mcm2

Saturday, May 21, 2011

Ajaib !

oh..penat sungguh badanku ini.
walaupun begitu, tetapku gagahi juga.
diriku ini baru saja sampai Ipoh dari Penang...setelah seharian berada di sana demi ilmu yang dikejar.seperti biasa pelbagai kejadian yang amat menggelikan hati dan kurang menyenangkan berlaku tanpa disangka.sehinggakan tak dapat disampaikan dengan kata-kata. Apa yang dapatku gambarkan hanyalah mampu tersenyum dan kecewa bila memikirkan kembali kejadian pada hari ini.
Tapi cerita itu akanku huraikan kelak kerana pada ketika ini apa yang inginku coretkan ialah peristiwa pada Jumaat malam Sabtu. yang mana sekolahku telah mengadakan makan malam sempena hari guru 2011 di teratak keramat SKPPL..tak banyak yang dapatku khabarkan kerana plot ceritanya masih lagi sama dengan makan malam yang selalu dihadiri.
persembahan yang agak gempak, guru-guru yang sporting habis, makan-makan yang ala-ala ok gitu..
cuma apa yang luar biasanya ialah diriku ini telah berjaya mendapat 'cabutan bertuah' ...betapa kagumnya rasa..bayangkanlah setelah hampir 7 tahun berkhidmat sebagai pendidik, inilah kali pertama diriku amat bertuah mendapat cabutan bertuah...tuahnya !
terima kasih kepada semua yang menjayakan Majlis Makan Malam Hari Guru 2011 SKPPL.
Guru 'Transformers Dark Of The Moon' Negara !

Hidup satay !

p/s : still kecewa kerana assignment SAHSIAH kena reject !

No comments: