mcm2

Monday, December 22, 2014

Sekian lama

Assalamualaikum w.b.t

tudiaaaaaa..lama sungguh aku tak jenguk 'there is no spoon' ni. dekat-dekat 5 bulan dah. memang malas teruk aku dah la ni nak update blog. tapi hari ni terasa nak bukak tengok blog ni. seakan-akan bangkai bernyawa dah aku tengok. 


so, hari ni aku nak update sikit pasai diri aku la.


pertama sekali, tahun 2014 ni dah semakin nak tutup tirai..2015 pulak nak mai. 

dan yang paling melegakan aku adalah tanggal 20 Disember 2014, aku dengan rasminya dah tamat jadi mahasistua kat USM. exam dah setel, tesis pon dah setel. cuma tunggu result ja la nanti. moga-moga lulus la. aku tak target apa pon. janji lulus saja. bermula 2011 sampai la 2014 aku belajar kat USM..macam-macam aku rasa. tensen, serabut, serabai, pening, seronok dan macam-macam lagi la.

dan yang paling ketara masa aku jadi pelajar ni aku selalu sakit kepala. rasa macam nak meletop dah rasa. ni semua gara-gara tugasan dan exam. sekarang ni semua tu dah jadi kenangan bermakna untuk aku. aku dah takmau sambung study dah. cukup la setakat ni. aku dah tak mampu dah.


tapi aku bersyukur kepada Allah, sebab aku diberi kekuatan untuk teruskan study sampai la semester 8. Lega Allamdulillah.





Mac 2011 - Dis 2014

terima kasih kepada semua yang membantu aku selama bergelar student ni.



p/s : dah taktau nak update apa lagi dah. dah lama sangat tak bukak blog ni. aku dah jadi blur.

Tuesday, August 19, 2014

Salam Syawal 1435H




ok. berkurun kan?! mengapa jadi macam tu? aku pun tak tau..
Selamat Hari Raya semua umat Islam di seluruh dunia.
agak kesibukan sedikit dengan hal-hal remeh dan temeh.
berusaha untuk berpindah ke rumah yang sudah 2 tahun lebih beli. 
agak teruja dan agak kelam kabut.
PPG USM pun dah nak mula sem baru. 1 September 2014 ni.
tugas sebagai pendidik semakin mencabar dengan pelbagai cabang kerja.
ok, setakat tu saja la kot.

lain kali aku update lagi.

sekian.

p/s : orang selfie, aku pun nak jugak selfie.

Saturday, June 14, 2014

Demam, makan dan tidoq !

setelah 4tahun berlalu, kini ia kembali dengan penuh bergaya.
aku pon teruja jugak bila saatnya dah tiba.
sememangnya aku merupakan peminat nombor 1. dan tak mungkin menjadi 2 mahupun 3.
ketahanan mental dan fizikal aku bakal teruji ketika ini.
oh, oh, oh, dan oh !

dan apa yang paling penting adalah kehadiran Ramadhan. 
Semoga aku dapat melaksanakan ibadah ini dengan penuh kesempurnaan, InsyaAllah.

p/s : banyak perkara yang berlegar-legar dalam pemikiran aku. yang mana kadang-kadang tu membuatkan aku keliru dan blur ! Moga dipermudahkan segala urusan olehNya. ameen.

Tuesday, May 27, 2014

Sekian lama

Setelah lama tak menjengah ke ruangan ini, aku mengambil sedikit masa dengan memberi kekuatan kepada diri untuk cuba sedaya upaya mencoretkan sesuatu di sini. 
Aku merasakan alam blogging aku ini akan berakhir tak lama lagi. Prestasi amat tidak memuaskan.

23 Mei 2014 merupakan satu tarikh yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila.
Ada perkara menggembirakan dan juga menyedihkan bagi aku.
Yang manisnya tarikh ini merupakan tarikh hari ulangtahun perkahwinan aku. Untuk tahun 2014, maka sudah 5 tahun aku mempunyai keluarga sendiri. Aku dapat merasakan pelbagai perasaan seorang yang bergelar suami, ayah dan ketua keluarga. Dengan kehadiran isteri dan anak-anak, hidup aku lengkap dan dipenuhi pelbagai pahit manis. Semoga keluarga yang telah dibina akan kekal selama-lamanya.
Aku sangat sayangkan Rokiah Jamaluddin, Auni Raudhah dan Adlan Rais.



Namun demikian, setiap yang manis pasti akan terpalit pahit. Pada 23 Mei 2014, aku kehilangan seorang wira yang telah berjasa sepanjang usianya, Jamaluddin b. Mutalib yakni ayah mertua aku. Tiada apa yang dapat aku ungkapkan selain mendoakan ayah akan sentiasa ditempatkan dalam golongan-golongan terpuji, InsyaAllah. Anakmu akan senantiasa mendoakan yang terbaik untuk ayah di sana. Aku akan berusaha menjadi yang terbaik untuk keluarga yang telah dibina. 

Al-Fatihah.

