mcm2

Monday, August 15, 2011

Selingan

Alhamdulillah, hari genaplah 15 Ramadhan 1432...maknanya dah 15 hari kita dah puasa..pejam celik pejam celik, masa berlalu dengan pantas...
masa minggu awal puasa dulu, fuuhhh memang teruji tahap kesabaran...tekak ni asyik dahaga saja, tengok gambaq makanan pon dah terliuq teruk...hmmm, dugaan dugaan...
tapi kini alhamdulillah, dugaan tu rasanya dengan slumber aku boleh tepis...cehh, ayat riak gila aku ni...takpa la kan...tu semua untuk menguji tahap ketebalan iman di kala Ramadhan ...
aku bersyukur, sehingga ke hari ini aku dapat menunaikan ibadah puasa ...maksudnya takdak hari yang kantoi lagi la kan...akanku teruskan kecemerlanganku ini, Insyaallah...
Harapanku Ramadhan kali ini akan diterima olehMu Ya Allah...



Bukalah mata bukalah minda....
Pasti akan nampak segala-galanya...
apa yang tersurat dan apa yang tersirat !

hari ini merupakan hari kembali ke sekolah..makna kata aku akan kembali mengadap budak-budak LINUS..aduhai, hilang sabaq lagi la nampaknya aku..
nak kena praktis senyum ni....senyuuum ~~!

p/s : hari ini hari Isnin...esok? esok hari Khamis cikgu...adoi, punggaaaahh dah hampa ni !

Thursday, August 11, 2011

Part 1 : Perihal Ramadhanku

dah lama rasanya aku tak memborak-kosongkan diri aku di laman ni..
so, hari ni aku ingat nak borak pasai beberapa benda ...walaupun tak berapa syok sangat, aku tak kira la...aku nak buboh jugak...haha...dah nama pun laman tayarsoton kan...
memang tayar la...so, bedai saja
pasai apa?..pasai bulan posa la ..apa lagi kan....
aku teringat masa kecik-kecik dulu, bila posa ja mesti sekerat hari...kalau kata posa selama sebulan 30 hari kan..makanya aku akan posa jadi 15 hari saja la...sebab tiap-tiap hari aku posa separuh ja...selalunya sampai pukul 12 lebey la...sebab time ni kan time tengahari rembang, ang mau tau la kan cuaca dia lagumana...hangat tak ingat punya..perkara standard yang aku buat bukak peti ais la...langgah dua tiga botol ayaq aih...memang puas hati la...lega oooo....haha
amcam, ada best ? mesti la best sebab langgah ayaq time bulan posa....
aku selalu bagitau kat mak aku yang hari punya separuh hari posa kita gabung la dengan esok punya, jadila sehari posa...ya dak?! haha...geliga kan otak aku ni...boleh plak main gabung-gabung...haaaa, hampa tengok aku dulu macamana...dah terer math kot !haha
hmmm, tu semua cerita zaman tok kadok dulu...kanak-kanak ribena la kata orang...
takpa la kan, tu semua penting untuk kita nak belajaq posa kan..tambah-tambah time tu budak-budak lagi..
zaman la ni, alhamdulillah posa aku cukup....amin...
cuma pernah terkantoi dulu time tu aku mengajaq kat jb...aku ingat lagi..aku kantoi sehari posa kot...pasai perut aku memulaih semacam ja time tu...kalau tak silap aku time lepas sahor..teroih aku pi klinik..member aku tolong bawakkan..tq sahabat...tanpamu mungkin tiada lagi aku hari ini..cheeewaaahh, ayat sadis tuh...
siap aku balik jumpa makcik aku lagi..pi buat ultrasound...last-last suspek aku kena 'gall-blader'...fuuuhhhh, terkejut mak, nox ! aaauuuwww !
hampa tau dak apa menatang tu 'gall-blader'..apa, tak tau...hmm, apa lagi ...pi la gugel...haha
siap ambil darah lagi...tapi akhirnya, alhamdulillah...aku normal....just saspek ja....lega mak nox !
tu la serba sedikit cerita pasai Ramadhan aku...ada banyak lagi....tapi tak larat dah nak taip...lenguh jari dah aih....haha
cerita pi bazar ramadhan kt stadium lagi...bukak posa ataih menara lagi..isk, macam-macam la kiranya nak cerita kat hampa semua...lain kali la kot....haha

pssstt....semalam aku rasa hari rajin aku kot...pasai apa?...pasai aku berjaya buat coq korea dengan kek batik....haha...semangat ayam betoi ! aku pon tak tau pasaipa aku rajin sangat....
besala kan....lelaki meekari....wakakakakaka

p/s : nak makan kek, tapi perut dah kenyang sangat dah...nak kena tunggu bukak posa malam esok la kan...hehe

Tuesday, August 9, 2011

rezeki

Alhamdulillah, syukur kepada Yang Maha Esa..
akhirnya, mendapat rezeki untuk Aidilfitri kali ini...
terima kasih daun keladi.


Bonus setengah bulan untuk kakitangan awam, pesara

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas itu dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - Bernama

sumber : Kosmo!


p/s : LINUS oh LINUS...bilakah kau nak menenangkan jiwaku ini?
Link

Thursday, August 4, 2011

berjaya

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari keempat kita sebagai umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini..
seperti aku juga, aku berjaya menunaikan kewajipan yang amat dituntut oleh Islam ini..
pelbagai dugaan telah aku hadapi, biasalah kan...selalunya minggu permulaan ni memang banyak dugaannya..
macam aku ni, waktu petang aku ada kat sekolah..dok melayan gelagat dan ragam anak murid...mak ai, penat tak hingga punyalahh..depa ni kalau tak kena 'beletiaq' sehari tak sah...habis hilang pahala puasa aku sikit...habis sebab dok banyak cakap la..'beletiaq sana beletiaq sini'....fuuhhh, dugaan oh dugaan !
tapi aku bersyukur, dengan dugaan ini mampu menjadikan aku insan yang lebih penyabaq...hahaha
tudiaaaaa, habaq ang !
Moga-moga anak murid aku paham la dengan apa yang aku dok bebelkan tiap-tiap hari kat depa...
hampa paham-paham je la kan...yang aku dok mengajar ni budak-budak Tahun 1, 2 dan 3...
so, memang kurang kesedaran sivik sikit...tambah-tambah yang Tahun 1 tu, memang tak makan saman la...ang cakap pi la apa pun, depa buat slumber rock ja....last-last, aku pulak yang mental dengan depa ni....
itulah cabaran yang aku kena lalui hari demi hari....tudiaaaa, ayat novel dok mai dah....

bagi menghilangkan tekanan mental aku dengan budak-budak ni, jom kita layan album terbaru di pasaran ni...
lawak wei....tobat lawak !



p/s : Selamat bersahur untuk anda semua...jom soooooq wei !