mcm2

Tuesday, May 17, 2011

selamat

tahun ni merupakan tahun ke-2 aku sambut kat SK Pengkalan Pegoh, Lahat, Ipoh..

hari ini seluruh Malaysia sibuk sambut hari Guru yang ke-40.
termasuklah aku...aku pon kena sambut..walaupon, bagi aku hari guru biasa saja...pi sekolah just makan jamuan, baca perutusan, nyanyi lagu "membantuuuuu, membinaaaaa....", tukaq hadiah..itu saja....nothing different...haha
tapi aku tetap bersyukur kerana aku telah ditentukan oleh Allah untuk menjadi seorang pendidik. yang mana sering kali menjadi bahan PANAS kalau berkaitan dengan budak-budak ni.
ops, ter'serious' la plak...
tak mau...tak mau macam tu...
mode serious bertukaq kepada hepi sikit...
hari ni aku pi sekolah dengan busana baru, a.k.a baju batik...hari ni kira sejarah la bagi aku.. selama aku mengajaq 7 tahun, tak pernah aku pakai baju batik..hari ni pakai..peeergghhhh, tampan bergaya gila aku...memang tak boleh blah la..
secara ringkasnya..
1. hari ni makan free. memang sedap. kek paling lazat.tq uncle kames.
2. kena baca perutusan Hari Guru...3 minit setel...haha
3. tukaq-tukaq hadiah..aku dapat hadiah tapi sampai sekarang ni belum bukak..
4. ada 4 orang murid bagi kat aku hadiah...3 orang bagi kad ucapan...sayang jugak depa kat aku walaupon dok kena maki tiap-tiap hari...haha
5. pakaian smart tak ingat. sampai waktu PJ pon tak jadi pi padang..budak-budak frust menonggeng tak PJ...kesian !
6. balik rumah lapaq balik.
7. kepala serabut, assignment USM bersepah-sepah. adoi.jem.punggaaaah !

tula serba sedikit rangkuman hari guru aku tahun ni..

disini aku nak mengucapkan | SELAMAT HARI GURU : GURU 'TRANSFORMERS DARK OF THE MOON' NEGARA | kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus mengajaq menjadi aku seorang 'manusia' ...terutama sekali di :

Tadika KEMAS, Tasek Gelugor
SK Tasek Gelugor, Penang
SMKA Al-Mashoor (L), Penang
UiTM Arau, Perlis
MPPP, Perlis

dan jugak tempat aku pernah menabur bakti..

SK Haji Nyak Gam, Yan, Kedah
SK Padang Melangit, Perlis
SK Taman Rinting (2), JB [ini la tempat yang penoh dengan memory pahit manis tawaq kelat segala-galanya]
SK Pahit, Gerik, Perak [manis saja walaupon nama dia pahit]
SK Pengkalan Pegoh, Ipoh [tak tau la sampai bila kat sini....]

p/s : dok berharap pengumuman yang gempak dari Menteri..last-last, habok pon tarak ! cehh..

No comments: