mcm2

Showing posts with label sedap nih. Show all posts
Showing posts with label sedap nih. Show all posts

Saturday, July 16, 2011

coq keria sempoi

di kala suatu petang yang anginnya agak sepoi-sepoi bahasa..kerajinan mula muncul dari dalam dan keluar menjengah sanubari aku..
aku terkapai-kapai mencari jawapan ...
akhirnya, jawapan yang dicari itu ketemu jua...
petang ni aku rasa nak buat kuih feveret aku...coq korea a.k.a coq keria a.k.a kuih gelang..
berbekalkan dengan sedikit ilmu di dada mengenainya, aku pun mengorak langkah ke alam perdapuran...

bahan yang digunakan amat mudah dan ringkas..
3 ketoi ubi keledek putih [aku beli dekat market batu gajah]
4 sudu besar tepung gandum cap Sauh
Gula secukup rasa.
Minyak untuk memasak

Langkah penyediaan
1. Kupaih ubi keledek elok-elok. Then, rebus dalam periuk. Masak sampai lembut.

2. Dah masak ubi, sejat dan sejukkan seketika. Then, lenyek sampai lebam. Gaulkan dengan tepung gandum tadi sampai jadi satu adunan yang mantap.

3. Bentukkan adunan itu menjadi bulatan seperti yang dikehendaki. macam aku, bentuk skema menjadi idaman.
4. Bila dah jadi rupa macam donut tu, apa lagi...masak la atas dapoq..

5. Bila dah masak keperangan, angkat dan sejatkan...tunggu seketika. jadilah coq keria tanpa gula.

6. Next step, masak gula yang dicampurkan dengan sedikit air. Masak hingga gula itu menjadi agak likat dan berbuih-buih. Then, campakkan coq keria di dalam kuali..tadaaaaaaa, jadilah coq keria terulung lagi lazat....haha
walaupun, rupanya nampak macam buruk...tapi rasanya fuuuhhhh menikam kalbu oooo....sedap weh !
Maka, inilah dia coq korea a.k.a coq keria feveret aku..buatan sendiri..
bila kita buat sendiri, akan muncul satu kepuasan sejati dalam sanubari kita...percayalah !!

p/s : makan sambil tengok bola..Malaysia VS Liverpool...3-6 !

Wednesday, June 8, 2011

Hanya nak bagitau

ini bukan cobaan...ini betul-betul kejadian...
hari ini hari rajin aku kot...sikit ja la...bila bangun pagi tadi, kepala otak aku dah set nak buat kek batik kali kedua..teringin nak makan la pulak..lagipun, kek tu ja la yang aku reti buat...kek lain memang aku tak reti...so, seawal jam 8am aku dah bertukang kat dapoq sorang-sorang...ma'am tidoq pasal baru balik keja malam...
ting tang ting tang aku dok bertukang nak buat kek batik punya pasal...dah lama rasanya aku tak makan kek batik [cehhh, baru seminggu ja pon dah rasa lama...ptuuuuiiihhh !]
'kelebek' sana 'kelebek' sini akhirnya setel kek aku...masa yang diambil tak la lama sangat...cuma lebih kurang 45minit saja...siaaaapp !!
sekarang ni nak tunggu sejuk pulak...bila sejuk baru sedap nak makan...pergghhh, dia punya nikmat time makan kek ni hanya diri sendiri saja yang tau betapa syoknya...dah...dah...cukup...jangan dok mengarut dah...perut dah la lapaq ni, sarapan pon belum lagi...kira makan nasi teroih la sat lagi...sarapan merangkap makan tengah hari sekali...
sekian, cerita bab kek batik..

kini kita ke topik sebenarnya pulak...
hari ini 8hb Jun 2011 bersamaan dengan hari Rabu...hari ini merupakan hari lahir isteriku...tahniah la wahai isteriku, kerana usia semakin lanjut kan...hehe...yang ke berapa ya?!
hanya tuan badan saja yang tau...semoga murah rezeki dan panjang umur ...dan satu lagi...semoga hubungan kekeluargaan kita bertambah indah bak kek batik...bila masuk ke dalam mulut, nikmat tak terkata...ya tak?
hamboih, tengok wayang nampak...mai popcorn tu sikit

SELAMAT HARI LAHIR, ceria selalu ok !

khas dari sang raja [raja kapoq ka?] dan sang puteri Auni Raudhah....

p/s : semakin hari diri kita semakin dimamah usia kan?

Monday, May 9, 2011

Cuba Jaya

semalam mood rajin aku tetiba mai...aku pon tak tau sebab apa jadi macam tu
semalam aku mencuba menjadi chef..membuat kek..
kek apa?! kek batik la...kek yang menjadi kegilaan aku sejak azali..
awal-awal pagi, aku dah 'call' mak aku...tanya resipi nak buat..
mak aku pon memberi segala bagai kaedah membuatnya..
so, aku pon ke TF, Batu Gajah membeli bahan-bahan yang diperlukan.
ni resipi dia, memang senang sangat-sangat kalau hampa nak buat sama.

Kek Batik Sekgoq

Bahan-bahan
6 biji teloq
1 buttercup
1 cawan milo
1 tin susu pekat
1 kati biskut marie [kalau ada jual yang timbang la, kalau takdak hampa beli marie packet punya]
3 sudu besaq serbok koko

Cara-cara nak buat
1. Pukul teloq sampai kembang.
2. Campoqkan milo, serbok koko, susu pekat dalam periuk bersama dengan 2 tin air suam. Sukatan air suam tu hampa guna tin susu pekat yang tadi tu. Mudah ja kan.
3. Gaulkan sampai sebati. Lepaih tu, boh buttercup seketoi besaq tu sekali dengan teloq tadi. Then, masak ataih dapoq. Api mesti kecik...jangan dok besaq-besaq sangat...kang hangit plak...haha
4. Hampa kena kacau sentiasa supaya dia takdak kerak. Nanti tak jadi, padan muka hampa.
5. Masak sampai pekat. Bila dah pekat, tutup api.
6. Masukkan biskut marie[yang telah dipatah-patahkan] dalam masakan tadi. Kemudian, gaulkan sampai sebati.
7. Last skali, masukkan dalam loyang. Tekan-tekan sikit supaya kek tu padat.
8. Dah setel, letak atas meja bagi sejuk sikit.
9. Dah sejuk, boh la kek tu dalam peti ais kasi sejuk 'gedi'...
10. Boleh makan tanpa ragu.

Sekian.

p/s : sedap weh kek ni...sapa yang pernah rasa..eloklah hampa pi try..Thanx mak !

Wednesday, March 2, 2011

makan itu nikmat

Assalamualaikum w.b.t
berduduknya saya di sini adalah untuk membahaskan satu topik yang amat menarik.
tajuk saya pada pagi ini ialah 'makan itu nikmat'. apa itu makan?...makan ialah memasukkan sesuatu ke dalam mulut dan menelannya tanpa ragu-ragu..tidak kiralah ianya cecair, ketulan, pepejal dan sebagainya...asalkan dapat ditelan...
tapi saya ingin menekankan di sini mengenai feveret saya yg terbaru...iaitu 'nasi kerabu'...perghhh melekaaaat !! sedaaaap !! terangkaaat !!
sebelum ini, tiada sedikit pon kemahuan dan keinginan saya untuk menjamah menu ini...tapi saya berterima kasih kepada ayahngah, mr. tepet dan isteri saya yang mana merekalah yg memperkenalkan nasi ini kepada saya...dipermulaan perkenalan, saya agak malu-malu untuk mencuba tapi lama kelamaan....saya dapat menyesuaikan diri dgn keadaan 'fizikal'nya...
trnyata menawan kalbuku ini....apa yang aku tahu mengenai asal usul nasi ini adalah dari pantai timur atau dengan lebih tepat skali Kelantan...
apabila aku menjamahnya...maka, akan terpancul la kata2 dari mulut ini...

"mak ai...sedap gak nasi ni nohh..."
"adoi, awat pedaih sgt ni...ada cabai melaka ka?"

"tuudiaa...nasi kaler biru-kebiruan !"

"uik...nak kena beli lagi lepaih nih...."

"lor, ni cabai apa plak nih...siap ada isi lagi....apa nama dia nih?"

itulah ungkapan2 yang kadangkala muncul tanpa disedari...
oh...nasi kerabu !
aku mula menjadi 'kipas' anda...

p/s : beli kt tepi jalan area kuboq...mmg lokasi terbaek !

Sunday, December 26, 2010

Thank You Allah....


I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah

p/s : amat syahdu.....segala pujian hanya untukMu

Saturday, October 30, 2010

i like....

"i like.."

sedap gak lagu nih....wlupon utk kanak2....budak2 Prasekolah...
tp aku suka dgr....sempat gak aku record td....time dok presentation....melody yg best...

tajuk ape nth...aku pon xingt.....
aku wat tajuk sendiri "i like..."
sebab intro je i like teros....hehe

stawberry.....grape....watermelon....semua ada....

p/s : layan gak nyanyi lagu nih...wlupon mcm lawak....

Tuesday, March 10, 2009

Grey Sky Morning


Cinta Gila

Saat indah bermula...
Terasa bahagia...
Cinta yang lama terhenti,
berputik kembali...
Ada yang menghampiri,
ku tidak peduli...
Cinta ini cinta gila,untuk kita berdua...

Woo tiada yang dapat menghalangnya
Kita berdua terus bercinta,selamanya...
I cant live..i cant liviving without you oh baby
Just only you that my love..with love...

Hanya kau ku miliki,yang tiada ganti...
Bukan mimpi sudah pasti,jiwaku berseri...
Ada yang menghampiri,ku tidak peduli...
Cinta ini cinta gila,untuk kita berdua....
try lyn tgk...mp3