selamat pagi aku ucapkan kepada anda yang sedang berjaga lagi pada ketika ini.
di sini, aku ada sikit la rasa beban nak bagitau kat hampa semua. tu pon kalau hampa nak tau la kan...tapi hampa kena la baca ...
beban yang dok menimpa aku ni pasai post mortem dan minit mesyuarat LINUS ni..hari jumaat ni aku dah nak kena submit kat PPD..aku habuk pon aku belum prepare..
pasaiapa yang aku tak buat lagi?! hmmm...pasaiapa lagi kalau bukan dok kalut mark paper budak baru lepas exam..paper bertimbun-timbun..sampai juling la mata aku ni abaq hampa..tapi nak buat lagu mana, dah keja kan...kena la buat jugak. tapi yang menjadi masalah aku ni, keja tu sekali mai tudiaaa, belambak-lambak. sampai tak tau nak buat yang mana satu !
mark paper, hantar report, key-in markah online, LINUS etc...hadoi !
"tula ang, sapa suruh ang nak jadi cikgu sangat....la ni padan muka ang, baru barakai !
ang tu dah la jenis takleh nak handle keja banyak dalam satu masa.."
tudiaa, baek punya kena sound dengan diri sendiri..tawakkal ja la nampaknya aku kali ni..
cuba siapkan mana yang rasa mampu...kalau tak mampu tu, aku lambat la sikit nak buat..
cikgu..cikgu...keja dah macam-macam kena buat..doktor ada, kerani ada, babysitter pon ada..pelbagai la tugas cikgu ni..semua dalam satu ..
keluhan ni aku tujukan kepada diri aku la..bukannya nak hentam sapa-sapa..
so, jangan pulak dah baca keluhan aku ni pakat nak saman aku..jem la macam tu...
aku ni bukannya jutawan ka tokey balak ka apa ka..aku ni cikgu lekeh ja..
hampa paham-paham ja la ...
setakat tu ja la kot keluhan aku ni..bila aku dok menaip ni sekurang-kurangnya hilang la sikit rasa stress tu buat seketika..sat pon jadi la dari tak hilang langsung.
sekian, terima kasih.
p/s : tak sabaq aku nak tunggu 'announcement' bulan depan ni..pasai minyak..depa kata RON95 nak naik harga...cayalah..lepas ni, aku kayuh gerek la habaq hampa...haha
No comments:
Post a Comment