mcm2

Sunday, March 20, 2011

secara rasmi..

bermula 19hb Mac 2011, maka bermula episod baru dalam hidupku..episod kali ini lebih mencabar dan penoh liku-liku ....aku sudah terasa bahangnya walaupon baru sebelah kaki menjejaknya...ternyata bebanan yang teramat berat malahan memerlukan pengorbanan yang tinggi...aku akan cuba sedaya upaya demi mencapai cita-citaku ini...
kini, aku kembali bergelar seorang 'pelajar' yang dahagakan ilmu [dahaga ka?!] konpiuz aku !
semalam, aku telah melangkah ke pulau pinang ataupon lebih tepat aku telah menjejakkan kaki ke USM buat pertama kalinya sebagai pelajar...ia merupakan hari pendaftaran aku sebagai pelajar di institusi tersebut...setelah hampir 2jam aku beratur...akhirnya aku selesai mendaftarkan diri di sana...pelbagai gelagat yang aku lihat ketika itu, ada yang gembira dapat bertemu dengan rakan2 lama, ada jugak yang keseorangan menanti giliran...pelbagai mimik muka juga dapat aku lihat di setiap wajah mereka bagaikan sedang memikirkan sesuatu yang amat perit dan pahit...kemudian, aku telah dikehendaki mengikuti taklimat berkaitan dengan pengajian yang bakal aku tempuhi nanti...ternyata amat memerlukan komitmen dan keinginan yang tinggi dari diri sendiri...atau lebih tepat skali pengajian kali ini menuntut kemahuan diri sendiri...sudah tiada lagi ungkapan 'ada orang tolong suap'....
perjuangan aku ini akan berlarutan sehingga 4tahun lamanya...moga2 aku dapat menamatkan perjalanan ini dengan baik...insyaallah...
sekarang ini, pelbagai reaksi yang bermain di fikiran, jiwa dan ragaku ini....ntahlah macamana nanti....

p/s : kerisauan mula melanda diri aku ini ..

2 comments:

Cik Asz Hana said...

sama2 kita nanti 4thn tu yee...

tayar soton said...

haha...sama2 la ok...jangan 2tahun dh sangkut dh la...