mcm2

Tuesday, August 13, 2013

Aidilfitri 2013

Ramadan berlalu....Syawal menjelma...
Masa berlalu dengan pantas. Semoga segala amalan sepanjang Ramadan diterima olehNya. 

Alhamdulillah, Syawal kali ini di sambut secara sederhana. aku bersama keluarga dapat merayakan Aidilfitri.
Auni Raudhah dan Adlan Rais gembira saja..main sana main sini...kutip duit raya sana kutip duit raya sini....hehe..walaupon, cuti wife aku amat terhad, dapat jugak la aku menziarah sanak saudara...sekejap kat sana sekejap kat sini...

raya tahun ini aku still tak dapat nak ambil gambaq satu keluarga..sebabnya aku pon taktau sebab apa aku tak dapat-dapat....aduhai ~~!

cuti sekolah kali agak panjang...2 minggu tu...dah tak larat nak cuti dah....hahaha....jenuh la nak bercinta nanti bila nak masuk keja balik.

auni dah nak masuk 3 tahun...rais plak dah nak masuk 9 bulan...macam-macam ragam aku tengok dua beradik ni...tak larat nak gelak dah dok melayan depa dua...syukur, Alhamdulillah.

sebenaqnya, semangat aku untuk berblogging dah semakin kelam...blog pon dah lama tak berupdate...malas tak ingat punya...2 bulan skali baru nak jengok lepas tu baru nak update...hahahahaha

semalam aku balik dari taiping ke ipoh pecah rekod dunia...3 jam baru sampai...selalu sejam ja dari taiping ke ipoh...jem terok tahap terok tahap sloth punya !

nasib baik tahap kesabaran aku tinggi...hahahaha...kalau tak, mau aku tidoq kat atas highway ja..

ok,  

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. BERMAAF-MAAFANLAH SESAMA KITA, INSYAALLAH.

tudiaa, dah raya ke-6 baru nak wish...takpa la kan...raya kan sebulan...ye dak?




p/s : 31hb ni nak p KL...dah berkurun aku tak p KL...jangan sesat dah la...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

FaZiLa said...

Salam aidilfitri kawan... Samalah kita tak smpat mana nk update belogggg ni haaaa.. Ada jek alasan kan hehehe..

tayar soton said...

salam aidilfitri jugak untuk anda sefamili....alasan macam2 kan...

weeeee ~~!