Perjuangan perlu diteruskan.
ameen.

p/s : exam USM Semester 7 sudah selesai. Moga-moga lulus.


Wednesday, March 26, 2014

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

24 Mac 2014 merupakan satu tarikh yang mana seluruh masyarakat dunia amnya dan Malaysia khususnya akan diingati selama-lamanya....

segala keraguan telah terungkai, segala pahit harus ditelan, seluruh dunia meratapi MH370.
MH370 dipercayai hilang ditengah-tengah selatan Lautan Hindi ... dan juga dikhuatiri tiada yang terselamat.
walaupun aku tiada kaitan dengan seluruh penumpang yang berada di dalam 'flight' tu, tapi aku dapat merasakan satu perasaan sayu, hiba, sedih, musykil, kecewa dan sebagainya. Namun, kuasa Allah tiada sesiapa yang dapat menandingiNya. Setiap yang hidup pasti akan mati. Mati itu pasti !

namun, pelbagai persoalan yang timbul dalam setiap orang termasuk aku sendiri, mengapa 'flight' tu terlalu jauh dari laluan asal?mengapa sampai ke lautan hindi?kena hijackkah?angkara siapa? dan macam-macam lagi la kan....

setiap hari aku mengikuti perkembangan tragedi ni, boleh dikatakan setiap masa....Ya Allah...


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ


Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali
Takziah.

p/s : sayu hati melihat ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370. Ya Allah, Engkau kuatkanlah hati-hati mereka dalam menghadapi hari-hari mendatang. amin

Friday, March 14, 2014

Wajah Keceriaan Hamba




Hidup aku senantiasa ceria dengan gelak tawa, nangis, lari sana sini, melompat toing toing, jeritan amukan, tunggangan kuda hitam, lontaran tanpa bayang, semakan maksima dan macam-macam lagi.....semuanya diporak-perandakan oleh dua hero-heroin ini....
itu semua tak mengapa, aku tetap suka lagi ceria walaupun tu kadang-kadang agak emo jugak.....hahahahaha....
tapi takpa...aku sukaaaa !!

oh, Auni Raudhah .... oh, Adlan Rais !

ayuh anak-anakku teruskan perjuanganmu,
ayuh banggakan ibubapamu,
ayuh ayuh dan ayuh lagi.

Jadilah anak yang soleh dan solehah, Insyaallah.

p/s : masih lagi taktau apa cerita dengan MH370...teruskan berdoa. Insyaallah, pasti ada jawapannya.

Tuesday, March 11, 2014

Ya Allah, bantulah MH370

Seluruh Malaysia dan pelusuk dunia dikejutkan dengan berita kehilangan MH370. Pelbagai persoalan yang timbul...
Apa yang berlaku?
Dimanakah MH370?
Adakah mereka masih selamat?

Hanya Allah saja yang tahu apa yang berlaku...kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa semoga dipermudahkan segala urusan...

Ya Allah, Engkau berilah petunjuk dimanakah MH370..Engkau selamatkanlah mereka..Sesungguhnya, redhaMu kemuncak impian kami...ameen.

boleh dikatakan setiap masa aku mengikuti perkembangan MH370 ni, aku sangat sedih dengan apa yang berlaku...tersentuh hati melihat apa yang telah berlaku....hanya doa yang mampu aku berikan...semoga diterima olehNya.

perjalanan hidup aku seperti biasa. tugas yang mencurah-curah..LINUS, PPG, dan macam-macam lagi.
Semoga aku diberikan kekuatan untuk melaksanakan tugas dengan penuh keikhlasan. Insyaallah.

p/s : dah lama tak update blog ni....rasa kesian plak kat there is no spoon ni !



Friday, January 3, 2014

2014

setelah sekian lama aku tak jenguk blog ni...tetiba terasa nak update sikit....sebenaqnya aku ni dah semakin malas nak tengok blog ni...tapi kesian la pulak kan...so, update pi la...

pertama sekali, aku nak bagitau yang aku dah kembali bekerja setelah hampir sebulan lebih sikit bercuti...hari ni adalah first day aku bekerja....still mencari mood yang hilang ntah ke mana....

kedua, aku dah tamat semester 6 PPG USM...nak tunggu masuk sem 7 pulak...kali ni, aku kena praktikal...kena LM a.k.a latihan mengajaq...bulan Mac nanti baru nak mula...so, malas aku nak ambik port lagi pasai semua tu....cuti dulu....bab exam haritu aku tawakkal ja...payah gila !

ketiga, bab family pulak...auni dah makin besaq, naluri seorang kakak dah mula nampak...rais pulak dah mula boleh berjalan...terkedek-kedek berjalan....habis satu rumah dia tawaf...gumbira hati melihat gelagat anak-anak....Alhamdulillah, syukur. wife aku dengaq cerita dapat tawaran buat post basic....tahniah la ye...selamat membuat assignment la ye.....good luck oh my wife ! hehehehe

keempat, tak tau nak taip apa dah.....so, cukop la setakat tu....lain kali pulak la update....bila tu tak tau la...

p/s : damai yang hilang....suci sekeping hati !