mcm2

Friday, July 29, 2011

tanya sama siapa?


aku amat meminati lagu ini, ada mesej yang tersirat ...
amat menarik..dan memberi ketenangan jiwa..
tudiaaaa, sampai macam tu nooohhh...hehe

steady POKOK !

p/s : still rasa kecewa dgn HM, huhuhuhuuuu..

kesilapan

tiada yang sempurna di dunia ini..pasti ada cacat celanya, bukan?
sama juga seperti makhluk-makhluk Allah di muka bumi ini..
Manusia merupakan makhluk paling sempurna yang diciptakan oleh Allah.
yang membentuk dalaman manusia itu adalah diri mereka sendiri..maka, tak dapat lari dari segala kesilapan..
sama seperti aku ini, aku telah melakukan banyak kesilapan lalu yang mana telah hampir menghancurkan diri sendiri dan juga orang lain..namun, setiap kesilapan itu boleh kita tebus dengan berusaha menjadikan memajukan diri ke arah kebaikan dan sentiasa mendoakan kebaikan insan yang lain. Sesungguhnya, Allah akan sentiasa membantu makhluknya walau apa jua keadaan. Insyaallah.
yang penting kita mestilah berada di landasan yang betul. jika terbabas, masih lagi ada waktu untuk memperbetulkan landasan kita itu.
Aku sentiasa berusaha dan berdoa kepadaNya untuk menjadikan diri ini lebih baik di masa akan datang dari sebelum-sebelum ini..
Aku hanya insan biasa.
Aku memohon kemaafan di atas segala kedaifan dan kekhilafan aku sebelum ini..
dan aku mendoakan kebahagiaan semua insan di dunia ini.

Semoga kita bersama-sama menjadi insan yang berguna kepada semua makhluk.

p/s : takziah kepada team Harimau Muda. cuba lagi di masa akan datang..2098 mybe? who knows...

Wednesday, July 27, 2011

Alhamdulillah

aku baru saja balik dari klinik. buat apa aku pi klinik?
haaaa, soalan yang bagus tuh...haha
aku pi klinik pasai bawak puteriku yakni auni raudhah untuk timbang berat dan check apa yang patut sempena usianya yang mencecah 8 bulan..Alhamdulillah, semuanya stabil dan dalam keadaan baik...berat auni dah turun sikit, 7.1 kg.
hari tu timbang kat rumah makngah 8kg..mybe penimbang tak sama kan...entahlah..
tapi bagi aku, aku memang dah jangka pun berat auni akan turun..sebab sekarang auni semakin aktif..panjat sana panjat sini..so, that's why la aku jangka berat auni akan turun sikit dari yang sebelum ni..
walaumacamana pun, aku bersyukur auni sihat sejahtera..
kalau auni sihat, makanya ibu dan ayah pun sihat...sebab senang hati...yeeaaaaayyyy !

sebelum tu, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang akan tiba tak lama lagi dah..hari Isnin depan..
so, selamat beramal....insyaallah..

bersiap sedia ke sekolah lebih awal dari biasa sebab ada aktiviti ko-ko...jem !

p/s : entry kali ni agak pendek dari yang sebelum-sebelum ni..sebab takdak idea nak taip ...

Friday, July 22, 2011

sekapur sireh

memandangkan dah berkurun lamanya aku tak update blog ni..ni semua gara-gara copa america dan jugak kerja-kerja yang belambak-lambak tak setel lagi..
aku rasa dah hampir seminggu blog dok macam tu saja..
so, malam ni sedikit kerajinan timbul dalam diri aku untuk memeriahkan blog aku ni..
firstly, pasal kerja la kan..LINUS Lisan baru saja setel. baru nak relax, mai pulak yang bertulis punya. adoi la..tensen aku ! baru plan nak relax-relax dulu..kemudian, ada kerja yang bakal menyemakkan kepala otak aku berkaitan dengan KSSR Tahun 1 ...PBS kot..aku pun tak berapa nak paham lagi..kena buat fail la..apa la..banyak pulak tu..haruuu wei !
lupa pulak nak bagitau, esok aku kena pi sekolah sebab ada program kelas tambahan Tahun 6. aku kena kumpulan 6. aku jadi pembantu untuk subjek Matematik.
aku ni dah la tak pernah mengajaq Tahun 6, tak tau la macamana esok ni..kita tunggu dan lihat..
secondly, pasai kehidupan aku...macam biasa la...celik mata pi kerja...lepas itu pejam balik..tidoq la ..apa lagi..haha
keseluruhannya, kehidupan aku syok dan best..melayan kerenah auni raudhah..dah semakin 'berakal' dah sekarang ni...main pun banyak..pandai dah sekarang ni..auni oh auni..
thirdly, tak lain tak bukan...auni raudhah bt mohd kamarul asrof la kan...
dah mula belajaq meniti...duduk dan berdiri secara 'pelan-pelan'
haaaaaa, satu lagi..auni pandai berblogging dah la ni...isk...isk...isk...

tudiaaa, baru keluaq dari 'gua' !

sedang berdiri sambil meniti..

haaaaa...kantoi sudaaa !

inilah kerenah auni hari-hari...penat jugak la nak kampoi auni ni..walaupun penat, tapi syok tengok auni membesaq..

p/s : esok Malaysia VS Singapore wei !

Saturday, July 16, 2011

8 bulan

"assalamualaikum semua...auni kembali lagi...dah lama kan auni tak update pasal diri auni kan..auni update ni pun curi-curi ja ni..pasai ayah dok pulun tengok bola nun...haha
auni sekarang dah masuk umur 8 bulan dah..lagi dua minggu nak kena pi klinik, nak timbang berat...naik ke tak entah la kan...tapi rasa-rasanya naik sikit kot..sekarang ni, auni dah kurang minum susu ibu..auni selalu makan nestum, biskut Milna, bubur nasi...mybe sebab auni semakin membesar...tu yang jarang minum susu tu...haaaaa, lagi satu auni suka duduk mengiring, ala ...macam orang dok kat 'pantai road' tu...tau kan?!
hm, ok la semua...auni nak tidoq la...ngantuk dah...yaaawwwnn ! ops, kena tutup mulut kan...babai...jumpa lagi "

p/s : uik, bila masa auni update ni...hebat betoi !

coq keria sempoi

di kala suatu petang yang anginnya agak sepoi-sepoi bahasa..kerajinan mula muncul dari dalam dan keluar menjengah sanubari aku..
aku terkapai-kapai mencari jawapan ...
akhirnya, jawapan yang dicari itu ketemu jua...
petang ni aku rasa nak buat kuih feveret aku...coq korea a.k.a coq keria a.k.a kuih gelang..
berbekalkan dengan sedikit ilmu di dada mengenainya, aku pun mengorak langkah ke alam perdapuran...

bahan yang digunakan amat mudah dan ringkas..
3 ketoi ubi keledek putih [aku beli dekat market batu gajah]
4 sudu besar tepung gandum cap Sauh
Gula secukup rasa.
Minyak untuk memasak

Langkah penyediaan
1. Kupaih ubi keledek elok-elok. Then, rebus dalam periuk. Masak sampai lembut.

2. Dah masak ubi, sejat dan sejukkan seketika. Then, lenyek sampai lebam. Gaulkan dengan tepung gandum tadi sampai jadi satu adunan yang mantap.

3. Bentukkan adunan itu menjadi bulatan seperti yang dikehendaki. macam aku, bentuk skema menjadi idaman.
4. Bila dah jadi rupa macam donut tu, apa lagi...masak la atas dapoq..

5. Bila dah masak keperangan, angkat dan sejatkan...tunggu seketika. jadilah coq keria tanpa gula.

6. Next step, masak gula yang dicampurkan dengan sedikit air. Masak hingga gula itu menjadi agak likat dan berbuih-buih. Then, campakkan coq keria di dalam kuali..tadaaaaaaa, jadilah coq keria terulung lagi lazat....haha
walaupun, rupanya nampak macam buruk...tapi rasanya fuuuhhhh menikam kalbu oooo....sedap weh !
Maka, inilah dia coq korea a.k.a coq keria feveret aku..buatan sendiri..
bila kita buat sendiri, akan muncul satu kepuasan sejati dalam sanubari kita...percayalah !!

p/s : makan sambil tengok bola..Malaysia VS Liverpool...3-6 !

Jerebu

semenjak dua menjak ni, cuaca agak panas..sampaikan jerebu habis...tak kira siang ka malam ka..pandangan pun jadi kabur saja...selalu aku dok pi sekolah memang nampak lain...sebab berdebu dan jerebu teruk ni..sampaikan naik putih langit...baru-baru ni, dalam tv dan paper masuk kawasan sekolah aku tu...IPU dia memang teruk...tinggi tak ingat...sampai mencecah 90 IPU dia...hampa bayangkan la, sampai trafic light kat depan pun nampak samaq ja..memang teruk la kan...
dekat kawasan rumah aku pun sama, time malam tu kelam ja pandangan mata..gila betoi !
tapi alhamdulillah....semalam hujan lebat time aku pi solat jumaat kat Masjid Pengkalan Pegoh..so, kurang la sikit jerebu tu...tapi hari ni, aku nampak macam teruk balik dah...walaupun, cuaca agak mendung tapi pandangan tetap kelam...harap-harap hujan turun la petang ni...lega sikit rasanya...
sebab utama berlaku jerebu ini selalunya pasai pembakaran hutan kat indon la..apa lagi kan....tahun lepas pun macam tu jugak...kat sana jugak yang jadi punca semua ni...
depa bakaq kat sana, kita kat sini yang kena kesan dia...hmmm...dunia oh dunia...
nak buat macamana kan...kitaran bumi memang lagu tu...mau tak mau kena la terima...
Moga-moga jerebu ni takdak la mendatangkan penyakit yang teruk-teruk kan...insyaallah.

p/s : malam ni jom tengok bola...copa ada, FWWC pun ada...layan !

Thursday, July 14, 2011

Bola oh Bola


tudiaaa....
musim bola still panas lagi dok ada...lepas World Cup U-17 dah habis...kini aku beralih pulak kat Copa America Argentina 2011...memang syok la tengok bola amerika latin ni...depa men lain macam sikit...tambah-tambah pulak team feveret aku ada, lagi syok la nak tengok...team feveret aku tak lain tak bukan la...Brazil...aku memang minat sejak azali lagi..lagi satu aku minat Chile...depan ni team yang mantap...main pon syok...player pulak muda-muda lagi...di masa akan datang depa boleh jadi satu team yang amat kuat..tunggu la...
aku baru ja habis tengok game Brazil vs Ecuador tadi...Brazil menang 4-2, cantik !! terus layak suku akhir..
so, inilah team yang akan berentap time suku akhir nanti ..

Colombia vs Peru
Argentina vs Uruguay
Brazil vs Paraguay
Chile vs Venezuela

game-game yang best ni...nak kena tengok...haha..

p/s : Women World Cup pun best jugak weh...steady la Japan dapat masuk final...kena vs USA..hidup Asia !!

Sunday, July 10, 2011

Perihal makan

bila cerita bab makan ni memang syok la kan...tambah pulak makanan yang simple-simple tapi sedap..begitulah yang terjadi kat aku semalam..selepas menemani mak menakan dan sepupu membeli sebijik laptop, kami terus ke Padang Polo...tujuan utama bukan la nak joging ka apa ..tapi hanyalah nak makan laksa kedah ...aku baru ja first time sampai tempat tu..tak tau pulak kat situ ada makan yang sedap...
so, tanpa membuang masa...kami terus pekena laksa kedah 5 mangkuk..bungkus 1 untuk ma'am aku yang keja petang..semangkuk harga dia RM2.50..tapi kat situ kalau hampa beli 5 dapat free 1 laksa...sempoi jugak depa punya strategi marketing...amat menarik perhatian pembeli...haha
lepas tu, aku pekena cendoi pulut....sedap weh...walaupun harga dia agak melampau Rm2.50...tapi bagi aku kira berbaloi la jugak sebab cendoi dia memang sedap...pulut pun belambak...kira mantap la ...sambil-sambil tu pekena keropok lekor pulak...lembut aje !
kiranya petang tu perut aku memang diberi layanan istimewa la...sampai rasa macam nak pi lagi tempat tu....
memang terbaik depa punya laksa kedah, cendoi pulut dan jugak keropok lekor...

syok weh pekena cendoi ni !

tudiaaa, licin habaq hampa..


p/s : ada lagi sebungkus dalam peti ais kat rumah aku ni...ada sapa-sapa mau ka?

