mcm2

Saturday, May 5, 2012

sudah lama

Alhamdulillah, aku dah selamat sampai rumah dari taiping. gerak pagi balik malam. aku balik taiping hanya berdua saja yakni aku dan auni...ibu auni tak dapat nak follow sekali disebabkan bekerja shift pagi. so, aku dan auni saja yang balik taiping. tujuan utama aku adalah nak melawat tok aku. dah lama dah rasanya aku tak balik taiping jenguk tok. kebetulan, ayahngah sefamili pon ada..so, ziarah menziarah la kiranya ni. ayahsu pon aku dapat jumpa. sat saja dapat jumpa pasai ayahsu dok sibuk nak pi mancing. kat setiawan katanya. dah lain dah aku tengok tok aku. tapi aku bersyukur kepada Allah kerana walaupon pada usia macam tu, tok still kuat...kuat cara orang tua la kan. auni pon dah lama tak tengok 'nyiang' dia. masa mula-mula jumpa tu, auni asyik sebut takut ja...sebab dia tak cam sapa orang tu...tapi lama-lama ok la.

aku akan sentiasa mendoakan tok semoga kesihatan tok baik. kalau tok sihat, aku pon seronok. auni pon seronok. boleh datang selalu tengok 'nyiang' ...kan auni kan...

p/s : hujung minggu akan datang nak balik Penang pulak. auni nak jumpa tok dan tokwan.

No comments: