mcm2

Saturday, June 25, 2011

tak sengaja

seperti yang sedia maklum..hari ini sekolah aku ada buat sukan tahunan SKPPL 2011 Kali ke-52...
so, hari ini aku bermula agak awal...setelah tdoq lewat pukul 3.30am, aku bangunkan diri pada jam 6am..menyiapkan diri seawal yang boleh kerana aku perlu ada di sekolah lebih kurang jam 715am...
aku nak cerita panjang pon malas yang sebenaqnya...aku bagi rangkuman saja la...
1 - topi apek juai sayoq menjadi pendamping setia aku hari ini.
2 - aku jadi pengurus alatan untuk sukaneka tahap 1...penat weh..angkat itu ini...
3 - syok jugak jadi pegawai sukan...aku kena jadi pegawai kat 'finishing line' sambil pegang kad nombor 2.
4 - parent yang mai boleh tahan jugak ramai. meriah la kiranya.
5 - cuaca tak berapa terik sangat...panas biasa-biasa saja...vitamin E dah banyak aku sedut hari ini. sihat betoi aku !
6 - aku masok acara pegawai sukan. bawak bola hoki dengan kayu hoki...haha..lawak rasanya pasai aku tak reti main hoki. alhamdulillah, aku dapat nombor 2..walaupon, ada la main kecoh sikit...TAK SENGAJA MENANG !

7 - menu nasi ayam memang maveles. aku bantai cukup-cukup sebab lapaq takdak dah..
8 - oblong Mat Salai sedap weh..
9 - cabutan bertuah aku tak dapat..aku bagi kat orang lain dulu! takpa, aku ok saja..
10 - sebelum balik rumah, aku dan lagi pekena aiskrim corneto cap ayam kat bengkel KH dengan edy. sejuk weh !
11 - kulit agak meghelit...tapi aku still mengancam...haha...hot selalo !
12 - badan agak letih..rasa macam nak tidoq sampai lebam...tu pon kalau mampu la kan..
13 - Rumah Merah menang besaq tahun ni..semua depa balun...rumah sukan yang lain kena tinggai bertiang-tiang..point banyak gila.
14 - Rumah Hijau jadi curut..pasai dok tangga corot sekali..hancuss...haha..kesian.
15 - Isnin tak cuti...so, kena sekolah macam biasa...huwaaaaa ~~~~!
16. lupa nak bagitau, aku ni Rumah Hijau...ala rumah sukan yang curut tuh...wakakakaka .

aku rasa cukup la 15+1 perkara kat atas tu...dah takdak idea dah nak bagitau apa...
sekian, terima kasih.

p/s : hamboih, kuat sungguh aih bau ayam tandoori ni...ang tunggu sat aku nak pekena ang !

No comments: