mcm2

Friday, July 29, 2011

kesilapan

tiada yang sempurna di dunia ini..pasti ada cacat celanya, bukan?
sama juga seperti makhluk-makhluk Allah di muka bumi ini..
Manusia merupakan makhluk paling sempurna yang diciptakan oleh Allah.
yang membentuk dalaman manusia itu adalah diri mereka sendiri..maka, tak dapat lari dari segala kesilapan..
sama seperti aku ini, aku telah melakukan banyak kesilapan lalu yang mana telah hampir menghancurkan diri sendiri dan juga orang lain..namun, setiap kesilapan itu boleh kita tebus dengan berusaha menjadikan memajukan diri ke arah kebaikan dan sentiasa mendoakan kebaikan insan yang lain. Sesungguhnya, Allah akan sentiasa membantu makhluknya walau apa jua keadaan. Insyaallah.
yang penting kita mestilah berada di landasan yang betul. jika terbabas, masih lagi ada waktu untuk memperbetulkan landasan kita itu.
Aku sentiasa berusaha dan berdoa kepadaNya untuk menjadikan diri ini lebih baik di masa akan datang dari sebelum-sebelum ini..
Aku hanya insan biasa.
Aku memohon kemaafan di atas segala kedaifan dan kekhilafan aku sebelum ini..
dan aku mendoakan kebahagiaan semua insan di dunia ini.

Semoga kita bersama-sama menjadi insan yang berguna kepada semua makhluk.

p/s : takziah kepada team Harimau Muda. cuba lagi di masa akan datang..2098 mybe? who knows...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: