mcm2

Saturday, May 28, 2011

cuti bermula, kerja still tak mula

Dengan ini, diumumkan bahawa hari ni secara rasminya bermula cuti persekolahan selama 2 minggu. Namun begitu, fikiran aku masih lagi tak aman malahan semakin pening memikirkan segala bagai isu dan masalah duniawi. Dapatkah aku mengatasinya? Soalan ini amat sukar untuk dijawab kerana memerlukan kerahan keringat yang amat tinggi. Aku sedaya upaya cuba mententeramkan diri sendiri dengan mengatakan semua itu pasti dapat diatasi dengan izin Yang Maha Esa, Insyaallah..apa yang perlu dari aku hanyalah usaha untuk menyelesaikannya.
tudiaaa aih ayat, berbelit-belit ...pening aku nak faham...
skema semacam la pulak..takpa...bukan selalu boleh macam ni...
ok la..kembali ke mode asal...
sebelum apa-apa pon, aku ingin merakamkan sekalung tahniah kepada guru-guru di luar sana kerana dapat merasai percutian yang agak lama jugak...2 minggu...kira sakan jugak ni...nak pi merata pon boleh ni...aku pulak, plan nak pulang ke penang...kerana sahabat baik aku nak kawen..tahniah la untuk Mr. Pejai Aladdin...bertuah anda dapat berkawen...semoga kekal bahagia selama-lamanya...
selain tu, Mr. Rumet a.k.a Ihsan pon kawen jugak kat pendang..yang tu memang aku plan nak pi ...lagipon, boleh la aku singgah rumah makteh aku ...tengok Mardina Saffiya...dah nak masuk dua bulan dah...kompom kiut miut macam PAMA dia...
memang banyak la jugak plan aku untuk cuti sekolah ni..tapi aku kesian kat ma'am aku pasal dia cuti pendek saja..lebih kurang 3 hari...so, dalam time cuti dia tu la nak pi mana-mana pon..kalau dah keja susah dah...
boleh nak dikatakan cuti ni aku bakal menjadi Mr. Mama...dikala aku dok menaip ni pon, auni dok berguling-guling sebelah aku ni...dah tak reti dok diam dah auni la ni...dah nak merangkak la katakan...bunga-bunga nak 'buas' tu dah nampak sikit-sikit dah...jenoh la nak kampoi nanti..
apa-apa pon, aku hepy tengok auni...rasa serabut dalam kepala ni kurang teroih !
auni....auni....we love u !
hmmm..apa lagi aku nak cerita haaa....sat-sat nak pikiaq....ada lagi rasa-rasa ni...
haaaaaa, baru aku teringat...hari selasa bersamaan 31hb Mei 2011, aku dapat surat kena pi bengkel LINUS la pulak kat SK Seri Kinta, Ipoh...sehari ja...aku pon tak tau sekolah tu kat mana...member cakap dekat dengan GM ja..tapi yang menjadi masalahnya ialah masa yang lama dan item-item yang depa suruh bawak pi sana...masa tu start 8am sampai la 5pm...tudiaa, jenoh berakaq la aku kat sana nanti...silap-silap mau pi lepak kat GM dulu kot...haha
satu lagi yang aku rasa membebankan barang yang depa suruh bawak...gunting, kad manila, kulit kerang, siput...macam-macam la...haru betoi...macam nak pi picnic ja pon...jem !
tugasan USM pon bersepah-sepah tak buat lagi...18hb dah nak kena submit...adoi la...tak tau nak mula yang mana dulu...tawakkal ja la aku kali ni..
ok la, aku rasa yang berjela dah aku dok berletiaq kat sini...kang aku sendiri pon cemuih...

p/s : sedang membina blog untuk tugasan USM..blog yang diberi nama "Semudah 1 2 3.."

No comments: