mcm2

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

tiada sudah !

selamat hari Ahad yang indah buat tatapan anda semua.

hari ini, kehidupan saya dalam mode : mute !
ini semua berlaku selepas beberapa kejadian semalam...yang kebanyakannya berunsur 'lawak pening'. Semalam saya sekali lagi ke USM, Penang demi sesuap ilmu. tudiaaaaa, dah macam sesuap nasi dah saya baca. hentam saja labu. Saya bergerak ke Penang dari Ipoh seramai 4 orang. So, pergerakan kami bermula seawal jam 530am yang mana saya bertindak selaku pemandu merangkap 'driver' yang berhemah. Pergerakan kami berjalan lancar. Lebih kurang jam 640am, kami berhenti seketika di RnR Bukit Gantang untuk solat dan pengurusan diri seperti kin-ching, bey-rok dan macam-macam lagi. ekekekeke.....time ni, saya punya peti suara pon dah tak berapa nak ok dah. dah persis Ramli Sirap dah yakni sepupu menakan kepada Ramli Sarip. Memang rock parang la time ni kalau anda semua dengar suara saya. fuh, memikat kalbu. Nak dijadikan cerita 'lawak', betoi-betoi kat Tol Juru...time nak bayar tol, tiket plak boleh hilang. Adoi ! Habis riuh rendah dalam kereta pakat kalut dok cari tiket mana?!..kelam kabut dok cari seluruh kereta, siap tarik 'handbrake' terus..haha...amat lawak keadaan pada ketika itu..hanya orang terlibat saja akan memahaminya. Akhirnya, masalah itu dapat diselesaikan kerana tiket terselit kat tepi seat. jem betoi !
Pukul 805am, kami sampai dengan selamatnya di USM, Penang. Alhamdullilah..tapi yang tak bestnya, perut saya pada ketika bergelora bak mesin basuh yang sedang berfungsi yang mana bunyi-bunyian yang terhasil amat menggerunkan. Ini menandakan betapa laparnya saya pada ketika itu. So, kuliah saya sampai malam iaitu pukul 745pm. Lamakan? Itulah pengorbanan seorang pelajar 'tua' demi mendapatkan sesuap ilmu dan segulung ijazah. Amat memeritkan..haha..
Pada ketika nak balik ipoh, peti suara saya tak dapat berfungsi terus. Saya menjadi bahan jenaka kepada rakan-rakan sekuliah.haha...syok hampa nooh mengata saya! nak nyanyi lagu "Seasons In The Sun" pon tak dapat.suara tak keluar langsung.

fuh, perjalanan kehidupana semalam merupakan pengalaman yang amat menarik bagi saya..pasti saya tak dapat melupakannya..
mana la diary saya ini...nak tulis dalam tuh...haha
Mode hari ni MUTE..just bahasa isyarat saja. kesian kan?!

p/s : sakit gusi still mengganas..ditambahkan lagi dengan batuk sehingga tiada suara..mantap. full-package yang hebat ! ubat oh ubat.

Tuesday, April 26, 2011

tak sihat

mood aku hari ni ialah mandom...yakni tak larat...
sebab apa aku tak larat...sebab aku tak sihat...demam 'kura-kura' melanda...
aku rasa badan start jadi macamni awal pagi semalam...time tu aku terjaga nak tengok bola 'city vs blackburn'...badan aku menggigil semacam ja...seram-seram sejuk...bila aku terjaga ja, terus aku capai selimut...tak pernah lagi aku jadi macamni...lain macam ja menggigil...
aku rasa memang tak larat tersangat-sangat, sampaikan aku rasa macam nak mc ja hari ni...tapi lepas aku telan ubat, aku rasa macam ok plak...aku pon pi la sekolah...
dah sampai sekolah, aku dah rasa lain macam dah...badan lunyai rasanya...nak mengajaq pon tak syok ja...suara pon slow sampai budak-budak pelik tengok aku...
last sekali, aku betoi-betoi rasa tak mampu dah nak mengajaq...aku pon pi jumpa PK Petang aku...mintak izin nak balik...PK aku ON saja...so, pukul 430pm aku balik rumah...
sampai rumah ja, aku telan ubat lagi...bungkus habis satu badan bagai ....nak bagi badan berpeluh...
sekarang ni, aku rasa ok la sikit...sikit saja...tapi kepala sakit sangat ni...penoh dah 'salonpas' aku tempek kat tengkok aku ni...nak bagi kurang rasa sakit kepala...
fuuhhh, memang seksa la rasa macamni...nak buat kerja apa pon tak best....rasa malas ja...
moga-moga esok aku kembali sihat...insyaallah...telan ubat lagi tadi...

p/s : sakit ni penghapus dosa-dosa kecil kita...

Wednesday, April 13, 2011

tak selesa

dua hari lepas, badan aku ni rasa tak sedap ja..sebab utama adalah aku sakit kepala yang sangat-sangat...rasa macam nak pecah kepala ...
sebelum ni pernah jadi jugak, tapi takla seteruk ni...sampai ramai yang dok kata aku kena 'high blood pressure' a.k.a darah tinggi...ish, takkan la aku nak kena kot...muda lagi ni...30-an pon belum sampai...takkan la...
so, pada firasat aku la kn, punca utama aku dok sakit kepala bagai nak gila ni tak lain tak bukan..kompom pasai kerja...aku dapat rasa beza sejak dari awal tahun lagi...tahun ni aku banyak mengajar tahun 1...sampai 10 kelas..hampa paham-paham ja la perangai depa semua ni...memang menyakitkan hati dan otak.....so, stress pon menyerang la diri aku ni...tu yang dok buat sakit kepala ja ni...
nak kata sebab makan, mustahil ! ....sebab aku ni bukannya jenis yang makan macam-macam...
so, semalam aku, wife, auni, mak ngah, nana n rina pergi la hospital batu gajah...aku mintak tolong dengan mak ngah nak buat 'BP Test' ....saja nak check aku punya tekanan darah...risau jugak aku nih...
setelah di'check' Alhamdulillah...aku normal....sihat...cumanya kadar nadi aku ja rendah...sebab apa, aku pon tak tau...


risau jugak aku ni...takkan la aku nak kena 'migraine' kot...stress punya pasai la ni...mintak simpang la kan...

p/s : ni pon kadang-kadang sakit kepala tu dok mai...adoi !

Monday, November 15, 2010

semakin ok

alhamdulillah....
auni semakin ok ....
kuning semakin kurang...
hari sabtu ~> 211
hari ahad ~> 225
hari nih..hari isnin ~> 204......dh turun dh..lega ckt rasanya....
esok nk kena p klinik lg....nk kena folow up lg...
moga2 turun lg la kuning tuh....
kesian kt auni...kecik2 lg dh kena cucok tiap2 hari.....uhuhu
sabar ye Auni Raudhah......

p/s : pelbagai petua aku dpt dr mmbr2 dan kenalan...aku berterima kasih kpd anda semua....yg xjemu2 bg tips....

Thursday, March 12, 2009

sedikit info

Sempena dgn Hari Buah Pinggang Sedunia ni...aku nk bg sdkt info utk makluman korg sume...
Fakta Yang Perlu Anda Tahu......
Masalah Buah Pinggang

Buah pinggang merupakan organ yang amat penting dalam sistem badan seorang manusia. Selepas otak dan jantung yang berfungsi untuk membolehkan manusia terus hidup,manusia bergantung kepada buah pinggang dalam menjamin kehidupan yang lebih sempurna. Ini kerana buah pinggang amat penting terutamanya dalam mengawal kandungan air di dalam badan seorang manusia. Dalam artikel pada kali ini,saya mengambil maklumat dalam internet demi mengkaji simptom atau lebih mudah kita melihat tanda-tanda yang berkemungkinan besar disebabkan oleh kerosakan buah pinggang dan salur pencernaan bagi manusia. Terdapat beberapa tanda yang boleh dikenalpasti dalam menentukan perkara ini.Antaranya ialah kelesuan,muntah-muntah dan gatal-gatal pada bahagian kulit.Keadaan ini biasanya terjadi pada seseorang yang mengalami kegagalan buah pinggang. Tanda-tanda ini hasil daripada pengumpula bahan buangan metabolisma badan termasuk asid yang mana buah pinggang gagal untuk mengkumuhnya.Kelesuan mungkin berpunca daripada pengurangan penghasilan sel darah merah;sering berlaku dalam kegagalan buah pinggang di tahap yang kronik. Selain itu,pembengkakan terhasil daripada pengumpulan cecair dalam tissu (edema).Pembengkakan ini menyebabkan penambahan berat badan.Kebiasaannya,pembengkakan berlaku pada bahagin buku lali dan kaki,tetapi boleh juga berlakupada bahagian abdomen, bahagian belakang badan (bawah), tangan dan muka. Pembengkakan juga boleh berlaku disebabkan masalah buah pinggang yang menyebabkan kehilangan kandungan protin yang tinggi(terutamanya albumin) dalam air kencing(nefrotik sindrom).


kerosakan total??

Seseorang itu juga akan menghadapi masalah dalam membuang air kencing.Kebanyakan manusia membuang air kencing 4-5 kali sehari dan kebiasaannya pada waktu siang.Secara normal,orang dewasa membuang air kencing 3-6 cawan air kencing dalam sehari manakala bayi membuang air kncing dalam 1 cawan air sehari.Apabila kandungan gula dalam badan terlalu tinggi,seseorang akan lebih kerap membuang air kencing dan sebaliknya.Penghasilan air kencing yang terlalu banyak adalah tindakbalas daripada kandungan gula(glukose) yang tinggi dalam darah(seperti dalam diabetis mellitus), atau disebabkan buah pinggang yang kurang bertindakbalas terhadap hormon antidiuretic(nefrogenik diabetis insipidus).
Secara umumnya, buah pinggang amat penting terutama dalam membantu mengawal tahap metabolisma badan.Kadar pemakanan yang sihat dan jumlah yang betul amat membantu dalam menjaga kesihatan buah pinggang.Anda juga disarankan menjalani pemeriksaan air kencing di klinik-klinik atau hospital-hospital yang bertauliah untuk mengetahui tahap kesihatan buah pinggang anda.


Mencegah itu lebih baik daripada mengubati...