mcm2

Wednesday, March 26, 2014

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

24 Mac 2014 merupakan satu tarikh yang mana seluruh masyarakat dunia amnya dan Malaysia khususnya akan diingati selama-lamanya....

segala keraguan telah terungkai, segala pahit harus ditelan, seluruh dunia meratapi MH370.
MH370 dipercayai hilang ditengah-tengah selatan Lautan Hindi ... dan juga dikhuatiri tiada yang terselamat.
walaupun aku tiada kaitan dengan seluruh penumpang yang berada di dalam 'flight' tu, tapi aku dapat merasakan satu perasaan sayu, hiba, sedih, musykil, kecewa dan sebagainya. Namun, kuasa Allah tiada sesiapa yang dapat menandingiNya. Setiap yang hidup pasti akan mati. Mati itu pasti !

namun, pelbagai persoalan yang timbul dalam setiap orang termasuk aku sendiri, mengapa 'flight' tu terlalu jauh dari laluan asal?mengapa sampai ke lautan hindi?kena hijackkah?angkara siapa? dan macam-macam lagi la kan....

setiap hari aku mengikuti perkembangan tragedi ni, boleh dikatakan setiap masa....Ya Allah...


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ


Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali
Takziah.

p/s : sayu hati melihat ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370. Ya Allah, Engkau kuatkanlah hati-hati mereka dalam menghadapi hari-hari mendatang. amin

Friday, March 14, 2014

Wajah Keceriaan Hamba




Hidup aku senantiasa ceria dengan gelak tawa, nangis, lari sana sini, melompat toing toing, jeritan amukan, tunggangan kuda hitam, lontaran tanpa bayang, semakan maksima dan macam-macam lagi.....semuanya diporak-perandakan oleh dua hero-heroin ini....
itu semua tak mengapa, aku tetap suka lagi ceria walaupun tu kadang-kadang agak emo jugak.....hahahahaha....
tapi takpa...aku sukaaaa !!

oh, Auni Raudhah .... oh, Adlan Rais !

ayuh anak-anakku teruskan perjuanganmu,
ayuh banggakan ibubapamu,
ayuh ayuh dan ayuh lagi.

Jadilah anak yang soleh dan solehah, Insyaallah.

p/s : masih lagi taktau apa cerita dengan MH370...teruskan berdoa. Insyaallah, pasti ada jawapannya.

Tuesday, March 11, 2014

Ya Allah, bantulah MH370

Seluruh Malaysia dan pelusuk dunia dikejutkan dengan berita kehilangan MH370. Pelbagai persoalan yang timbul...
Apa yang berlaku?
Dimanakah MH370?
Adakah mereka masih selamat?

Hanya Allah saja yang tahu apa yang berlaku...kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa semoga dipermudahkan segala urusan...

Ya Allah, Engkau berilah petunjuk dimanakah MH370..Engkau selamatkanlah mereka..Sesungguhnya, redhaMu kemuncak impian kami...ameen.

boleh dikatakan setiap masa aku mengikuti perkembangan MH370 ni, aku sangat sedih dengan apa yang berlaku...tersentuh hati melihat apa yang telah berlaku....hanya doa yang mampu aku berikan...semoga diterima olehNya.

perjalanan hidup aku seperti biasa. tugas yang mencurah-curah..LINUS, PPG, dan macam-macam lagi.
Semoga aku diberikan kekuatan untuk melaksanakan tugas dengan penuh keikhlasan. Insyaallah.

p/s : dah lama tak update blog ni....rasa kesian plak kat there is no spoon ni !