mcm2

Wednesday, March 26, 2014

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

24 Mac 2014 merupakan satu tarikh yang mana seluruh masyarakat dunia amnya dan Malaysia khususnya akan diingati selama-lamanya....

segala keraguan telah terungkai, segala pahit harus ditelan, seluruh dunia meratapi MH370.
MH370 dipercayai hilang ditengah-tengah selatan Lautan Hindi ... dan juga dikhuatiri tiada yang terselamat.
walaupun aku tiada kaitan dengan seluruh penumpang yang berada di dalam 'flight' tu, tapi aku dapat merasakan satu perasaan sayu, hiba, sedih, musykil, kecewa dan sebagainya. Namun, kuasa Allah tiada sesiapa yang dapat menandingiNya. Setiap yang hidup pasti akan mati. Mati itu pasti !

namun, pelbagai persoalan yang timbul dalam setiap orang termasuk aku sendiri, mengapa 'flight' tu terlalu jauh dari laluan asal?mengapa sampai ke lautan hindi?kena hijackkah?angkara siapa? dan macam-macam lagi la kan....

setiap hari aku mengikuti perkembangan tragedi ni, boleh dikatakan setiap masa....Ya Allah...


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ


Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali
Takziah.

p/s : sayu hati melihat ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370. Ya Allah, Engkau kuatkanlah hati-hati mereka dalam menghadapi hari-hari mendatang. amin

No comments: