mcm2

Wednesday, March 11, 2009

oh kambinG~~


Ini ialah diantara beberapa `scene' yang tertinggal dari cerita Ahmad Albab. Kisah sebelum Syawal berkahwin.

Temubual seorang pemuda dengan Syawal si gembala kambing biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya
beberapa soalan tak?
Syawal : Boleh la boleh la ..
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Syawal : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih.
Syawal : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Syawal : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Syawal : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Syawal : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Syawal : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Syawal : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Syawal : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Syawal : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan
semuanya sama aje?
Syawal : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Syawal : Yang hitam pun sama....
Pemuda : Arghhh... tensionyaaa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: