sejak akhir2 ni, mental aku agak tertekan....bila mental dh tertekan maka secara tidak langsung akan mengganggu fizikal ....ye x?
aku agak tertekan dgn aliran kerja tahun 2011 ....bagi aku kerja kali ni amat berat...walaupon, ada yg beranggapan biasa saja perkara tu...belum pernah lg aku berasa tertekan macam ni...selalunya kalau aku nk p kerja aku ok ....tp skrg ni rasa macam beban semacam ja.....tekanan kerja yg melampau bagi aku...walaupon ini baru permulaan 2011....Ya Allah....bantulah hambaMu ini.
aku mencuba sedaya upaya untuk menenangkan fikiran aku yg kusut masai(tempat kerja aku dulu) ni..
dalam aku dok "kelebek" tenet ni ...aku try la cari maklumat pasai stress a.k.a tekanan nih...
so, inilah hasil dapatan aku....semoga berguna untuk kita semua....
-Merosakkan sel dan tisu, serta menganggu gugat fungsi pelbagai enzim dan asid amino.
-Mengalirkan tenaga untuk respon lawan, lari atau survival.
-Menggunakan terlalu banyak tenaga (glukos), vitamin, zat galian dan enzim kerana emosi
negatif memerlukan lebih banyak tenaga dari emosi yang tenang.
-Menggunakan banyak bekalan oksigen untuk gerak-geri badan dan tubuh yang geram,
muka marah serta jeritan dan perasaan keras. Dalam keadaan ini bekalan oksigen ke otak
akan berkurangan.
Akibat dari kesan buruk di atas ialah:
- Banyak bahan-bahan yang diperlukan untuk fungsi intelek terpaksa digunakan (terbakar) untuk tenaga yang
keras, kuat atau marah.
- Tubuh bacan, sel dan tisu mudah rosak.
- Mudah letih.
- Keuzuran lambat pulih.
- Susah faham, cepat lupa dan tidak mampu untuk konsentrasi.
- Menjadi kebiasaan untuk mudah marah, benci, dengki, jahat dan segala emosi negatif akan menjadi respon tabii yang mudah tercetus.
- Susah dan sukar mendapat ketenangan.
- Mudah mendapat penyakit seperti darah tinggi dan jantung.
Antara cara boleh meningkat kesabaran apabila menempuh pelbagai cabaran kita sama-sama praktikan cara berikut:
1. Selalu bernafas yang mendalam (deep breathing).
2. Bernafas secara rentak (rhythmic breathing).
3. Sering lakukan: bernafas dalam kiraan 7; tahan nafas dengan kiraan 7, lepaskan nafas dalam kiraan 7.
Ulanginya lagi.
4. Selalu amalkan latihan bernafas di atas sambil berzikir.
5. Berdiri dan tolak tangan dan kaki (stretch) sejauh-jauhnya (stretch body, hands and legs) bertahan dalam
keadaan tersebut dalam kiraan 15-20. Ulang 3-5 kali atau lebih.
6. Dalam keadaan duduk, kita buat latihan tekanan otot tangan, leher dan peha. "
credit : ummuhaq
p/s : nk wat kerja pon xbest bila rasa macam nih...
No comments:
Post a Comment