mcm2

Sunday, November 17, 2013

Selamat Hari Lahir


Auni Raudhah ==> 9 November 2010
Adlan Rais ==> 17 November 2012

Selamat Hari Lahir anak-anakku. Ayah dan ibu sayang kamu !
muuuuaaaaaahhh !!

p/s : USM oh USM

Sunday, October 20, 2013

bengkok !

dah lama rasanya aku tak jenguk blog aku ni...dah macam zombie dah blog aku ni...bak kata pepatah "hidup segan, mati tak mahu" ! hahahahaha....sibuk la katakan, tu la punca utama aku dah lama tak update blog keramat ni (alasan lapuk)....

kali ni aku nak update pasai study USM aku...semester 6 dah bermula....subjek sem ni memang taff gila....serius aku tak dapat nak follow lagi apa yang lecturer dok terang dalam lecture....kadang-kadang tu stress la jugak sebab tak faham langsung apa yang lecturer dok terang kat depan.....frust gila !! dah macam orang b*** ja....oh, mengapa !

pointer semakin lama semakin menurun.....aku cuba bertahan lagi ni, sebab tinggal lagi 2 sem ja lagi nak habis...bila nak habis pon aku taktau....dah letih dah ni.....bekerja+study memang memerlukan dedikasi, disiplin dan komitmen yang tinggi...aku ni dah la kurang sikit bab-bab tu.....so, faham-faham ja la...sekarang ni tengah berperang dengan tugasan dan kuiz yang belambak-lambak....payah plak tu....adoi ! taktau la macamana nanti nak exam....baca pon tak masuk-masuk....Moga Allah permudahkan segala urusan study aku ni....Amin.

lagi satu, aku rasa tenang sikit sebab aku tak payah nak ambik MUET lagi...dulu dah ambik dan dah dapat band 3, Alhamdulillah....kalau dapat band 1, nak kena ambik lagi sekali......syarat nak setel degree kena ada MUET band 3....

ok, cukup setakat tu...relax dulu sat.

 klik untuk tumbesaran



klik untuk tumbesaran


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA buat semua umat Islam di seluruh dunia.

p/s : crooked !

Sunday, September 15, 2013

Hujung minggu






Hari ini dalam sejarah..15 September 2013.
sebab apa?! sebabnya...setelah hampir 4 tahun aku berkhidmat kat ipoh ni, buat pertama kalinya aku sampai kat sini...nama tempat ni Pusat Rekreasi Gunung Lang, Ipoh. lawak bukan !!

padahal tempat amat la dekat dengan rumah aku...jadi, tetiba hari rasa macam nak pi bawak famili..lagipun cuti kan....so, memang kena la...sebab utama aku mai tempat ni adalah sebab auni suka sangat tengok ikan....menurut info dari beberapa kawan, kat sini memang banyak ikan....besaq-besaq plak tu....memang kompom la auni suka...sebelum ni aku dah selalu bawak auni pi Eco Park, Taman Botani...apa kata kali ni try tukaq angin tengok....

so, pagi-pagi 'tak berapa nak buta' aku pi la tempat ni....best jugak...sebab boleh naik bot...tengok suasana yang nyaman.....walaupon naik bot tu sangat la sat, makna kata tak sempat nak hangat pungkoq dah sampai...kira ok la....auni dan rais senorok tak terkata la....auni macam biasa la, excited sangat sampai lari merata-rata...rais plak, asik bunyi ja...seronok la tu....

kiranya tempat ni bagi aku ok la nak bawak anak-anak....kira macam round pulau versi mini punya.....

orang ramai beb, mybe sebab time hujung minggu kot...tambahan plak cuti hari Malaysia kan....
nak naik bot tambang dia murah saja...dewasa RM3 + kanak-kanak RM1.50...jangkamasa naik bot tu ada la dalam 3minit setengah pergi dan balik....lama kan kan kan kan....hahahahaha

Selamat menyambut Hari Malaysia 16 September 2013 !!

p/s : esok nak pi mana plak tak tau !

Saturday, September 7, 2013

Cabaran kembali !

klik untuk tumbesaran

sesi pembelajaran aku kembali, tak lama lagi akan bermula....setelah hampir 4 bulan bercuti, aku nak kena cari mood study balik ni...


"....I don't care, I love it.
I don't care, I love it, I love it.
I don't care, I love it.
I don't care, I love it, I love it.
I don't care.
I love it !"

p/s : mata masih lagi cerah tatkala terkena segelas kopi 'O'

Friday, September 6, 2013

Dugaan Melanda

pertama sekali, aku nak ucapkan selamat kembali bertugas kepada semua warga pendidik setelah cuti lama kan...
ok, aku nak masuk bab 'dugaan' ni plak....alkisahnya, hujung minggu lepas, seluruh warga famili aku pi KL untuk nak hantaq adik bongsu aku daftar UniKL-MFI. Adik aku sambung kat situ setahun lagi sebelum dia fly ke UK, Insyaallah. Jadi, perjalanan kami semua bermula pada hari petang Sabtu. tengahari tu kami semua p open house ayahngah kat batu gajah. pekena nasi apa lebih kurang lepas tu bantai laksa plak...perghhh, sempoi baq ang !
Di KL, kami stay kat rumah sepupu aku a.k.a rumah kak long....layanan yang diberikan memang terbaek la...terima kasih tak terhingga, Insyaallah nanti kami sampai lagi kat KL tu...aku ni bab-bab jalan KL memang fail la....tak reti langsung....harap kat GPS ja...kalau tak pakai sesat macam tu ja....So, pagi ahad tu, kami semua p la UniKL-MFI tu hantaq Akmal....dengaq taklimat apa patut...selesai semua dah tengahari dah...terus makan kat situ...
Then, kami semua pon tinggal la Akmal sorang-sorang kat UniKL-MFI tu, dah nama nak study kan...kena la tinggal...auni asek nak ikut paksu dia ja....rais plak kira nak main ja...tak larat nak kampoi....itulah gelagat ragam anak-anak nak membesaq....
kami semua pon gerak la dari KL ke penang dan ipoh...dipendekkan cerita, bila mak ayah afiq dan fiza sampai rumah kat penang, tengok-tengok rumah dah kena pecah !! kena pecah wei !! pintu kena kopek !!
buka ja lampu, tudiaaaaaa.....rumah macam sarang tikus ada tongkang pecah pon ada....memang bersepah terok...semua barang kena rembat....naseb baik moto tak kena rembat...sebab lock brake disc...handle dengan lubang kunci dah lingkop abeh dah....Masyaallah terok yang amat...





tudiaaaaa gambaq.....sakit hati aku tengok !! sekali dengan TV pon depa hangkut...hantu betoi !!
report polis ayah dan adik aku dah pi buat semua...geng polis dan forensik semua mai dok ambik cap jari dan gambaq...harap-harap lepas ni akan ada rondaan kat area rumah mak ayah aku tu....barang yang hilang tu memang tak dapat dah la...tapi, apa yang aku pentingkan adalah KESELAMATAN famili aku....selama 29 tahun famili aku duduk kat situ, inilah kali pertama kena pecah ! berani betoi sapa yang buat ni....memang *&^%$#@$@ betoi la !!

Semoga Allah memberi hidayah dan pedoman kat orang yang semua ni kat famili aku....semoga mendapat balasan yang sewajarnya....amin.

p/s :  tak tau nak kata apa dah !

Thursday, August 29, 2013

Gaya Terkini

New look : Amoi Auni....
Setelah sekian lama, rambut auni pon dah panjang....kini, rambut auni kembali pendek !!
sangat kiut miut uutt uutt uutt.....

next, rais plak...tapi rambut rais still pendek lagi.....

SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIAAAAAA KALI KE-56 !

MERDEKAAAAAAA !!

p/s : trip to keyyell is coming up....

Monday, August 19, 2013

Kaca !




'Cause I'm only a crack in this castle of glass
Hardly anything there for you to see
For you to see
For you to see


p/s : alam persekolahan kembali bersama tugasan yang lebih besaq lagi mencabaq !

Tuesday, August 13, 2013

Aidilfitri 2013

Ramadan berlalu....Syawal menjelma...
Masa berlalu dengan pantas. Semoga segala amalan sepanjang Ramadan diterima olehNya. 

Alhamdulillah, Syawal kali ini di sambut secara sederhana. aku bersama keluarga dapat merayakan Aidilfitri.
Auni Raudhah dan Adlan Rais gembira saja..main sana main sini...kutip duit raya sana kutip duit raya sini....hehe..walaupon, cuti wife aku amat terhad, dapat jugak la aku menziarah sanak saudara...sekejap kat sana sekejap kat sini...

raya tahun ini aku still tak dapat nak ambil gambaq satu keluarga..sebabnya aku pon taktau sebab apa aku tak dapat-dapat....aduhai ~~!

cuti sekolah kali agak panjang...2 minggu tu...dah tak larat nak cuti dah....hahaha....jenuh la nak bercinta nanti bila nak masuk keja balik.

auni dah nak masuk 3 tahun...rais plak dah nak masuk 9 bulan...macam-macam ragam aku tengok dua beradik ni...tak larat nak gelak dah dok melayan depa dua...syukur, Alhamdulillah.

sebenaqnya, semangat aku untuk berblogging dah semakin kelam...blog pon dah lama tak berupdate...malas tak ingat punya...2 bulan skali baru nak jengok lepas tu baru nak update...hahahahaha

semalam aku balik dari taiping ke ipoh pecah rekod dunia...3 jam baru sampai...selalu sejam ja dari taiping ke ipoh...jem terok tahap terok tahap sloth punya !

nasib baik tahap kesabaran aku tinggi...hahahaha...kalau tak, mau aku tidoq kat atas highway ja..

ok,  

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. BERMAAF-MAAFANLAH SESAMA KITA, INSYAALLAH.

tudiaa, dah raya ke-6 baru nak wish...takpa la kan...raya kan sebulan...ye dak?




p/s : 31hb ni nak p KL...dah berkurun aku tak p KL...jangan sesat dah la...

Friday, July 12, 2013

Ramadan Kareem

Ramadan kembali lagi dengan membawa keberkatan yang melimpah ruah.
Salam Ramadan 1434
hari ni dah masuk 3 Ramadan dah....
Selamat menunaikan ibadah dengan sesempurna mungkin, Insyaallah.

p/s : Alhamdulillah, impian yang dihajati telah tercapai.....masa untuk menghargainya.

Saturday, June 8, 2013

Wahai oh wahai



8 Jun 2013 merupakan hari yang istimewa khas buat isteriku.
Selamat Hari Lahir wahai isteriku intan payung intan permata berlian....yang ke berapa ni?
semoga dikurniakan kesihatan dan dipanjangkan usia olehNya..terima kasih kerana telah menjadi isteri dan ibu yang terbaik selama ini. Semoga hubungan ini kekal hingga ke jannah, Insyaallah.

auni raudhah dan adlan rais tersenyum riang.

p/s : selesai sudah aktiviti membuat kek batik bersama sepupu sepapat...hehehe

Monday, June 3, 2013

Rezeki

klik untuk tumbesaran

Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah di atas rezekiMU ini.

p/s : seminggu dah berlalu...ada lagi seminggu !

Wednesday, May 29, 2013

aku dan exam

rasanya dah lama aku tak melalut dalam blog cabuk aku ni kan. so, tetiba hari ni aku ada sikit semangat nak update..aku nak update la apa yang patut pasai hal hidup aku. walaupon, takdak orang yang berminat nak baca pon hal aku ni, aku tetap nak melalut jugak untuk kepuasan diri aku..

ok, firstly aku baru saja settle exam PPG USM selama 3 hari. exam kali ni, aku ambik 5 paper. semuanya 'taff' gila. memang terus terang la aku cakap, aku memang tak dapat nak follow sangat apa yang lecturer dok ajaq dalam kuliah. sebab susah gila !! aku ni dah la lama tak buka buku...jadi, paham-paham ja la kan...

Alhamdulillah, dapat la aku jawab exam kali ni. semua yang aku jawab tu aku takdak confident langsung. cuma harap lulus ja la...itu target utama aku, LULUS ! dan tamatkan pengajian aku ni. fizikal dan mental memang teruji...penat tu toksah dok kata la...memang dah. tunggu dan lihat ja la nanti result dia.
so, sekarang ni otak aku amatlah lega dan lapang....sebelum ni memang aku dok serabut pasai exam ni....syukur.

pada masa exam ni, rumah famili aku ada majlis perkahwinan adik aku. so, aku ulang alik balik rumah selepas exam....
majlis berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan. kagum aku tengok mak dan ayah aku yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ni. semangat mak ayah memang tak dapat disangkal lagi la. aku bersyukur pada Yang Maha Esa kerana mempunyai mak ayah terbaik di dunia. tak lupa juga pada semua ahli keluarga, sanak saudara yang sama-sama membantu menjayakan majlis.

kepada pengantin afiq dan fizah, abang ucapkan all the best !! cepat-cepat dapat baby yang cute macam auni dan rais....boleh jadi geng nanti...hehe

sekarang ni aku dalam mode cuti...sebab sekolah cuti dua minggu...makanya, jemputan kenduri memang banyak la...ramai member-member yang nak tamatkan zaman bujang...aku cuba sedaya upaya nak penuhi jemputan tu...

ok, dah panjang dah rasanya melalut aku kali ni.
sekian.

p/s : manusia tak dapat elak dari melakukan kesilapan. betoi kan?!

Tahniah adikku









Tanggal 19 Mei 2013, sahlah adik aku bertukaq status. dah jadi suami orang dah...

SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan kepada adikku Muhammad Afiq b. Kamarudin dan isteri.
Selamat menempuh alam baru dengan jayanya.

p/s : macam-macam ragam orang. tak paham aku dengan orang macam ni..hanya nampak salah orang, salah sendiri tak nampak !

Wednesday, May 1, 2013

Hidup aku !




semakin hari semakin membesaq anak-anakku....gumbira tak terkata rasanya hati ini....senantiasa mendoakan yang terbaek untuk anak-anakku....segala tekanan terungkai bila melihat gelagat mereka...
begitulah nikmatnya...tiada apa yang dapat menggantikan tempat mereka di dalam hidup aku.

dunia aku kini semakin mencabaq yang mana pelbagai kerja aku kena setelkan..kadang-kadang rasa macam nak menjerit sekuat hati....tapi apakan daya, kalau aku jerit pon bukannya boleh hilang dalam kepala otak aku pon....satu cara hanyalah aku kena senantiasa berfikiran positif yang mana aku mampu hadapi dengan tabah. walaupon ada satu ketika aku rasa aku macam tak mampu saja nak hadapi...mau tak mau kena redah jugak la...

bulan ni macam-macam aku kena hadapi...kuliah, tugasan, exam dan segala mak nenek la ceritanya....
di saat aku menaip ni, tugasan aku masih lagi bersepah-sepah tak buat lagi....buku pon tak baca lagi....perasaan aku kini dah tak se'excited' masa awal sambung study dulu. malas malas dan malas....segalanya malas....oh, mengapa !!

tugas di sekolah semakin mencabaq dah...pelbagai ragam murid-murid...kadang-kadang tu parents pon sama naik jugak ragam dia..mengalahkan murid tu sendiri....entah la...senang sangat nak persalahkan cikgu ni....tak paham aku...setiap manusia pasti ada kelemahan kan....aku pasrah !

ok cukup dengan madah berhelah aku ni....hahahahaha

esok aku bercuti...yakni HARI PEKERJA...LABOUR DAY...1 MEI 2013 !

selamat bercuti la kepada aku....5 Mei semakin hampir...tarikh keramat tu...semua orang pakat dok kecoh dengan date tu...

semoga Malaysia kekal aman dan makmur...itu saja harapan aku !

p/s : aku suka 'Just give me a reason' dan 'harus terpisah'. sekian, tq



Wednesday, April 10, 2013

kakak dan adik



"kakak auni" bersama "adik rais"

tiada apa yang paling bahagia melainkan melihat anak-anakku membesar....

p/s : assignment USM satu pon tak sentuh lagi....banyak pulak tu ! jemmmm !!

Thursday, March 21, 2013

So cantik !


Semua orang mempunyai kecantikan yang tersendiri........
Auni..Rais .....you're so beautiful....

p/s : kerja semakin menimbun !!

Sunday, March 3, 2013

Macam-macam

sekarang ni dah masuk bulan Mac, makna kata agak lama la jugak aku dah mula kerja....kerja yang menjengah, menanti, meluru kat aku amat banyak....walaupun begitu, aku masih seperti dulu...terpinga-pinga...terlalu banyak perkara yang bermain-main dalam kepala otak aku ni....serabut jugak !

dunia pun sekarang ni macam-macam dok berlaku, khususnya dalam Malaysia la....macam-macam isu yang timbul...lepas satu jengoi satu....sampai kadang-kadang tu menyentuh sensitiviti orang lain....aku tak suka sangat hal-hal macam ni....secara tidak langsung memecah-belahkan keamanan Malaysia tercinta.

entah la.....aku pun tak faham.....aku??? aku pulak hanya mengambil langkah berdiam diri saja....bagi aku itulah tindakan yang paling baik....

yang aku tahu aku bersyukur dengan kehidupan aku sekarang ni......
PadaMu Ya Allah aku memohon kesejahteraan dan kelancaran perjalanan hidupku ini...Amin.

p/s : Alam USM dah tak lama lagi nak serang aku !!! arrrggghhhh......

Friday, February 22, 2013

cucuk lagi

saya tengah tidoq tadi.bukak mata saja, ada orang snap gambaq saya !!
minggu depan hari Isnin..Adlan Rais nak kena pi klinik...nak kena cucuk untuk 3 bulan.
weeeeeeee !!

sekian, terima kasih.

p/s : update paling pendek pernah aku buat...hahahaha

Thursday, February 21, 2013

Terkini !!

selamat kembali ke medan pertempuran kepada aku !




still mencari mood untuk kembali menjadi pelajar tua !!

p/s : IRIS 2 is coming back ! cool !!

Wednesday, February 13, 2013

2013

Assalamualaikum w.b.t

apa kabaq semua? harap-harap sihat la hendaknya....tudia dah nak masuk sebulan dah tak ter'update-update' laman sesawang aku ni.....memang sawang ! hahahahaha
la ni dah masuk tengah bulan 2 yakni februari...apa yang aku nak update kat sini pasai kerja aku, sebab untuk tahun 2013 ni aku tak sentuh lagi pon...tugas aku kali ni bertambah mencabaq, sebab apa? sebabnya, kali ni aku kena mengajaq 4 kelas subjek matematik...bagi aku berat la sebab 4 kelas sekali aku kena pegang...sebelum-sebelum ni 3 kelas ja...di samping matematik, aku ada jugak 1 kelas PJK...makna kata jumlah waktu aku tahun 2013 ni = 27 waktu saja which is bagi aku agak ok la...sebab tahun lepas aku kena 32 waktu....syukur. walaupon waktu aku tahun ni sikit, tapi penangan dia memang berapi la...sebab matematik tahun 1 aku ngajaq 2 kelas, tahun 3 pon 2 kelas....PJK pulak tahun 3....tahun 1 seperti sedia maklom memang la mencabaq fizikal dan mental aku.....'kesabaran' merupakan kunci utama bila nak mengajaq budak-budak tahun 1 ni.....aku masih lagi dalam keadaan standby mode yang mana aku rasa aku memerlukan sedikit masa lagi nak dapat rentak bila mengajaq depa-depa ni....untuk tahun 3 tu, aku rasa takdak masalah besaq sangat kot sebab depa ni dah kenal aku dan aku jugak kenal depa ni....
tapi kan....apa yang rasa tahun ni satu ja, walaupon waktu mengajaq aku macam sikit tapi aku rasa takdak free langsung.....ntah la sebab apa aku jadi macam tu???!!
ok cukup la takat tu dulu...nanti aku sambung lain plak.....

masuk bab anak aku pulak....Adlan Rais dah pandai bersembang dah la ni....pantang ajak bersembang, kompom meriah punya Rais sembang.....keep it up, my son !!
Auni Raudhah pulak macam besa dah mula menunjukkan identiti seorang kakak.....i'm so proud of you !!
Jadilah insan yang mampu membuatkan ibubapamu tersenyum lebaq, oh anak-anakku !

last sekali, aku baru ja habis tengok drama korea...aku ni dulunya memang peminat drama korea, dah lama dah tak tengok drama....seminggu ja aku layan perabih drama tu...tajuk dia I MISS YOU...syok woooo !!

nah, layan ni....



p/s : UCL kembali lagi....jom layan sampai lebam...hahahaha

Friday, January 25, 2013

Kagum





Auni Raudhah seronok dengan jam 'angry birds'.....setiap masa pakai....time tidoq pon pakai....kalau bukak ja, mesti pi cari punya....
satu lagi, bila tanya ja pukul berapa jam tu...jawapan Auni sangat bernas, "sebelas kot !" hahahahaha

Auni oh Auni......

p/s : letih tak habis lagi ni....rasa macam nak tidoq ja....tapi tak tidoq-tidoq pon.....jem !

Sunday, January 20, 2013

Alam


"...Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang......"

"Korupsi,opresi,obsesi diri
Polusi,depressi,di bumi,kini !!!"

Dunia hari ini semakin rosak ??!!
 
aku amat meminati lagu ini sejak azali lagi......

p/s :  ada beberapa misi yang masih lagi tertangguh....harap-harap dapat menyelesaikannya...

Friday, January 18, 2013

Indah

control ayu dan kacak.....





Selamat hari lahir buat Adlan Rais....yang ke 2 bulan......hahahaha....
Selamat hari Jumaat buat Auni Raudhah......

senyum senyum selalu.......baru la bahagia....Insyaallah

p/s : hari ini kena p sekolah awai lagi sebab ada meeting Disiplin plak.....hahahahahaharuuuuu !!

Tuesday, January 8, 2013

The Oranges




gambaq ni dah lama sebenaqnya....baru nak upload dalam blog aku ni....
time ni kami bertiga lagi sebab rais still dalam perut ibu.....so, gambaq rais takdak la dalam ni.....
tema warna oren masa ni....dinner hujung tahun sekolah aku kat Impiana Hotel, Ipoh.

walaupon dah lapok....tapi aku tetap nak letak gambaq ni sebab aku suka ! yeaaaaaaayyy !!

terima kasih kepada tukang gambaq hebat, Mr.edy !

p/s : layan The Hobbit sat.....layaaaaan....

Saturday, January 5, 2013

pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru...tahun 2013 !
cabaran baru pon bermula, moga-moga dapat aku laksanakan sebaik mungkin....
Adlan Rais pon dah masuk sebulan lebih dah usia....semakin membesar dan terus membesar....jadilah anak yang soleh kelak....tak lupa juga kepada 'kak long' Auni Raudhah yang semakin cerdik dan mampu berdikari....syukur dengan segala pemberian dari Yang Maha Esa...

tugas di sekolah pon dah bermula....awal-awal ni aku masih mencari rentak untuk kembali ke arena pendidikan.....beban semakin bertambah....cabaran semakin getir....fuuhh, hanya Allah saja yang tahu betapa sukar dan payahnya cabaran pendidik ini.....kekuatan amat diperlukan ketika ini.....
Insyaallah, aku mampu lakukannya walaupon sedikit demi sedikit.....

Selamat Tahun Baru 2013, jadikan tahun ini tahun yang gemilang bagi aku ! amin.


p/s : esok macam biasa kena pi sekolah...ada LADAP !