mcm2

Friday, May 25, 2012

selesai 1 perkara



selesai satu perkara...mai pulak perkara yang baru....silih berganti dok mai....
kerja oh kerja....kau tak pernah berhenti kan....

p/s : happy ever after ?? ada apa dengan statement ni?...hahaha

Friday, May 18, 2012

untuk aku

SELAMAT HARI GURU kepada aku....
gila lawak wish kat diri sendiri...ekekekeke...
 
dah hampir 8 tahun aku bergelar seorang pendidik..pelbagai dugaan dan cabaran telah aku lalui...
ada yang pahit, manis, tawaq, masin, kelat dan macam-macam lagi la....
pernah sampai satu ketika aku rasa diri aku ni tak layak untuk pegang title seorang pendidik..terlalu beban yang tak dapat aku hadapi...hingga membuatkan hidup aku tak keruan..terkapai-kapai..tak tahu kepada siapa nak aku bergantung...namun, bila difikirkan balik...semua cabaran dan dugaan inilah yang membuatkan aku lebih matang dan menghargai diri aku...hidup tanpa cabaran pasti tak memberi sebarang makna kan....so, aku bersyukur kerana Allah telah memberi aku tugas sebagai seorang pendidik...semoga aku tabah dan kuat untuk terus berjuang demi anak bangsa.....

kepada yang sentiasa memberi sokongan, aku ucapkan jutaan terima kasih ...kerana andalah aku still berdiri hingga kini...jika tidak, pasti dah lama aku rebah...

kepada yang sentiasa memberi kritikan, aku ucapkan jutaan terima kasih jugak...sebab apa? sebab mereka inilah yang telah membuka mata dan minda aku untuk terus mencuba mempertingkatkan segala kekurangan yang aku ada...

kepada yang teringin atau bakal menjadi pendidik, aku ucapkan selamat datang ke alam pendidikan ini. suatu cabaran yang pasti membuatkan anda bahagia...bak kata orang putih la..memang 'mind-blowing' la....hahahaha
good luck...

ok, cukup setakat itu bebelan aku ni...
sekian.

p/s : tak sangka pulak aku menang anugerah paling lawak dalam hidup aku...hahahahah...terbahak-bahak dok gelak...

Selamat Hari Ibu


walaupun dah lambat....still nak wish jugak..bak kata orang putih la kan..better late than never....di kesempatan ini, ucapan selamat hari ibu kepada insan yang amat aku kagumi sejak azali lagi....Semoga mak panjang umur dan murah rezeki....

terima kasih kerana telah membesaq dan mendidik abang sampai seorang 'manusia'..... terima kasih mak.

p/s : sudah lama tak jengok blog aku ni...huhuhuh

Saturday, May 5, 2012

sudah lama

Alhamdulillah, aku dah selamat sampai rumah dari taiping. gerak pagi balik malam. aku balik taiping hanya berdua saja yakni aku dan auni...ibu auni tak dapat nak follow sekali disebabkan bekerja shift pagi. so, aku dan auni saja yang balik taiping. tujuan utama aku adalah nak melawat tok aku. dah lama dah rasanya aku tak balik taiping jenguk tok. kebetulan, ayahngah sefamili pon ada..so, ziarah menziarah la kiranya ni. ayahsu pon aku dapat jumpa. sat saja dapat jumpa pasai ayahsu dok sibuk nak pi mancing. kat setiawan katanya. dah lain dah aku tengok tok aku. tapi aku bersyukur kepada Allah kerana walaupon pada usia macam tu, tok still kuat...kuat cara orang tua la kan. auni pon dah lama tak tengok 'nyiang' dia. masa mula-mula jumpa tu, auni asyik sebut takut ja...sebab dia tak cam sapa orang tu...tapi lama-lama ok la.

aku akan sentiasa mendoakan tok semoga kesihatan tok baik. kalau tok sihat, aku pon seronok. auni pon seronok. boleh datang selalu tengok 'nyiang' ...kan auni kan...

p/s : hujung minggu akan datang nak balik Penang pulak. auni nak jumpa tok dan tokwan.