Cuba korg sume hayati pujangga ni...mgkin memberi byk makna dlm kehidupan korg...
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar
Berpeganglah kepada tiga R
Rasa hormat pada diri sendiri;
Rasa hormat kepada orang lain;
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar
Ada ketikanya anda perlu bersendirian
hrp2 korg dpt hayati ape yg dimaksudkan dgn pujangga ni k...
garY+patricK=cHomeL
3 comments:
wahahaha ada blog dah..nk ngutuk baru bess heeee
p/s sori komen xdak kena mngena ngan entry anda huhu
nak bagitahu kamu, saya dh jadi follower. terima kasih.
hehe...tQ
Post a Comment