mcm2

Tuesday, June 26, 2012

My Precious

Keabadian Cinta
Sayangku terhadapmu tiada penghujungnya.....

Moga bercahaya sentiasa wahai Auni Raudhah...

p/s : mata still tak mengantuk...adoi !


Monday, June 25, 2012

damai


assalamualaikum w.b.t
sebelum bermula bicara, saya ingin memohon ribuan kemaafan kerana sudah berkurun lamanya tidak meng'update'kan blog muram ini. Saya rasa seperti jiwa yang kosong kerana ada sesuatu yang bermain-main di fikiran saya ini yang telah membuat saya tidak tenang dan sering memikirkannya...

tapi sejak semalam, jiwa saya kembali tenang....kerana segala yang membelenggu fikiran ini telah pergi......huaaaaarghhhh...lega rasanya....syukur kepadaMu Ya Allah....

semoga apa yang telah dilalui akan memberi satu pulangan yang setimpal....Insyaallah.

kini, saya berserah dan tawakkal dengan apa yang telah berlaku...semoga selamat semuanya.

"damailah di sana......"



kini tugas saya adalah kembali fokus dengan apa yang dimulakan dahulu....banyak cabaran yang menanti....

p/s : futsal oh futsal....

Wednesday, June 6, 2012

pejam celik kuasa dua

pejam celik pejam celik..dah nak masuk 2 minggu dah aku bercuti sekolah. tak lama lagi aku akan kembali bertugas seperti biasa. makna kata waktu tu kepala pun akan kembali serabut dengan pelbagai kerja yang menanti. kalau nak di ikutkan pun, dalam waktu cuti ni pun banyak kerja aku kena buat...tapi ada yang aku buat, and ada yang aku tak buat. kerja ini semua memerlukan tahap kesabaran dan kecekapan yang tinggi kalau nak buat. aku ni kalau kena dengan bab sabaq ni memang totally failed la...dalam aku dok serabut dengan kerja ni, aku ada satu kemusykilan sikit la pasai sesetengah orang ni. bila aku dok kata aku banyak kerja la nak buat, serabut la, itu la ini la...ada jugak dari golongan depa ni kata aku ni suka tolak kerja la apa la...aku bukan tolak kerja apa pun, aku just nak luahkan perasaan aku saja...itu pun salah ka?! aku ni ada otak la...boleh berfikiran waras...boleh bezakan mana yang baik dan mana yang buruk...kerja tetap kerja...so, mau tak mau akan aku buat jugak suatu hari nanti...cuma cepat atau lambat saja la kan...yang dok kata aku itu ini tu..apa hal ! ok, biarlah orang macam ni hidup dengan alam dia...aku taknak masuk campoq...satgi aku pulak yang jadi macam depa tu...oh, tidak ! takmau aku...

cukup takat tu, cerita bab family lagi syok kan...cuti ni aku tak pi mana pun..just balik kampung dan jalan-jalan dalam kawasan saja....sebab masa tak begitu mengizinkan aku dan family untuk pergi bercuti...tapi dalam hati ni teringin jugak nak pi bercuti...cuma taktau lokasi mana nak pi...hahahaha....

lagi satu, hujung bulan ni adalah penentu arah tuju kerjaya aku...pasai apa? pasai aku ada exam...fuh, becerau peluh bila cerita bab exam ni....buku pun tak baca apa lagi pun...adoi la, malas betoi la aku ni....awat tak tau !!
exam kali ni lebih parah dari sebelumnya...kerana exam kali ni semuanya berbentuk esei....so, paham-paham saja la kan...
hopefully, aku mampu menjawab ...moga-moga la kan.....

tahniah kepada adik aku...sebab berjaya membuat family bangga...teruskan usaha anda tu sehingga sukses selalu...
Semoga Allah akan sentiasa melindungi seluruh keluarga aku dan mempermudahkan segala urusan kami, amin.

p/s : EURO dah nak mula dah wei....

Friday, June 1, 2012

cinta bersatu


"Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu"

sedap pulak aku dengaq lagu ni....baru ja first time dengaq dah teruja....walaupon, agak jiwang....tapi aku suka...
aku dedicate kan lagu ni untuk wife dan puteriku yang dicintai....andalah penyeri hidupku....muaahhh !

ok, kembali ke tujuan asal aku...dah lama aku tak update blog..sebab utama ialah aku malas.hahahaha....
sekarang ni aku tengah bercuti....biasa la kan...sekolah cuti aku pon cuti la....pendek saja...yakni 2 minggu aku tak payah pi sekolah....weeeee ~~!

kertas exam budak tak habis mark lagi...banyak sangat. data online pon tak isi lagi..sebab terlampau banyak ok ! then, last sekali, buku aku tak study lagi...hujung bulan ni aku dah final exam untuk sem 3 ni....fooohhh, berpeluh wei....essay pulak tu....mau tak mau kena la baca jugak kan...

di kesempatan ini, aku nak mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan yang berkahwin time cuti-cuti sekolah ni kan...bila cuti sekolah, maka majlis kenduri kahwin pon banyak la kan....syok oooo kahwin, sapa yang belum kahwin tu cepat-cepat la kahwin......hehehe....

apa yang aku dok melalut ni haaaaaa.....aduyai !

p/s : sila lah try layan lagu yang kat atas tu....sumpah sedap !