mcm2

Monday, May 9, 2011

Cuba Jaya

semalam mood rajin aku tetiba mai...aku pon tak tau sebab apa jadi macam tu
semalam aku mencuba menjadi chef..membuat kek..
kek apa?! kek batik la...kek yang menjadi kegilaan aku sejak azali..
awal-awal pagi, aku dah 'call' mak aku...tanya resipi nak buat..
mak aku pon memberi segala bagai kaedah membuatnya..
so, aku pon ke TF, Batu Gajah membeli bahan-bahan yang diperlukan.
ni resipi dia, memang senang sangat-sangat kalau hampa nak buat sama.

Kek Batik Sekgoq

Bahan-bahan
6 biji teloq
1 buttercup
1 cawan milo
1 tin susu pekat
1 kati biskut marie [kalau ada jual yang timbang la, kalau takdak hampa beli marie packet punya]
3 sudu besaq serbok koko

Cara-cara nak buat
1. Pukul teloq sampai kembang.
2. Campoqkan milo, serbok koko, susu pekat dalam periuk bersama dengan 2 tin air suam. Sukatan air suam tu hampa guna tin susu pekat yang tadi tu. Mudah ja kan.
3. Gaulkan sampai sebati. Lepaih tu, boh buttercup seketoi besaq tu sekali dengan teloq tadi. Then, masak ataih dapoq. Api mesti kecik...jangan dok besaq-besaq sangat...kang hangit plak...haha
4. Hampa kena kacau sentiasa supaya dia takdak kerak. Nanti tak jadi, padan muka hampa.
5. Masak sampai pekat. Bila dah pekat, tutup api.
6. Masukkan biskut marie[yang telah dipatah-patahkan] dalam masakan tadi. Kemudian, gaulkan sampai sebati.
7. Last skali, masukkan dalam loyang. Tekan-tekan sikit supaya kek tu padat.
8. Dah setel, letak atas meja bagi sejuk sikit.
9. Dah sejuk, boh la kek tu dalam peti ais kasi sejuk 'gedi'...
10. Boleh makan tanpa ragu.

Sekian.

p/s : sedap weh kek ni...sapa yang pernah rasa..eloklah hampa pi try..Thanx mak !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: