mcm2

Thursday, August 4, 2011

berjaya

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari keempat kita sebagai umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini..
seperti aku juga, aku berjaya menunaikan kewajipan yang amat dituntut oleh Islam ini..
pelbagai dugaan telah aku hadapi, biasalah kan...selalunya minggu permulaan ni memang banyak dugaannya..
macam aku ni, waktu petang aku ada kat sekolah..dok melayan gelagat dan ragam anak murid...mak ai, penat tak hingga punyalahh..depa ni kalau tak kena 'beletiaq' sehari tak sah...habis hilang pahala puasa aku sikit...habis sebab dok banyak cakap la..'beletiaq sana beletiaq sini'....fuuhhh, dugaan oh dugaan !
tapi aku bersyukur, dengan dugaan ini mampu menjadikan aku insan yang lebih penyabaq...hahaha
tudiaaaaa, habaq ang !
Moga-moga anak murid aku paham la dengan apa yang aku dok bebelkan tiap-tiap hari kat depa...
hampa paham-paham je la kan...yang aku dok mengajar ni budak-budak Tahun 1, 2 dan 3...
so, memang kurang kesedaran sivik sikit...tambah-tambah yang Tahun 1 tu, memang tak makan saman la...ang cakap pi la apa pun, depa buat slumber rock ja....last-last, aku pulak yang mental dengan depa ni....
itulah cabaran yang aku kena lalui hari demi hari....tudiaaaa, ayat novel dok mai dah....

bagi menghilangkan tekanan mental aku dengan budak-budak ni, jom kita layan album terbaru di pasaran ni...
lawak wei....tobat lawak !



p/s : Selamat bersahur untuk anda semua...jom soooooq wei !

No comments: