi guru pengiring murid sekolah aku...kat sini ada perkhemahan TKRS a.k.a tunas kadet remaja sekolah..'camping' ni sebenaqnya 3 hari 2 malam...tapi yang aku pi semalam tu adalah malam last...hari ni habis la camping tuh...
shift aku bermula 7pm sampailah 7am....makna kata aku kena tidoq kat sana...bab tidoq ni no hal punya pasai dalam kereta pon aku boleh tidoq..malam tadi, budak2 ada raptai dan malam kebudayaan...aku just duduk dan tengok ja la aktiviti depa nih...sambil2 tu borak-ing bersama cikgu-cikgu yang ada kat sana...cikgu-cikgu ni pon jadi guru pengiring jugak...ada yang jadi pegawai perkhemahan...kira meriah la jugak..
tapi yang syoknya kat sini bila dah malam...apa lagi...kesejukan melampau la...besa la kan..kawasan hutan...lagipon kat sini merupakan perkampungan orang asli...so, hutan dia memang asli la...
sejuk tu toksah dok kata la lagu mana...bukan kata menusuk kalbu lagi dah, tapi menusuk tulang teroih...hehe
malam tadi aku tidoq dalam kereta ja...tu pon jenoh la selimut satu badan...mau beku aku dibuatnya..sejuk dia macam aku kat gerik dulu...time pagi buta nak ambik ayaq sembahyang, tudiaa habaq hampa...punyalah sejuk...macam 'ice cube' tu..tapi syok....aku suka !

p/s : SK Pos Raya ni tepi jalan ja...otw nak p Cameron Highlands...senang nak cari.

Saturday, May 8, 2010