mcm2

Friday, October 19, 2012

Hujan Panas Hujan

Hujan woo hujan..
Panas woo panas...
cuaca yang tak menentu kembali lagi....woo....

dalam berita pon ada bagitau yang area utara Semenanjung sekarang ni dilanda angin monsun barat daya...maka nya, hujan akan turun la..dan dijangkakan akan berlaku banjir...selalunya kawasan feveret memang akan kena banjir la kot...hujan sat panas sat....

cuaca badan aku pon jadi tak tentu...sejuk sat panas sat...kadang-kadang tu rasa macam nak demam tapi tak jadi...hahaha....auni pulak dah 2 3 malam panas badan...tapi suhu still tak tinggi lagi...still 37 lagi...tapi dia dah ada bunga-bunga macam nak kena selsema saja...oh, tidak ! be strong oh, my Auni !! 
family aku kat penang nun dah kena demam dah...adik dengan ayah aku dah diserang demam dah....fuh, semoga cepat sembuh wahai familyku nun di sana....anakmu di sini sentiasa mendoakan kesejahteraanmu .....Insyaallah.

ok, cukup setakat tu laporan cuaca aku dan family....kini, beralih pulak kepada perkembangan diri aku...kerja macam besa la..tertimbun-timbun sampai tak tau nak mula yang mana satu...exam budak-budak pon baru habis, then, ada la 'new job' tak lain tak bukan mark paper yang banyaaaaaaaaaaaak sangat ! 
jenuh nak mark paper...kompom mark sampai muntah ...
c'mon kamarul c'mon asrof c'mon wellan c'mon tayarsoton !!

esok sekolah aku akan bertanding dalam pertandingan futsal sempena hari guru anjuran PPD Kinta Utara. futsal ni akan buat kat Xtreme Park, Tambun...makanya, aku pon masuk la jugak dalam team sekolah aku....main futsal just for fun.....weeeeee !

auni tengah lalok ! hahahaha

p/s : hari ni 19.10 .....tak lama lagi 21.11..jeng jeng jeng !

Monday, October 15, 2012

Isnin Yang Blues !


Hari Isnin kembali lagi...dan sememangnya hari Isnin menjadi ingauan yang membosankan kepada sesetengah makhluk di dunia ini termasuklah aku sekali....sebab apa? sebabnya hari ni dah start keja balik dah selepas cuti hujung minggu....fuuhh, memang rasa semacam ja ni...
hujung minggu aku dipenuhi dengan aktiviti macam biasa...dah menjadi rutin hidup aku...hari sabtu pi USM, ada kuliah .....dari pagi buta sampailah malam buta....hhahahaha...memang buta...cinta itu pon buta...cinta?? ops !
hari ahad pulak aku penuhi hari yang indah itu dengan aktiviti yang paling sihat...tak lain tak bukan ...tidoq sepanjang hari....ditambah pulak dengan hujan yang membasahi bumi...perghhh, memang sempoi !

berbalik kepada hari Isnin....hari ni sekolah aku akan bermula peperiksaan akhir tahun...makna kata minggu ni aku kena jadi pengawas la...tobat boring ! hahahaha....

tugasan yang sememangnya beratoq untuk aku bereskan masih lagi belum aku sentuh....masa dah semakin suntuk aku rasa....tapi aku masih lagi di sini.....last minute baru nak kalut....punggah !

p/s : kejumudan dunia ???!

Sunday, October 7, 2012

Tekanan

dah lama rasanya aku biaq blog aku ni tak berupdate. 

ni sebabnya penyakit M melanda. lagi satu, aku rasa aku ni sibuk sikit dari biasa walaupon pada hakikatnya tak la sibuk mana pon. di penghujung tahun ni, ada banyak la jugak kerja nak kena setelkan. tambahan pula, kuliah semester 4 aku baru bermula...so, akan kembali serabut dengan tugasan apa bagai la...

tapi sekarang ni aku dapat rasakan tekanan yang agak luar biasa ....ni semua time aku nak buat saringan LINUS baru-baru ni. aku rasa aku dah tak boleh nak handle budak-budak ni. sampai satu tahap tu aku jadi fedup teroih. bukan apa, aku rasa apa yang aku curahkan selama ni hanya sia-sia...macam curah ayaq kat daun keladi...ayaq tu tak lekat langsung ....sama la macam situasi aku dengan budak-budak ni. aku rasa mungkin silap aku jugak kot...tapi takkan la semua silap aku kan...sepatutnya budak-budak tu pon mesti ada kesedaran diri depa sendiri. kalau hanya aku sorang ja yang teruk dok bersungguh nak jadikan depa insan berilmu, tak guna jugak kan. aku rasa amat kecewa....walaupon, pada luaran tak la nampak aku kecewa sangat pon...tapi secara dalaman sapa yang tau kan....bila dah kecewa ni, aku akan mudah jadi marah. marah itu akan jadi lagi memuncak bila segala usaha aku tu dipandang remeh. hal ni terjadi kat aku. walaupon aku hanya mengajaq tahun 1, tapi cabarannya hanya Allah saja yang tau betapa payahnya. sehinggakan beberapa kali aku putus asa...dah tak tau macamana nak handle depa ni. masalah aku bukan dari segi kawalan atau content pelajaran tu, tapi macamana nak bagi budak-budak tu dapat apa yang aku sampaikan dan mampu gunakan apa yang aku sampaikan. 
aku ni kadang-kadang suka la dok post kat fb pasai aku...drama la sikit-sikit...hahahaha...hari tu aku memang stress gila, sampaikan ramai budak dalam kelas tu kena maki dengan aku...perkara yang basic pon tak tau....Masyaallah, marah betoi aku time tu. then, dalam fb ada la sorang hamba Allah ni post komen kat aku, dia kata "untuk jadi orang yang kuat, kita kena banyak sabaq dan tahan daripada marah.."
tapi pada aku, aku tau aku berada di tahap mana....aku ni insan  yang lemah...susah nak bendung marah dan kecewa dalam diri aku ni....kadang tu, aku rasa macam aku perlukan satu persekitaran yang baru yang mana boleh membangkitkan semangat aku yang baru....itu just impian ja la....tapi betoi apa yang orang dok kata, persekitaran kita merupakan satu faktor yang penting dalam mempengaruhi diri kita. 

banyak perkara yang perlu aku baiki lagi ni nampak gayanya....
Ya Allah, Engkau kuatkanlah diriku ini dan permudahkanlah bagi diriku...amin.

ok, dah cukup ...macam lawak ja aku punya ayat ni bila baca balik.....
dugaan oh dugaan.

p/s : apa saja untukmu !