Friday, July 8, 2011

Selamat Satu Perkara

selesai sudah peperiksaan aku kali ini..Alhamdulillah, syukur.
aku dapat menjawab dengan jayanya...namun, betoinya belum tentu..
3 paper yang amat dasyat..menguji minda aku secara maksimum..habis berasap otak aku !
fuuhhh...memang dasyat..
1 - Pembangunan Sahsiah -soalan dia memang phsyco aku habis...sampai tak tau nak jawab apa agi dah...tembak ja la..
2 - English For Communication 2 - yang ni plak nampak macam senang...tapi haru jugak weh..
3 - Kenegaraan - ni bab sejarah semua bagai...aku ni dah la bab sejarah 'dungu' sikit...so, paham-paham ja la...

oh OMR !

paper-paper inilah yang selama ni dok buat aku gundah gulana...tapi kini tidak lagi...selesai sudah.
hanya menanti 'result' nya pula..lambat lagi nak keluar...so, tunggu !

dikesempatan itu, aku jugak dah jadi macam duta jalan-jalan cari makan..pasai apa, lepas ja satu paper, kompom pi cari makan...banyak jugak la lokasi yang aku terjah..
1 - Nasi Kandaq Subaidah [port wajib bila pi USM]
2 - Pasemboq Padang Kota [mahai nak mam***h]
3 - Nasi Kandaq beratoq [depa bukak pukul 10pm, beratoq punya la panjang...]
bab beratoq ni, aku ada cerita yang agak menyedihkan la...member aku beli nasi kena
RM10..buboh lauk ayam, telur sotong dengan nasi...perghhh, naya betoi, kecewa member !
4 - Sotong Kangkung - tepi laut dekat dengan Queensbay [sedap weh...]
5 - Yong Tau Foo - lokasi yang sama dengan menu di atas ni [RM 5 saja....maveles !]
6 - Mee Kuah Ketam & Mee Goreng Ketam - yang ni lagi mantap...dekat Cherok To'kun nun...
7 - Koew teow koboi - tudiaaaaa, tukang masak dia pakai topi koboi sempoi dok ada...lokasi :
Simpang, Taiping.
banyak gambaq yang tak sempat nak snap pasai dok pulun makan...haha
cuma ada yang ni saja...kira jadi la kan dari takdak langsung...
selamat menjamu selera mata....

p/s : pi exam macam pi bercuti...haru betoi !

Tuesday, July 5, 2011

Cabaran Pertama

esok akan bermula cabaran pertama aku sebagai seorang pelajar. cabaran yang akan berlangsung selama 2 hari..walaupun, hanya 2 hari..tapi bagi aku tempohnya amatlah panjang..mampukah aku menghadapinya ?

Ya Allah, Engkau berilah ketenangan kepadaku dalam menghadapi cabaranku ini..
Engkau bukakanlah mindaku ini..
Sesungguhnya, RedhaMu kemuncak impianku Ya Allah..

aku berharap segalanya berjalan lancar dan mendapat apa yang diimpikan selama ini...Insyaallah.

p/s : berkampung di USM selama 2 hari.

Sunday, July 3, 2011

hat-trick

berjaya akhirnya aku...
berjaya mencapai hat-trick..
tahniah untuk aku..
T3:DOTM terbaek !

mode risau mula menular dalam diri...minggu depan nak exam...still tak prepare lagi untuk semua itu...
adoi !
risaunyaaaaaa....macamana nih?

toloooooong !!

p/s : semangat...datanglah kamu kepadaku.

Friday, July 1, 2011

kali kedua

aku ni kalau dah minat dengan sesuatu tu, banyak kali buat pon takpa...
inilah kisah aku dan transformers...haha
masa T1 dulu aku tengok wayang 4 kali...lepas tu, T2:ROTF pulak 4 kali jugak...
sebentar tadi, aku tengok untuk kali kedua untuk T3:DOTM...memang gila kentang la aku ni dengan transformers...taktau la lepas ni aku kot-kot nak pi tengok lagi..tak puas beb !
semalam aku tengok kat hall 3, kecik la sikit....tapi tadi aku tengok kat hall 1, memang luas terbentang la habaq hampa...skrin pon gedebak besaq...
aku nak ucapkan tahniah la kat autobots sebab depa menang fight dengan decepticons kali ini...walaupun, di awalnya nampak macam nak bungkuih saja..ni semua komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh geng autobots...aku memang tabik spring la dekat optimus prime selaku pengetua autobots, lepas tu bumblebee, ratchet, ironhide [mati la plak...tak puas hati betoi aku], sideswipe, dino, the wreckers, wheelie n brains [geng budak-budak pra-sekolah depa ni], que [doktor gigi..haha]...hampa memang otai la...
geng decepticons semua tak boleh pakai, jahat sangat....haha..padan muka !
mampuih jugak akhirnya si megatron dengan starscream tu....

agak-agak la kan, bakal ada ka nanti T4 pulak?

p/s : tudiaaaa, 'rosot' dah aku ni, penangan Transformers la ni...