mcm2

Thursday, March 12, 2009

sedikit info

Sempena dgn Hari Buah Pinggang Sedunia ni...aku nk bg sdkt info utk makluman korg sume...
Fakta Yang Perlu Anda Tahu......
Masalah Buah Pinggang

Buah pinggang merupakan organ yang amat penting dalam sistem badan seorang manusia. Selepas otak dan jantung yang berfungsi untuk membolehkan manusia terus hidup,manusia bergantung kepada buah pinggang dalam menjamin kehidupan yang lebih sempurna. Ini kerana buah pinggang amat penting terutamanya dalam mengawal kandungan air di dalam badan seorang manusia. Dalam artikel pada kali ini,saya mengambil maklumat dalam internet demi mengkaji simptom atau lebih mudah kita melihat tanda-tanda yang berkemungkinan besar disebabkan oleh kerosakan buah pinggang dan salur pencernaan bagi manusia. Terdapat beberapa tanda yang boleh dikenalpasti dalam menentukan perkara ini.Antaranya ialah kelesuan,muntah-muntah dan gatal-gatal pada bahagian kulit.Keadaan ini biasanya terjadi pada seseorang yang mengalami kegagalan buah pinggang. Tanda-tanda ini hasil daripada pengumpula bahan buangan metabolisma badan termasuk asid yang mana buah pinggang gagal untuk mengkumuhnya.Kelesuan mungkin berpunca daripada pengurangan penghasilan sel darah merah;sering berlaku dalam kegagalan buah pinggang di tahap yang kronik. Selain itu,pembengkakan terhasil daripada pengumpulan cecair dalam tissu (edema).Pembengkakan ini menyebabkan penambahan berat badan.Kebiasaannya,pembengkakan berlaku pada bahagin buku lali dan kaki,tetapi boleh juga berlakupada bahagian abdomen, bahagian belakang badan (bawah), tangan dan muka. Pembengkakan juga boleh berlaku disebabkan masalah buah pinggang yang menyebabkan kehilangan kandungan protin yang tinggi(terutamanya albumin) dalam air kencing(nefrotik sindrom).


kerosakan total??

Seseorang itu juga akan menghadapi masalah dalam membuang air kencing.Kebanyakan manusia membuang air kencing 4-5 kali sehari dan kebiasaannya pada waktu siang.Secara normal,orang dewasa membuang air kencing 3-6 cawan air kencing dalam sehari manakala bayi membuang air kncing dalam 1 cawan air sehari.Apabila kandungan gula dalam badan terlalu tinggi,seseorang akan lebih kerap membuang air kencing dan sebaliknya.Penghasilan air kencing yang terlalu banyak adalah tindakbalas daripada kandungan gula(glukose) yang tinggi dalam darah(seperti dalam diabetis mellitus), atau disebabkan buah pinggang yang kurang bertindakbalas terhadap hormon antidiuretic(nefrogenik diabetis insipidus).
Secara umumnya, buah pinggang amat penting terutama dalam membantu mengawal tahap metabolisma badan.Kadar pemakanan yang sihat dan jumlah yang betul amat membantu dalam menjaga kesihatan buah pinggang.Anda juga disarankan menjalani pemeriksaan air kencing di klinik-klinik atau hospital-hospital yang bertauliah untuk mengetahui tahap kesihatan buah pinggang anda.


Mencegah itu lebih baik daripada mengubati...

No comments: