mcm2

Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Sunday, November 20, 2011

USM oh USM

beginilah jadinya kalau tak sempat bersarapan.....hahaha
kesian dah aku tengok gelagat kawan-kawan ni....macam-macam dok ada...
mau tak lapaq...gerak dari ipoh ke penang pagi-pagi buta, mana la nak sempat nak sarapan...
ni kiranya kami dok bersantai time break pukul 10am...pekena spageti ...mau tau la kan...adda orang bagi...apa lagi, bedal la....aku ni dah la tak berapa nak reti sangat makanan western ni....makan saja....rezeki kan....Alhamdulillah, terima kasih la kepada yang sudi buat jamuan ni kat kami....jasamu sentiasa dikenang....hanya Allah yang mampu balas segalanya....

p/s : syahdu oooo makan bawah pokok.....hahaha

Sunday, November 13, 2011

Santapan Malam

MC dok gubra tu !

Sabtu, 12 November 2011 - Hotel Seri Malaysia, Ipoh.
Sekolah aku mengadakan satu majlis makan malam akhir tahun 2011 SK Pengkalan Pegoh..Majlis kalau nak ikutkan mula pukul 8pm...tapi selaku AJK yang berdedikasi, aku pukul 6pm dah kena ada kat perkarangan hotel...buat apa?? buat apa lagi, persiapan tempat la...nak angkat hamper yang berlambak-lambak, hadiah, barang elektrik dan macam-macam la....lepas tu, susun semua tu elok-elok...baru la cantik kan....
sambil-sambil tu, aku buat 'rehearsal' sikit dengan partner aku....aku kena jadi MC ....hahaha....tak boleh blah langsung....lawak rasanya....aku ni jadi MC?? pergghhhh, memang ganjil, pelik, ajaib....tapi apakan daya, tugas tetap tugas kan...nak tak nak kena la jalankan sebaik mungkin...aku pon praktis punya praktis siap dengan pantun lagi...memang mantap habis la aku time ni....hahahahahahaha
so, nak dipendekkan cerita....majlis bermula jam 830pm....dan setel pada jam 1030pm...
acara malam tu simple saja....ucapan, makan, cabutan bertuah, hadiah misteri dan jugak busana tercantik....cabutan bertuah la syok sebab hamper punya la banyak...boleh dikatakan semua yang datang semua dapat....sebab ramai jugak cikgu yang tak datang dinner...
tapi bagi aku....majlis malam tadi memang sempoi...sebab relax saja....
aku yang jadi MC pon sempoi ja...takdak langsung rasa stress ka apa ka....awal-awal tu gubra la jugak kan...mau tak gubra, aku ni mana la pernah jadi MC untuk majlis besaq-besaq macam ni....
Alhamdulillah, syukur tugas dapat dijalankan dengan baik...

aku pi dinner bawak family skali....ma'am dan auni folooowww.....
tapi tak berapa nak best sangat sebab ma'am dan auni tak berapa nak sihat....demam dan cir-bir....
walaupon macam tu, kira berbaloi la jugak sebab dapat makan sampai lebam dan jugak dapat hamper gedebak besaq....hahahahah...rezeki tu....amin.

sekian, terima kasih.

p/s : saya memohon kemaafan di atas terlanjur kata semasa jadi MC semalam....bergurau senda sesama kita....mengeratkan lagi silaturrahim, insyaallah.

Sunday, September 25, 2011

nak habaq mai..

*baik punya !*

tudiaaaa, entry kali lebih bersifat 'nafsu' sikit...yakni nafsu makan...

gambaq yang kat atas tu baru ja aku snap malam tadi...time tu baru nak makan...perut lapaq tak ingat pasai dok berjalan sehari suntuk....lagi pun, aku kalau tak jumpa 'menu' ni memang tak lengkap hidup aku...haha
bila aku dah balik penang, acara wajib aku tak lain tak bukan makan char koew teow...sebab semenjak aku dok ipoh ni aku tak jumpa lagi CKT yang sedap....semuanya tak syok...
so, malam tadi lepas ja aku pi pasific dengan famili..terus singgah CKT Paku Lima, Lahaq Yooi...pergghhh, memang terangkat wei habaq hampa....rugi mampoih ooo tak kena sepinggan....
sebelum ni aku selalu dok pekena kat Sg.Dua la, Permatang Pauh la, Telok Ayaq Tawaq la...macam-macam lagi ...tapi kini aku beralih pulak kat Lahaq Yooi....lagipun, port ni memang dok jadi port makan mak dengan ayah bila depa keluaq makan....
so, setiap kali aku balik penang..mesti aku singgah mai kedai ni punya...
gian ooooo bila kena sepam dua....
*aku tak dapat komisen apa pun pasai dok promot baik punya kedai ni....aku promot sebab aku suka makan....sedap !!

p/s : first time aku drive qeta dalam keadaan mengantuk 'gila babeng' malam tadi...siap berenti tidoq 2 kali kat Hentian Taiping dengan R&R Sg.Perak....mengantuk wei, ini serius !!

Saturday, July 16, 2011

coq keria sempoi

di kala suatu petang yang anginnya agak sepoi-sepoi bahasa..kerajinan mula muncul dari dalam dan keluar menjengah sanubari aku..
aku terkapai-kapai mencari jawapan ...
akhirnya, jawapan yang dicari itu ketemu jua...
petang ni aku rasa nak buat kuih feveret aku...coq korea a.k.a coq keria a.k.a kuih gelang..
berbekalkan dengan sedikit ilmu di dada mengenainya, aku pun mengorak langkah ke alam perdapuran...

bahan yang digunakan amat mudah dan ringkas..
3 ketoi ubi keledek putih [aku beli dekat market batu gajah]
4 sudu besar tepung gandum cap Sauh
Gula secukup rasa.
Minyak untuk memasak

Langkah penyediaan
1. Kupaih ubi keledek elok-elok. Then, rebus dalam periuk. Masak sampai lembut.

2. Dah masak ubi, sejat dan sejukkan seketika. Then, lenyek sampai lebam. Gaulkan dengan tepung gandum tadi sampai jadi satu adunan yang mantap.

3. Bentukkan adunan itu menjadi bulatan seperti yang dikehendaki. macam aku, bentuk skema menjadi idaman.
4. Bila dah jadi rupa macam donut tu, apa lagi...masak la atas dapoq..

5. Bila dah masak keperangan, angkat dan sejatkan...tunggu seketika. jadilah coq keria tanpa gula.

6. Next step, masak gula yang dicampurkan dengan sedikit air. Masak hingga gula itu menjadi agak likat dan berbuih-buih. Then, campakkan coq keria di dalam kuali..tadaaaaaaa, jadilah coq keria terulung lagi lazat....haha
walaupun, rupanya nampak macam buruk...tapi rasanya fuuuhhhh menikam kalbu oooo....sedap weh !
Maka, inilah dia coq korea a.k.a coq keria feveret aku..buatan sendiri..
bila kita buat sendiri, akan muncul satu kepuasan sejati dalam sanubari kita...percayalah !!

p/s : makan sambil tengok bola..Malaysia VS Liverpool...3-6 !

Sunday, July 10, 2011

Perihal makan

bila cerita bab makan ni memang syok la kan...tambah pulak makanan yang simple-simple tapi sedap..begitulah yang terjadi kat aku semalam..selepas menemani mak menakan dan sepupu membeli sebijik laptop, kami terus ke Padang Polo...tujuan utama bukan la nak joging ka apa ..tapi hanyalah nak makan laksa kedah ...aku baru ja first time sampai tempat tu..tak tau pulak kat situ ada makan yang sedap...
so, tanpa membuang masa...kami terus pekena laksa kedah 5 mangkuk..bungkus 1 untuk ma'am aku yang keja petang..semangkuk harga dia RM2.50..tapi kat situ kalau hampa beli 5 dapat free 1 laksa...sempoi jugak depa punya strategi marketing...amat menarik perhatian pembeli...haha
lepas tu, aku pekena cendoi pulut....sedap weh...walaupun harga dia agak melampau Rm2.50...tapi bagi aku kira berbaloi la jugak sebab cendoi dia memang sedap...pulut pun belambak...kira mantap la ...sambil-sambil tu pekena keropok lekor pulak...lembut aje !
kiranya petang tu perut aku memang diberi layanan istimewa la...sampai rasa macam nak pi lagi tempat tu....
memang terbaik depa punya laksa kedah, cendoi pulut dan jugak keropok lekor...

syok weh pekena cendoi ni !

tudiaaa, licin habaq hampa..


p/s : ada lagi sebungkus dalam peti ais kat rumah aku ni...ada sapa-sapa mau ka?

Friday, July 8, 2011

Selamat Satu Perkara

selesai sudah peperiksaan aku kali ini..Alhamdulillah, syukur.
aku dapat menjawab dengan jayanya...namun, betoinya belum tentu..
3 paper yang amat dasyat..menguji minda aku secara maksimum..habis berasap otak aku !
fuuhhh...memang dasyat..
1 - Pembangunan Sahsiah -soalan dia memang phsyco aku habis...sampai tak tau nak jawab apa agi dah...tembak ja la..
2 - English For Communication 2 - yang ni plak nampak macam senang...tapi haru jugak weh..
3 - Kenegaraan - ni bab sejarah semua bagai...aku ni dah la bab sejarah 'dungu' sikit...so, paham-paham ja la...

oh OMR !

paper-paper inilah yang selama ni dok buat aku gundah gulana...tapi kini tidak lagi...selesai sudah.
hanya menanti 'result' nya pula..lambat lagi nak keluar...so, tunggu !

dikesempatan itu, aku jugak dah jadi macam duta jalan-jalan cari makan..pasai apa, lepas ja satu paper, kompom pi cari makan...banyak jugak la lokasi yang aku terjah..
1 - Nasi Kandaq Subaidah [port wajib bila pi USM]
2 - Pasemboq Padang Kota [mahai nak mam***h]
3 - Nasi Kandaq beratoq [depa bukak pukul 10pm, beratoq punya la panjang...]
bab beratoq ni, aku ada cerita yang agak menyedihkan la...member aku beli nasi kena
RM10..buboh lauk ayam, telur sotong dengan nasi...perghhh, naya betoi, kecewa member !
4 - Sotong Kangkung - tepi laut dekat dengan Queensbay [sedap weh...]
5 - Yong Tau Foo - lokasi yang sama dengan menu di atas ni [RM 5 saja....maveles !]
6 - Mee Kuah Ketam & Mee Goreng Ketam - yang ni lagi mantap...dekat Cherok To'kun nun...
7 - Koew teow koboi - tudiaaaaa, tukang masak dia pakai topi koboi sempoi dok ada...lokasi :
Simpang, Taiping.
banyak gambaq yang tak sempat nak snap pasai dok pulun makan...haha
cuma ada yang ni saja...kira jadi la kan dari takdak langsung...
selamat menjamu selera mata....

p/s : pi exam macam pi bercuti...haru betoi !

Monday, May 9, 2011

Cuba Jaya

semalam mood rajin aku tetiba mai...aku pon tak tau sebab apa jadi macam tu
semalam aku mencuba menjadi chef..membuat kek..
kek apa?! kek batik la...kek yang menjadi kegilaan aku sejak azali..
awal-awal pagi, aku dah 'call' mak aku...tanya resipi nak buat..
mak aku pon memberi segala bagai kaedah membuatnya..
so, aku pon ke TF, Batu Gajah membeli bahan-bahan yang diperlukan.
ni resipi dia, memang senang sangat-sangat kalau hampa nak buat sama.

Kek Batik Sekgoq

Bahan-bahan
6 biji teloq
1 buttercup
1 cawan milo
1 tin susu pekat
1 kati biskut marie [kalau ada jual yang timbang la, kalau takdak hampa beli marie packet punya]
3 sudu besaq serbok koko

Cara-cara nak buat
1. Pukul teloq sampai kembang.
2. Campoqkan milo, serbok koko, susu pekat dalam periuk bersama dengan 2 tin air suam. Sukatan air suam tu hampa guna tin susu pekat yang tadi tu. Mudah ja kan.
3. Gaulkan sampai sebati. Lepaih tu, boh buttercup seketoi besaq tu sekali dengan teloq tadi. Then, masak ataih dapoq. Api mesti kecik...jangan dok besaq-besaq sangat...kang hangit plak...haha
4. Hampa kena kacau sentiasa supaya dia takdak kerak. Nanti tak jadi, padan muka hampa.
5. Masak sampai pekat. Bila dah pekat, tutup api.
6. Masukkan biskut marie[yang telah dipatah-patahkan] dalam masakan tadi. Kemudian, gaulkan sampai sebati.
7. Last skali, masukkan dalam loyang. Tekan-tekan sikit supaya kek tu padat.
8. Dah setel, letak atas meja bagi sejuk sikit.
9. Dah sejuk, boh la kek tu dalam peti ais kasi sejuk 'gedi'...
10. Boleh makan tanpa ragu.

Sekian.

p/s : sedap weh kek ni...sapa yang pernah rasa..eloklah hampa pi try..Thanx mak !

Wednesday, March 2, 2011

makan itu nikmat

Assalamualaikum w.b.t
berduduknya saya di sini adalah untuk membahaskan satu topik yang amat menarik.
tajuk saya pada pagi ini ialah 'makan itu nikmat'. apa itu makan?...makan ialah memasukkan sesuatu ke dalam mulut dan menelannya tanpa ragu-ragu..tidak kiralah ianya cecair, ketulan, pepejal dan sebagainya...asalkan dapat ditelan...
tapi saya ingin menekankan di sini mengenai feveret saya yg terbaru...iaitu 'nasi kerabu'...perghhh melekaaaat !! sedaaaap !! terangkaaat !!
sebelum ini, tiada sedikit pon kemahuan dan keinginan saya untuk menjamah menu ini...tapi saya berterima kasih kepada ayahngah, mr. tepet dan isteri saya yang mana merekalah yg memperkenalkan nasi ini kepada saya...dipermulaan perkenalan, saya agak malu-malu untuk mencuba tapi lama kelamaan....saya dapat menyesuaikan diri dgn keadaan 'fizikal'nya...
trnyata menawan kalbuku ini....apa yang aku tahu mengenai asal usul nasi ini adalah dari pantai timur atau dengan lebih tepat skali Kelantan...
apabila aku menjamahnya...maka, akan terpancul la kata2 dari mulut ini...

"mak ai...sedap gak nasi ni nohh..."
"adoi, awat pedaih sgt ni...ada cabai melaka ka?"

"tuudiaa...nasi kaler biru-kebiruan !"

"uik...nak kena beli lagi lepaih nih...."

"lor, ni cabai apa plak nih...siap ada isi lagi....apa nama dia nih?"

itulah ungkapan2 yang kadangkala muncul tanpa disedari...
oh...nasi kerabu !
aku mula menjadi 'kipas' anda...

p/s : beli kt tepi jalan area kuboq...mmg lokasi terbaek !

Tuesday, October 26, 2010

makansutra

apabila perut anda berbunyi...
itu menandakan suatu fenomena telah berlaku...
fenomena ini mampu melemahkan segala sistem badan...
malah berkemampuan untuk melumpuhkan pergerakan..
fenomena ini dikenali sebagai "lapar"
oleh itu, bagi mengelakkan fenomena ini daripada teros menguasai diri...
apa yang perlu dilakukan adalah memasokkan sesuatu yang boleh memberi tenaga
ke dalam rongga badan...
apa lagi kalau bukan.....makan !!

haha....senang ja kan nk makan nih...hanya perlu buka mulut dan kunyah la sekunyah2 nya....
anda mampu mengubahnya....

"KITA HIDUP MESTI MAKAN...BUKANNYA HIDUP UNTUK MAKAN"

p/s : entry kali nih...ayat2 agak skema...sekian,tq

Sunday, October 17, 2010

jumpa akhirnya

waaarrgghhhh......akhirnya.....
aku ketemui jua kueh yg aku dok cari selama nih....
lokasi : batu gajah
masa : 815am
tarikh : 17.10.2010

feveret aku nih....pantang jmpa...kompom aku beli....
sedap weh....try la....
hampa tau dak kueh ni nama apa??....
ni la "dangai"
buat drp nyoq a.k.a kelapa parut....
sekian, tq

p/s : dgn pantas aku belasah...clear !!

Friday, October 1, 2010

membeli sambil makan

Lokasi : Jusco, Epo
Tarikh : 01 Oktober 2010
Masa : 800pm - 1015pm

hajat awal tu saja je nk jln2...sbb dh lama aku x merayau2 kt jusco tuh...
alang2 dh smpe, aku pon beli la apa yg patot...utk persiapan awal...
dh penat berjalan....ayuh makan aiskrim....lazat gak wei...


p/s : lenguh abeh kaki aku nih...adoi...dh lama xjalan2 nih...so, paham2 je la kn...

Saturday, September 18, 2010

penat berjalan ayuh makan

Alhamdulillah..setel satu perkara yakni LADAP...aku present dgn pantas dan padat...hehe
harap2 org2 yg dgr tu paham la hendaknya...

sekembali ke umh...aku bersiap2 utk mengeluarkan diri ke bandar epo...mmbeli keperluan harian..
setelah penat berjalan2....perut mula terasa lapaq...

so, apa lg....makan la...
lokasi makan kali nih...Domino's Pizza...baru buka kt Ipoh, Perak nih...haha
org agak meriah la dalam tuh...pakat dok tgu pizza masing2 siap...
aku tapau je...then makan kt umh...

crunchy thin crust ~ classified chicken !!

p/s : sedap weh....terbaek !! new task : wat soklan exam...ble nth nak mula...adoi ~~

Friday, August 27, 2010

lazat !

di kala aku sdg menaip entry kali nih, aku br shj pulang dr "pekena" yong tau foo kt dataran epo...
perghh...lazat gak wei...aku kira br first time p "pekena" kt dataran tuh...wlupon, dh hampir 8bln aku stay kt epo nih....
so, agak terbaek la hidangan yg aku "pekena" td...
di kala ujan gerimis, aku mengoder teh o pinas [loghat mamaking Ameeth] manakala ma'am aku plak milo ais...pehtu mai sepinggan yong tau foo....aku lepak kt situ lebih kurang sejam gak la....makan smbl menikmati kesejokan malam....
secara total aku kena bayaq RM12....hmm...kira ok la kn...yg penting lazat...haha....

menarik bukan ?

aku akan kembali lg kt dataran tu semata2 nk "pekena" yong tau foo....
wait for me ......yeeeaaaaahhh !!

p/s : pic kt ataih tu aku google je...td xsempat nk snap gambaq pasai sedap sgt dok melantak...wakaka ~

Thursday, August 12, 2010

feveret

Salam Ramadhan utk anda semua d luar sana...
arini dh masok 2nd day kita posa...
setakat ni, alhamdulillah posa aku selamat lg...
tp arini aku agak letih ....awat xtau !!
hehe....ala besa la kn...awai2 posa nih, paham2 je la...
wat sume benda pon rs xlarat je...
dugaan n cabaran nama ny tuh...
ok2....kembali ke topik asal...yg sbnq ny...klu masok time bulan posa je...benda pertama dalam kepala hotak aku ni pasal juadah nk bukak posa hanya lah sato ~> POPIA GORENG....
perrghhhhh....terangkat abaq ang...mmg aku gila popia goreng ni...sedap weh...klu xdak popia ni, rs cm xbest je bukak posa...
apa plak feveret hampa sume??...meh la story ckt...

nikmat ni wei !!

p/s : tanpa popia goreng...sape la aku !!

Sunday, August 1, 2010

duri2 oi !


haaaa...tudia !!
mai mai mai........dorian2....ada mau ka??
klu mau mai la...ada pon 4 bijik ja nih....
wife aku bwk blk dr kg....
bla nk makan pon aku xtau...bau dia, mak aaaii....kuat gila...penin' pala aku abaq ang !!
time aku kanak2 riang dlu mmg aku hantu durian...pantang nmpk ja..kompom aku baham...2 bijik slumber ja aku bedai....slalo ny aku makan kt tepen la...umh tok aku...
tp la ni....ssh ckt...makan tu makan...tp xleh nk makan byk2 dh...mybe faktor usia kot penyebabnya...haha...nmpk sgt cm tua....aku muda lg ok ! sweet 18.....

p/s : perghhh...abes 1 rumah bau durian...hehe

Saturday, June 26, 2010

jamu selera

bila perut berbunyi..tu tnda ny perut lapar...bila lapar..tu tnda ny kena makan...
tul x persamaan kuadratik aku nih?...tepat skali bkn...
so, d ptg sabtu yg permai nih....aku menjamu perut ku dgn pizza hut...haha...besa la ...dh lepas pay-day kn...ni pizza yg baru ny..nama ape nth...aku pon dh xhengat...lapaq punya psal...tp yg aku tau, pizza ni ada udang...
lazat gak...berbalooooo0i2....

kesan tinggalan sejarah !

p/s : smpe skrg ni pon...perot den penoh lg...

Tuesday, June 8, 2010

makansutra

kenduri oh kenduri...
wlupon bz ngn kenduri...smpt gak aku n family p pekena mee udang...sejam sblm aku blk epo..hehe
perghh...mmg lazat..sedap giler...sepinggan RM7...size standat ny la...klu spesel aku xto plak bp rega dia...nama tmpt yg aku p nih..YUSOF MEE UDANG..lokasi Pulau Sayak...nk dkt ngn Pantai Merdeka, Kedah...


melekat !

p/s : sedap gila arrhhh...mau p pekena lg oo...

Monday, December 21, 2009

Makan2!

ABC + Sate + Yong Tau Foo = belasah smpe lebam...

p/s : aku pekena sume ni kt Tepen...peh melekat!!