mcm2

Saturday, July 16, 2011

coq keria sempoi

di kala suatu petang yang anginnya agak sepoi-sepoi bahasa..kerajinan mula muncul dari dalam dan keluar menjengah sanubari aku..
aku terkapai-kapai mencari jawapan ...
akhirnya, jawapan yang dicari itu ketemu jua...
petang ni aku rasa nak buat kuih feveret aku...coq korea a.k.a coq keria a.k.a kuih gelang..
berbekalkan dengan sedikit ilmu di dada mengenainya, aku pun mengorak langkah ke alam perdapuran...

bahan yang digunakan amat mudah dan ringkas..
3 ketoi ubi keledek putih [aku beli dekat market batu gajah]
4 sudu besar tepung gandum cap Sauh
Gula secukup rasa.
Minyak untuk memasak

Langkah penyediaan
1. Kupaih ubi keledek elok-elok. Then, rebus dalam periuk. Masak sampai lembut.

2. Dah masak ubi, sejat dan sejukkan seketika. Then, lenyek sampai lebam. Gaulkan dengan tepung gandum tadi sampai jadi satu adunan yang mantap.

3. Bentukkan adunan itu menjadi bulatan seperti yang dikehendaki. macam aku, bentuk skema menjadi idaman.
4. Bila dah jadi rupa macam donut tu, apa lagi...masak la atas dapoq..

5. Bila dah masak keperangan, angkat dan sejatkan...tunggu seketika. jadilah coq keria tanpa gula.

6. Next step, masak gula yang dicampurkan dengan sedikit air. Masak hingga gula itu menjadi agak likat dan berbuih-buih. Then, campakkan coq keria di dalam kuali..tadaaaaaaa, jadilah coq keria terulung lagi lazat....haha
walaupun, rupanya nampak macam buruk...tapi rasanya fuuuhhhh menikam kalbu oooo....sedap weh !
Maka, inilah dia coq korea a.k.a coq keria feveret aku..buatan sendiri..
bila kita buat sendiri, akan muncul satu kepuasan sejati dalam sanubari kita...percayalah !!

p/s : makan sambil tengok bola..Malaysia VS Liverpool...3-6 !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: