sorotan mingguan kembali lagi..
untuk kali ni, aku rasa nak pendekkan saja...pasai mood untuk menaip agak kurang..
tapi apa yang pasti, hujung minggu ni amatlah memeritkan...
pertama
1. belajaq
kuliah USM aku yang kedua berlangsung. Ternyata jangkaan aku tepat yakni apabila masuk ke kuliah, 'first thing' yang dapat tak lain tak bukan tugasan...'dat mean' aku dah ada 8 tugasan... apa? 8?!! ya....8 wahai tuan-tuan dan puan-puan...teramat la banyak...dikala masa semakin suntuk...yang mana semua itu akan disubmitkan pada atau sebelum 21 Mei 2011...bermakna aku ada lagi 19 hari lagi untuk menyiapkan segala-galanya...oh tidak ! satu pon aku belum mula...baca soalan dah banyak kali dah...tapi still tak paham-paham...menyesal aku 'sign' borang kuning itu...pasrah lagi blur....mau tak mau aku kena la buat jugak...demi masa depan yang lebih cerah...
kedua
2. balik kampung halaman yang terchenta...'sekgoq' !
memandangkan ma'am aku pon cuti, apakata aku pulang ke kampung bersempena dengan cuti yang agak lama ni...3 hari...jumaat malam aku gerak dari ipoh..sabtu aku pi kuliah USM sehari suntuk...ahad plak aku pi kenduri sahabat aku...dan jugak jiran aku...petang ahad, aku kembali ke ipoh...kerana ma'am keja malam...hari isnin merupakan hari 'melangut' dalam rumah sambil mengemas apa yang patut...
ketiga
3. tokey sayur-sayuran.
cerita ni agak lawak bagi aku..kisahnya bermula semasa aku otw nak balik penang jumaat malam tu..time tu, aku berhenti sat beli burger sebab lapaq tak dak dah...tetiba, henset cap ayam aku berbunyi sms masuk..tengok-tengok abang joe hensem sms, dia kata nak bagi aku barang sikit. aku pon ON ja la pasai ada orang nak barang kat aku..bukan senang tu..pertemuan kami di petronas Megoplex, ipoh...sampai ja, abang joe pon bukak 'bonet' keta dia...tudiaaaa, mak dato' punya la belambak sayoq...terung, kobis, cabai hat besaq yang selalu ada dalam pizza, jambu apa tak tau, tembikai susu cameron, pokok kesihatan etc...abang joe bagi aku semua...penoh keta aku...dia kata balik rumah sedekah kat orang kampung...so, apa lagi...aku pon serahkan tugas ni kat mak aku ...mak aku yang dok 'bedak' semua sayoq-sayoq tu...memang banyak la, sampai ayah kata "ni kalau meniaga kat pasar tani pon ok ni !"...hahaha...
4. gumboil
time aku dok taip ni pon dok rasa sakit...jem betoi...aku rasa aku start sakit ni hari khamis minggu lepas..lama dah...tak selesa rasanya..makan ubat pon sat saja hilang sakit...lepas tu, bedenyut balik....ops ! lupa plak aku nak bagitau apa benda gumboil tuh..gusi bengkak la...aku jadi kat gigi geraham hujung tu, gusi bengkak..pulak tu dia tangkap sakit gigi plak...memang cukup pakej la..nak makan pon susah...satgi nak kena pi farmasi pulak, nak cari ubat pasai ubat yang lama dah nak habis...ayah dengan member aku kata punca jadi macam tu pasai cuaca yang dok panas la ni...badan panas kot dalam, tu yang jadi gusi bengkak tu...
5. cuti
cuti 3 hari amat singkat aku rasa...tengok-tengok esok dah nak kembali ke sekolah dah...otak dok pening dengan keja betimbun-timbun...apa-apa pun, SELAMAT HARI PEKERJA 2011 aku ucapkan kepada semua yang sudah bekerja...tak kira kat mana pon...manfaatkan cuti anda sebaik mungkin...ada yang kawen, ada yang tunang, ada yang dating, ada yang dok rumah saja...macam-macam la boleh buat kan...
6. stevia
dalam banyak sayoq yang aku dapat, yang ni paling aku suka...nama dia pokok 'stevia'. pokok ni yang mana daun dia manis macam gula...kalau bancuh ayaq teh ka kopi ka boh dia dah cukup dah...tak payah boh gula lagi dah...baru ja masuk Majalah 3 sabtu malam lepas...
aku nak tanam pokok ni sampai dia besaq macam pokok balak la...boleh?
sekian, terima kasih.
p/s : baru lepas mengemas tanaman 'sekangkang kera' ....fuuhhh, nikmat !
No comments:
Post a Comment