mcm2

Friday, May 18, 2012

untuk aku

SELAMAT HARI GURU kepada aku....
gila lawak wish kat diri sendiri...ekekekeke...
 
dah hampir 8 tahun aku bergelar seorang pendidik..pelbagai dugaan dan cabaran telah aku lalui...
ada yang pahit, manis, tawaq, masin, kelat dan macam-macam lagi la....
pernah sampai satu ketika aku rasa diri aku ni tak layak untuk pegang title seorang pendidik..terlalu beban yang tak dapat aku hadapi...hingga membuatkan hidup aku tak keruan..terkapai-kapai..tak tahu kepada siapa nak aku bergantung...namun, bila difikirkan balik...semua cabaran dan dugaan inilah yang membuatkan aku lebih matang dan menghargai diri aku...hidup tanpa cabaran pasti tak memberi sebarang makna kan....so, aku bersyukur kerana Allah telah memberi aku tugas sebagai seorang pendidik...semoga aku tabah dan kuat untuk terus berjuang demi anak bangsa.....

kepada yang sentiasa memberi sokongan, aku ucapkan jutaan terima kasih ...kerana andalah aku still berdiri hingga kini...jika tidak, pasti dah lama aku rebah...

kepada yang sentiasa memberi kritikan, aku ucapkan jutaan terima kasih jugak...sebab apa? sebab mereka inilah yang telah membuka mata dan minda aku untuk terus mencuba mempertingkatkan segala kekurangan yang aku ada...

kepada yang teringin atau bakal menjadi pendidik, aku ucapkan selamat datang ke alam pendidikan ini. suatu cabaran yang pasti membuatkan anda bahagia...bak kata orang putih la..memang 'mind-blowing' la....hahahaha
good luck...

ok, cukup setakat itu bebelan aku ni...
sekian.

p/s : tak sangka pulak aku menang anugerah paling lawak dalam hidup aku...hahahahah...terbahak-bahak dok gelak...

No comments: